Selatan sudan-kebuluran melanda selatan sudan akibat peperangan saudara.Sekurangnya 30 000 orang kelaparan.Tanaman dan ternakan mati.2 tahun pergaduhan antara presiden, Salva Kiir, dab bekas naib presiden Riek Machar.
Ankara, Turki- kini terjejas akibat gelombang serangan siber ke atas laman web kewangan dan kerajaan yang diperhebat ketika Krismas, dilaporkan menyebabkan gangguan sementara urus niaga kad kredit. Satu video dikeluarkan minggu ini dan dikaitkan dengan kumpulan penggodam Anonymous, berikrar untuk membalas dendam atas dakwaan hubungan Turki dengan militan IS.
Iran- lebih 12 000 calon untuk pilihanraya parlimen Iran yang akan diadakan pada februari 2016. bagi merebut 290 kerusi ianya rekod tertinggi sejak revolusi iran 1979.
Kabul, Afganistan- Jurucakap taliban menafikan bekerjasama dengan Rusia bagi memerangi Is. Sebelum itu jurucakap menteri luar Rusia memberitahu pihak taliban bersetuju bertukar maklumat tentang is.
Jurucakap taliban menambah taliban tidak gusar is di afganistan kerana is akan kumpulan kecil sahaja ianya aktif di negeri Nangarhar. Sementara itu is mempunyai stesen radio di afganistan. Is cuba rekrut rakyat membenci kerajaan.
Helmand, Afganistan- sekurangnya 4 daerah di negeri Helmand jatuh ke tangan taliban. beratus tentera afganistan terbunuh terutama sekitar bandar Sangin
Nigeria- KUmpulan Boko Haram telah masuk kampung Kimba dan menembak mati 14 penduduk dan membakar kampung tersebut.Boko haram adalah kumpulan bersekutu dengan is.
HOUSTON: Penyiasat di Houston, Texas mengesahkan bahawa kebakaran di sebuah masjid kelmarin adalah perbuatan yang disengajakan, ketika sentimen Islamofobia semakin menular di Amerika Syarikat (AS). Jabatan Bomba Houston menyatakan kebakaran di Islamic Society of Greater Houston diklasifikasikan sebagai disengajakan.