BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

hadis 41 tentang dajjal

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepda kami, dari Muawiyah dari Al A'masy dari Abi Shaleh dari Abu Hurairah, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda:

"Mintalah perlindungan kepada Allah dari seksa neraka jahanam, mintalah perlindungan kepada Allah dari seksa kubur, mintalah perlindungan kepada Allah dari Al Masih Dajjal dan mintalah perlindungan kepada Allah dari fitnah kehidupan dan fitnah setelah kematian."

Hadis ini adalah sahih.

Hadis Tarmizi
 
hadis 42 tentang dajjal

Abdullah bin Muawiyyah Al-Jumahi menceritakan kepada kami, Hammad bin Salamah memberitahukan kepada kami dari Ali bin Zaid dari Abdur Rahman bin Bakrah dari ayahnya berkata: "Rasulullah saw. bersabda:

"Ayah Dajjal dan ibunya tinggal selama tiga puluh tahun tanpa dikurnia anak. Lalu dikurnia anak laki-laki yang buta mata sebelah, sesuatu yang paling membahayakan dan sedikit manfaatnya, kedua matanya tidur, tapi kedua hatinya tidak tidur." Rasulullah saw menerangkan kepada kami ciri-ciri kedua orang tuanya. Beliau bersabda: "Ayahnya sangat tinggi lagi kurus dagingnya seolah-olah hidupnya seperti paruh dan ibunya adalah perempuan gemuk serta panjang teteknya".

Abu Bakrah berkata: "Aku mendengar seorang bayi lahir dari golongan Yahudi di Madinah kemudian aku pergi beserta Az Zubair bin Al-Awwam sehingga kami masuk kepada kedua orang tuanya ternyata apa yang disifatkan Rasulullah ada pada kedua orang tua itu. Kami berkata: "Apakah kamu berdua mempunyai anak?" Mereka berkata: "Kami tinggal selama tiga puluh tahun tanpa dikurnia anak kemudian dikurnia seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya, sesuatu yang paling banyak bahayanya dan sedikit manfaatnya, kedua matanya tidur tapi kedua hatinya tidak tidur."

Abu Bakrah berkata: "Lalu kami keluar dari sisi mereka, tiba-tiba mereka melemparkan diri ke terik matahari di dalam selimut dan dia bergumam, lalu membuka matanya kemudian berkata: "Apa yang kamu katakan?" Kami berkata: "Apakah kamu mendengar apa yang kami katakan?" Dia berkata: "Ya, kedua mata ku tidur tapi kedua hatiku tidak tidur."

Hadis ini adalah hasan gharib, kami tidak mengetahuinya selain dari hadis Hammad bin Salamah.

Hadis Tarmizi
 
hadis 43 tentang dajjal

Qutaibah menceritakan kepada kami, Abdul Aziz bin Muhammad.memberitahukan kepada kami dari Al Ala' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Iman itu dari Yaman, Kufur itu dari arah timur, ketenangan itu bagi pemilik kambing, kebanggaan dan pamer itu pada orang-orang yang tinggi suaranya iaitu pemilik kuda dan penghuni khemah yang terbuat dari bulu unta. Dajjal datang, jika dia sampai di belakang gunung Uhud maka para Malaikat memalingkan mukanya ke arah Syam dan di sana dia binasa."

Hadis ini adalah sahih.

Hadis Tarmizi
 
hadis 44 tentang dajjal

Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits memberitahukan kepada kami dari Ibnu Syihab bahawa dia mendengar Ubaidillah bin Abdullah bin Syaklabah Al- Anshari menceritakan dari Abdur Rahman bin Yazid Al-Anshari dari bani Amr bin Auf berkata: "Aku mendengar pakcik ku iaitu Mujamma' bin Jariyah Al-Anshari berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Ibnu Maryam membunuh Dajjal di pintu Ludd."

Dalam bab ini terdapat hadis dari Imran bin Husain, Rafi' bin Utbah, Abi Barzah, Hudzaifah bin Usaid, Abu Hurairah, Kaisan, Usman bin Abil Ash, Abir, Abu Umamah, Ibnu Mas'ud, Abdullah bin Amr, Samurah bin Jundub, An-Nawwas bin Sam'an, Amr bin Auf dan Hudzaifah AI-Yaman.

Hadis ini adalah sahih.

Hadis Tarmizi
 
hadis 45 tentang dajjal

Harun bin Ishaq Al Hamdani menceritakan kepada kami, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Aisyah berkata: "Rasulullah SAW pernah berdoa dengan kalimat-kalimat ini:

(Wahai Allah! sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari cubaan neraka dan seksa neraka, cubaan kubur, dari kejahatan cubaan kaya, dari kejahatan cubaan kemiskinan dan dari kejahatan Al masih Dajjal.Wahai Allah! cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air salju dan air dingin. Bersihkan hatiku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran dan jauhkanlah jarak antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara jarak antara timur dan barat, Wahai Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari kemalasan, tua bangka, dosa dan hutang).

" Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

Hadis Tarmizi
 
hadis 46 tentang dajjal

Dari Yahya bin Sa'id katanya: " 'Aisyah pernah memberitahu:

"Pada suatu hari ketika Rasulullah saw keluar dari rumah, maka terjadilah gerhana Matahari. Pada waktu itu, para isteri Nabi berkumpul di kamar beliau, setelah Rasulullah saw datang mendekati pertengahan hari, maka beliau segera melakukan solat gerhana berjamaah.

Dalam solatnya itu beliau memanjangkan berdirinya, kemudian beliau rukuk sambil memanjangkan rukuknya. Kemudian beliau bangkit dari rukuk dan beliau berdiri dan memanjangkan berdirinya, tapi kurang dari waktu berdirinya yang pertama. Kemudian beliau rukuk dengan memanjangkan rukuk tapi kurang dari rukuknya yang pertama. Setelah beliau berdiri dari rukuk, maka beliau sujud.

Ketika berdiri pada rakaat yang kedua, maka beliau mengerjakan seperti yang beliau kerjakan pada rakaat pertama, hanya saja beliau agak memendekkan berdirinya dan rukuknya dari yang telah dilakukannya pada rakaat yang pertama. Kemudian beliau sujud, dan seterusnya beliau menyempurnakan solatnya hingga akhir. Beliau mengakhiri solatnya setelah gerhana matahari berakhir.

Kemudian beliau duduk di atas mimbar untuk berpidato. Dalam pidatonya itu beliau bersabda:

"Sesungguhnya manusia akan mengalami ujian didalam kuburnya, sebagaimana dia mengalami ujian semasa timbulnya Dajjal.

Hadis Nasai
 
hadis 47 tentang dajjal

Dari Al-Azraq ibnu Qais dari Syarik ibnu Syihab berkata: "Aku ingin bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah untuk bertanya tentang sifat-sifat kaum Khawarij. Pada hari raya aku bertemu dengan Abu Barzah bersama beberapa orang sahabatnya. Aku bertanya padanya: "Adakah kamu telah mendengar Rasulullab saw pernah menyebut-nyebut tentang kaum Khawarij?"

la menjawab: "Ya, aku telah mendengar dengan kedua telingaku dan menyaksikan secara langsung dengan kedua mataku ini, bahawasanya ketika Rasulullah saw mendapat harta sedekah, maka ia membahaginya dan memberikan pada orang yang disebelah kanannya dan prang disebelah kirinya, sedangkan beliau tidak memberikan pada orang yang dibelakangnya. Maka seorang yang berkulit hitam berambut panjang dan berbaju putih yang berada di belakang beliau dan berkata:

"Wahai Muhammad, kamu tidak adil dalam memberikan harta ini." Rasulullah saw sangat marah, kemudian beliau bersabda: "Demi Allah, sepeninggalku kelak, kamu sekalian tidak akan mendapatkan seorangpun yang lebih adil dariku." Kemudian beliau bersabda: "Pada akhir zaman nanti, akan ada suatu kaum, mereka pandai membaca Al Quran tetapi hati mereka tidak tertembus oleh ajaran Islam.

Mereka keluar dari Islam secepat terlepasnya anak panah dari busurnya. Mereka akan selalu ada hingga orang terakhir dari golongan mereka akan muncul bersama Dajjal. Dan orang ini adalah termasuk dari golongan mereka. Jika kamu mendapatkan mereka, maka bunuhlah mereka adalab sejahat-jahatnya makhluk."

Hadis Nasai
 
hadis 48 tentang dajjal

Kata Yahya bin Sa'id Al-Anshari:

"Aku pernah mendengar Amrah berkata: "Aku pernah mendengar 'Aisyah bercerita: "Pada suatu kali ada seorang wanita Yahudi berkata padaku: "Semoga Allah melindungi engkau dari seksa kubur",

Ketika Rasulullah saw datang, maka aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah manusia akan diseksa didalam kuburnya?" Setelah memohon perlindungan kepada Allah, maka beliau mengenderai kenderaannya. Tidak lama setelah beliau keluar terjadilah gerhana Matahari. Ketika itu aku bersama isteri-isteri Rasulullah saw kebetulan sedang berada di kamar beliau saw, Setibanya di rumah, maka Rasulullah saw, menyeru sahabat-sahabatnya untuk bersama-sama melakukan solat gerhana Matahari.

Dalam solatnya, beliau memanjangkan berdirinya, kemudian beliau rukuk dan beliau memanjangkan rukuknya. Setelah mengangkat kepalanya dari rukuk, maka beliau memanjangkan berdirinya, tapi kurang dari waktu berdirinya yang pertama. Kemudian beliau rukuk dan memanjangkan rukuknya tapi kurang dari rukuknya yang pertama. Kemudian beliau berdiri dari rukuk dan agak memanjangkan berdirinya. Kemudian beliau sujud dan memanjangkan sujudnya. Selanjutnya ketika beliau berdiri pada rakaat kedua, maka beliau agak memendek waktu berdirinya dan waktu rukuknya. Kemudian beliau mengangkat kepalanya dari rukuk dan beliau agak memendek berdiri dan rukuknya dari yang telah dikerjakan sebelumnya.

Demikianlah beliau mengakhiri solatnya dengan empat kali rukuk dan empat kali sujud. Beliau mengakhiri solatnya ketika gerhana matahari berakhir. Setelah itu beliau berdiri untuk berpidato. Dalam pidatonya beliau bersabda:

"Sesungguhnya kalian akan mengalami cubaan dalam kubur sama dengan cubaan dimasa timbulnya Dajjal". Kata 'Aisyah: "Maka sejak kejadian itu kudengar Rasulullah saw mohon perlindungan dari seksa kubur."

Hadis Nasai
 
hadis 49 tentang dajjal

Dari ibnu Syihab: "Aku telah diberitahu oleh 'Urwah ibnu Zubair bahawasanya dia pernah mendengar Asma' binti Abu Bakar bercerita:
"Pada suatu hari, ketika dalam pidatonya Rasulullah saw menyebut-nyebut tentang adanya fitnah kubur yang bakal dihadapi oleh setiap orang, maka majlis itu menjadi gempar, sehingga aku tidak dapat mendengar apa yang disabdakan oleh beliau setelah itu. Setelah majlis menjadi tenang, maka aku berkata pada orang yang berada di dekat ku:

"Semoga Allah merahmati mu, apa yang disabdakan oleh beliau diakhir ucapannya?" Jawab orang itu: "Beliau telah bersabda:

"Telah diwahyukan pada ku bahawa kalian akan mengalami fitnah kubur yang dahsyatnya hampir sama dengan dahsyatnya fitnah dajjal."

Hadis Nasai
 
hadis 50 tentang dajjal

Dari Ya'la ibnu Atha', dia berkata: Aku telah mendengar Abu Alqamah Al-Hasyimiy berkata: Aku telah mendengar Abu Hurairah ra berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang taat padaku bererti dia taat pada Allah, barangsiapa yang melanggar perintahku bererti dia melanggar perintah Allah". Kemudian beliau meminta perlindungan pada Allah dari seksa kubur, seksa neraka Jahannam, cubaan hidup, cubaan kematian dan dari cubaan Al-Masih Dajjal-.

Hadis Nasai
 
Back
Top
Log in Register