BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

hadis 61 tentang dajjal

Dari Muhammad bin Abi Aisyah bahawa dia mendengar Abu Hurairah R.A. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:

Apabila seseorang kamu selesai membaca tasyahhud akhir, mohon lindungilah kepada Allah dari empat perkara, iaitu: Dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari cobaan hidup dan mati dan dari kejahatan dajjal al masih."

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim, Nasaai dan Ibnu Majah.

Hadis Abu Daud
 
hadis 62 tentang dajjal

Dari Aisyah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. biasa berdoa dalam solat:

"Allaahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri, wa a'uudzu bika min fitnatil masiihi d-dajjaali, wa a'uudzu bika min fitnatil mahyaa wal mamaati. Allaahumma innii a'uudzu bika minal ma'tsami wal maghrami-

wahai Allah, aku berlindung kepada Engkau dari siksa kubur, aku berlindung kepada Engkau dari bencana dajjal Al Masih dan aku berlindung kepada Engkau dari bencana hidup dan mati. Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari banyak dosa dan banyak hutang".

Lalu seseorang (Aisyah) berkata: "Alangkah seringnya engkau mohon lindungi dari banyak hutang?"

Beliau bersabda: "Sesungguhnya seseorang apabila telah biasa berhutang, dia berbicara lalu suka bohong, dan (apabila) berjanji, lalu suka mungkiri".

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasaai.

Hadis Abu Daud
 
Video IS dedah penyerang Paris

KAHERAH - MESIR. Sebuah video diterbitkan pusat media kumpulan militan IS, kelmarin didakwa mendedahkan imej dan kenyataan terakhir sembilan individu yang melancarkan serangan ganas di Paris dan meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa pada 13 November lalu.

Ia dimuat naik ke dalam saluran rasmi IS di Telegram dan memaparkan tiga warga Perancis, empat warga Belgium dan dua warga Iraq memakai seragam penyamaran di sebuah lokasi di padang pasir sebelum serangan menggemparkan itu berlaku.

Rakaman itu turut menunjukkan beberapa individu terbabit memenggal kepala tebusan dipercayai anggota kumpulan militan.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Perancis dan Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat enggan memberi sebarang ulasan mengenai pendedahan video tersebut yang turut mengutuk Barat dan ancaman untuk menyerang Britain.

Sementara itu, jurucakap kumpulan pemerhati media sosial militan, Flashpoint Global Partners, Laith Alkhouri berkata, video itu menepati kesemua kriteria yang menentukan ia adalah rakaman sahih.

Pada malam serangan itu, kesemua lelaki terbabit yang dipecahkan kepada tiga kumpulan bertindak menyasarkan stadium, kafe dan dewan konsert di Paris.

Dua lelaki warga Iraq dikenali sebagai Ali al-Iraqi dan Ukashah al-Iraqi dipercayai membawa pasport palsu Syria ketika cuba menyerang stadium Stade de France.

Difahamkan, pihak berkuasa masih gagal untuk mengenal pasti identiti dua lagi individu selepas tujuh identiti penyerang telah didedahkan kepada umum. - Reuters


image_zpswub68sjt.jpg
 
32 terbunuh letupan di Cameroon

YAOUNDE - CAMEROON. Sekurang-kurangnya 32 terbunuh selepas tiga orang pengebom berani mati meletupkan diri di tengah sebuah pasar di utara Cameroon, wilayah yang sering menjadi sasaran kumpulan Boko Haram Nigeria, lapor AP.

Polis berkata, penyerang menyerang pasar tempatan di kampung **** berhampiran sempadan Nigeria

"Angka awal melaporkan 32 orang mati dan 86 cedera," kata Gabenor Wilayah Midjiyawa Bakari.

Laporan awal menyebut tiga pengebom terlibat namun sumber tempatan berkata, penyerang dipercayai melibatkan empat gadis muda.

Hampir, 1,200 terbunuh sejak tahun 2013 sejak Boko Haram menyerangan Far North kawasan yang bersempadan dengan kubu kuat kumpulan Islam itu di timur laut Nigeria.

"Secara keseluruhan, 1,098 orang awam, 67 askar dan tiga pegawai polis telah terbunuh dalam serangan kejam oleh kumpulan pengganas Boko Haram," kata Menteri Komunikasi, Issa Tchiroma Bakary awal bulan ini


imageaa_zpsz5wyrji2.jpg
 
Polis Rwanda tembak mati imam dipercayai IS

KIGALI - RWANDA . Polis Rwanda menembak mati seorang imam di negara itu disyaki merekrut kumpulan militan IS, lapor AP.

Jurucakap polis, Celestin Twanhirwa berkata, suspek, Muhammad Mugemangango ditembak mati di Kigali pada Sabtu kerana cuba melarikan diri ketika ditahan polis.

Walaupun negara-negara Afrika Timur Kenya dan Uganda telah diserang oleh pelampau Islam, ini adalah kali pertama pihak berkuasa Rwanda berkata, terdapat ancaman rangkaian pelampau di negara ini.

Mugemangango adalah timbalan imam masjid Kimiranko, Kigali.

Sementara itu, rakan sekerja, Adam Ali berkata, dia terkejut dengan pembunuhan tersebut dan memberitahu mangsa adalah seorang muslim yang baik dan tidak terlibat dengan kegiatan jenayah.

imagesss_zpsqtwnlpzf.jpg
 
Tali barut Taliban bunuh 10 polis Afghan

KANDAHAR: Seorang anggota polis Afghan menembak mati 10 rakan sekerjanya di wilayah selatan Uruzgan awal hari ini. Pihak berkuasa berkata, tali barut Taliban itu kemudian mencuri senjata dan meninggalkan pos polis di Chinarto di wilayah Uruzgana yang bergolak itu.

"Siasatan kami menunjukkan anggota polis ini bekerjasama dengan Taliban, memberi dadah kepada rakannya dan membunuh mereka ketika mereka tidak sedarkan diri," kata gabenor Uruzgan, Dost Mohammad Nayab. Ia adalah serangan kedua membabitkan orang dalam ke atas pasukan keselamatan kerajaan dalam tempoh seminggu.

Timbalan Ketua Polis Wilayah, Rahimullah Khan mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi sudah dilancarkan bagi mengesan pembunuh berkenaan. Bagaimanapun, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid memberikan gambaran berlainan apabila berkata sembilan polis itu ditembak selepas militan menguasai pos polis di Chinarto. - AFP

afghanpolis.transformed_zpsml0svub1.jpg
 
2,000 komando buru Santoso

Poso: Lebih 1,000 anggota pasukan elit tentera Indonesia tiba di Poso, Sulawesi Tengah semalam, dalam usaha mengepung hutan di kawasan itu untuk menangkap militan paling dikehendaki Indonesia dan anggota kumpulannya.

Mereka yang terdiri daripada anggota Batalion Peninjau Amfibi Tentera Laut dan Unit Khas Penyelam tiba awal pagi dengan kapal KRI Banjarmasin dari Surabaya, Jawa Timur.

Selepas berhimpun di markas Batalion Sintuwu Maroso, anggota berkenaan dikerah ke beberapa lokasi untuk memburu Santoso, ketua kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT).

Kira-kira 800 anggota pasukan khas tentera (Kopassus) juga tiba di lapangan terbang Mutiara di Palu dengan dua pesawat Hercules kelmarin.

Pihak berkuasa melarang wartawan membuat liputan mengenai ketibaan pasukan keselamatan itu.

Pengerahan pasukan khas itu sebahagian daripada Operasi Tinombala 2016 yang dilancarkan kerajaan, menggabungkan polis dan tentera, bertujuan menangkap kira-kira 45 anggota MIT, kata pemerintah operasi dan juga Ketua Polis Sulawesi Tengah Brigadier Jeneral Adham Azis.

Pihak berkuasa percaya Santoso yang juga dikenali sebagai Abu Wardah dan pengikutnya berada di dalam hutan Poso.

Mereka didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas polis dan pos keselamatan di Sulawesi Tengah sejak 2011.

Menurut Adham, tentera dan polis dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan tanggung jawab berbeza.

“Ada kumpulan dikerah memburu Santoso dan ada yang ditugaskan memecah belahkan pergerakan kumpulannya,” kata Adham.

Pegawai sebelum ini mengaku sukar menangkap Santoso kerana tempat persembunyiannya jauh di dalam hutan dan sukar untuk dijejaki.

Pihak berkuasa percaya MIT turut dianggotai seorang wanita asal Bima di tenggara Nusa Barat dan dua entik Uighur dari China.


25hmsantoso.jpg.transformed_zpstgsztkxv.jpg
 
Hakim sekeluarga mati disasar bom

Yaman: Serangan udara pakatan diketuai Arab Saudi membunuh seorang hakim Yaman dan tujuh ahli keluarganya di ibu negara Sanaa kelmarin, dalam pada konvoi bantuan menghantar makanan ke kawasan yang dikepung buat pertama kali dalam beberapa bulan.

Serangan bom itu memusnahkan sebahagian kediaman Yahya Rubaid, hakim yang dilantik Houthi untuk menjalankan kes pendakwaan terhadap kumpulan militan seperti al-Qaeda dan juga mengetuai kes khianat terhadap Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi serta musuh Houthi yang lain.

“Yehia, anak lelakinya, tiga wanita dan tiga kanak-kanak maut dalam kejadian yang memusnahkan rumah dua tingkat itu,” kata anak saudaranya

Abed Rabbo yang diusir dari Sanaa tahun lalu oleh pemberontak Houthi, kembali memimpin kerajaan dari pelabuhan di selatan Aden, yang berjaya ditawan semula pakatan tentera diketuai Arab Saudi pada Julai lalu.

Sementara itu, semalam, Perdana Menteri Khaled Bahah dan barisan Kabinetnya turut pulang ke Aden beberapa bulan selepas pemimpin itu disasarkan pengebom berani mati yang memaksanya melarikan diri dari negara itu.

Pada masa sama, Program Makanan Sedunia PBB berkata, ia berjaya menghantar 12 trak sarat dengan makanan ke beberapa daerah paling teruk terjejas di Tai kelmarin, seterusnya menyediakan bantuan makanan mencukupi bagi 3,000 keluarga untuk sebulan.

Penghantaran itu sekali gus mengurangkan beban penduduk bandar berkenaan, salah satu zon perang paling teruk di negara itu.

26hmjudge.transformed_zps8nbleezg.jpg
 
Tangkap individu 
bermegah di laman sosial

JEDDAH 25 Jan. - Pakar perundangan Arab Saudi mendesak Biro Pendakwaan Awam dan Penyiasatan (BIPP) mengeluarkan waran tangkap dan mengenakan tindakan undang-*undang terhadap rakyatnya yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan dan pembaziran dalam laman sosial.

Kenyataan itu dikeluarkan kumpulan pakar perundangan sebagai reaksi terhadap trend rakyat negara ini yang bermegah-megah dengan pembaziran makanan dan menunjukkannya dalam klip video.

“Mereka membazirkan pemberian Tuhan, menggalakkan pembaziran, merosakkan reputasi masyarakat, menyebarkan budaya bermegah-megah, dan bongkak,’’ ujar pakar perundangan.

Portal Arab News dipetik sebagai berkata, beberapa klip video me*nunjukkan sekumpulan individu memegang kuali perak yang berisi minyak wangi untuk tetamu membasuh tangan selain video memaparkan individu yang mencampakkan beberapa gumpalan wang kertas sebagai makanan unta.

Terdapat juga individu yang meletakkan sejumlah wang dalam teko berisi air panas menyebabkan wang itu rosak kerana menyifatkan tetamunya berhak mendapatkan yang lebih baik daripada itu.

Seorang hakim, Sheik Hamad al-Razen menegaskan, pembaziran dan bermewah-mewah adalah bertentangan dengan al-Quran dan sunnah dan mendesak tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat serta mengheret mereka ke mahkamah khas.

Peguam dan penasihat perundangan, Ahmad Jamman Al-Malki berkata, mengikut undang-undang negara ini, sesiapa yang secara sengaja memusnahkan mata wang negara menggunakan bahan kimia atau memusnahkan sebahagian mata wang, boleh dihukum penjara antara tiga tahun sehingga lima tahun dan didenda SR3,000 hingga SR10,000 (RM3,401 hingga RM11,337) atau kedua-duanya sekali.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Maksiat dan Penggalakan Nilai Murni (Haia), Turki Al-Shulail, pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya terhadap kesalahan tersebut.

imageaaaa_zpsfcxpdkct.jpg
 
Penduduk Mesir teruskan tunjuk perasaan

KAHERAH 25 Jan. – Penunjuk perasaan antikerajaan Mesir tidak mengendahkan amaran tindakan tegas kerajaan dengan berhimpun di jalan raya bagi meraikan ulang tahun kelima kebangkitan rakyat pada 2011, yang menyaksikan Pre*siden paling lama negara itu, Hosni Mubarak digulingkan.

Portal Al-Jazeera melaporkan, penunjuk perasaan mula berhimpun di Dataran Al-Qaed Ibrahim di Iskandariah malam tadi, yang me*rupakan satu daripada lokasi utama tunjuk perasaan pada 2011 terma*suk berkumpul di Nasr City dan daerah Shobra di Kaherah.

Penduduk melaporkan, pasukan keselamatan Mesir mula meningkatkan kawalan keselamatan bagi mencegah tunjuk perasaan sempena sambutan ulang tahun memperingati kebangkitan rakyat itu dengan menahan aktivis dan me*lancarkan serbuan dari rumah ke rumah sesuka hati.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen semalam, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menegaskan bahawa kerajaan meneruskan aspirasi daripada peristiwa kebangkitan rakyat 2011, di sebalik perlanggaran hak asasi manusia yang direkodkan semasa pemerintahan bekas jeneral tentera itu serta keadaan ekonomi yang semakin buruk.

Ucapan Presiden itu dibuat sehari selepas Abdel Fattah, memuji pasukan polis dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang unsur yang boleh menggugat kestabilan negara.

Kebenaran yang diberikan Abdel Fattah terhadap keganasan polis sehingga menimbulkan aduan daripada aktivis hak asasi manusia hanya mengembalikan ‘kekejaman’ pihak berkuasa Mesir semasa pentadbiran Mubarak seperti penyeksaan, penahanan secara rambang dan individu hilang.

Abdel Fattah berkata, kebangkitan rakyat pada 2011 melencong daripada matlamat asal dan dibuat bagi ‘kepentingan individu’ dalam usahanya mewajarkan penggulingan Presiden Mohammed Mursi yang dipilih secara demokrasi.

imageqqq_zpsbhscfldy.jpg
 
Back
Top
Log in Register