Dari Abu Hurairah r.a.. katanya : "Aku berkata :
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar hadith yang banyak sekali
dari Tuan yang kulupakan". Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Tebarkanlah selendang anda" Akupun membeberkannya"
Abu Hurairah melanjutkan uriannya: "Nabi s.a.w. kemudian memotongnya
dengan kedua tangannya dan bersabda: "Genggamkanlah itu"
Aku pun lalu menggengamnya. Sejak saat itu sesudah itu aku tidak
pernah lupa lagi akan sesuatu apa pun"
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Abu Musa r.a. katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata " "Ya Rasulullah, apakah pengertian berperang fi sabilillah
yakni pada jalan Allah itu? Sebab ada orang di antara kita semua ini
yang berpeang dengan tujuan melindungi harga diri atau prestasi bangsa dan lain-lain
Beliau s.a.w. kemudian bersabda sambil mengangkat kepalanya
dan tentunya beliau s.a.w. itu tidak perlu mengangkat kepala, melainkan
orang yang bertanya itu berdiri sedang beliau s.a.w. sedang duduk.
demikianlah kata Abu Musa.
Sabda beliau s.a.w. itu ialah :
"Barang siapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah
itu menjadi kalimat yang tertinggi dan kalimat yang dimaksudkan itu
ialah agama, maka orang yang berperang itu adalah berperang
fi sabilillah azawajalan
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w. sedang berada
disisi jumrah dan ditanya oleh beberapa orang sahabatnya. Ada seorang lelaku yang
berkata : "Ya, Rasulullah, aku telah menyembelih sebelum melontar"
Beliau s.a.w. bersabda : "Lontarlah dan tidak ada halangannya"
Orang lain lagi berkata : "Ya Rasulullah, aku telah mencukur rambut sebelum
aku menyembelih". Beliau s.a.w. bersabda : "Sembelihlah dan tidak ada
halangannya. Tidak suatu pertanyaanpun yang diajukan kepada beliau s.a.w.
baik yang dilakukan dengan cara didahulukan atau diakhirkan, melainkan
beliau s.a.w. tentu mengatakan : "Lakukanlah dan tidak ada halangannya"
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Al Qamah dari Abdullah r.a. katanya :
"Pada suatu ketika aku sedang berjalan bersama Nabi s.a.w.
melalui tempat runtuhan di Madihan dan beliau s.a.w. bersandar
pada tongkat dari pelepah tamar, kemudian lalu (melewati) sekelompok
kaum yahudi. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain
"Tanyakanlah sesuatu kepadanya, iaitu perihal roh"
Sebahagian yang lain berkata : "Ah jangan bertanya apa-apa
kepadanya sebab ia tidak datang ke sini dengan membawa
sesuatu yang kamu semua menjadi benci kerananya"
Sebahagian lain pula berkata : "Cobalah tanya, sungguh-sungguh,
ini harus kau lakukan". Selanjutnya berdiri seorang lelaki itu lalu berkata:
"hai Abulqassim ertinya Bapak Qasim, sebab beliau s.a.w. mempunyai
anak lelaki bernama Al Qasim apakah roh itu"
Beliau s.a.w. lalu berdiam.
Aku yakin Abdullah berkata bahawa beliau s.a.w.. tentu sedang
diberi wahyu, maka aku pun berdirilah. Setelah jelas adanya wahyu itu,
kemudian beliau s.a.w. bersabda: membacakan isi wahyu yang
baru diterima: Ertinya :
"Orang-orang itu sama menanyakan kepadamu perihal roh.
Katakanlah : "Roh itu adalah termasuk urusan Tuhanku dan
tidaklah kamu semua diberi ilmu pengetahuan itu
melainkan hanya sedikit saja"
Hadis sahih riwayat Bukhari
Telah berkata Saidina Ali : "Berbicaralah dengan semua manusia itu
sesuai dengan ilmu pengetahuan yang mereka miliki
Adakah kamu semua senang sekiranya Allah dan rasulNya didustakan
sebab kurangnya pengertian yang ada pada mereka itu?"
Disampaikan Ubaidullah bin Musa
Hadis sahih riwayat Bukhari
Ramadi, Iraq- seorang mp negeri Anbar iaitu Jaber al-Jaber mengatakan pihak Iraq akan dapat tawan ramadi dalam masa 3 atau 4 hari. ramadi terletak 120km dari Baghdad. Ramadi sebelum ini jatuh di tangan is pada mei tahun ini. Kira-kira 300 pejuang ada di bandar ramadi ketika ini. dapatkah is mempertahan ramadi?
Helmand, Afganistan- kerajaan Afganistan minta bantuan nato bagi serangan udara di daerah Sangin, negeri Helmand. Helmand terletak sempadan dengan Pakistan. Taliban telah menawan Daerah Sangin.
Syria-Kerajaan Syria bersetuju kerarah pelan kedamaian di Geneva.Menteri luar syria Walid Muallem berkata demikian sempena lawatan ke China. Sekurangnya 250 000 terbunuh dan berjuta telah menjadi pelarian sejak perang di syria 2011.
Kaherah,Mesir- pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun. Ini berikutan dari protes maut terhadap penyingkiran Presiden Morsi.
Dalam protes tersebut 30 maut di bandar terusan suez, mesir bulan ogos 2013.