BTC USD 85,346.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

bermimpi Rasulullah s.a.w.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عََنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَسَمُّوا بِاسْمِى وَلا تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِى وَمَنْ رَآنِى فِى العَنَامِ
فَقَدْ رَانِى فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لا يَتَمَثَّلُ فِى صُورَتِى
وَمَنْ كَذَبَ عَلَى مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأ مَقْعَدَهْ مِنَ النَّارِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Ambillah nama sebagaimana namaku Muhammad tetapi jangan
menggunakan nama kinayah seperti nama kinayahku iaitu Abul Qasim
Barang siapa melihatku di waktu tidurnya yakni bermimpi melihat
Nabi s.a.w., maka orang itu telah benar-benar melihatku,
kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupakan dirinya dengan diriku,
Selain itu barang siapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja
maka hendalah ia menempatkan tempat duduknya dalam neraka."
Hadis sahih riwayat Bukhari


Leaf-cutter-ants-Atta-cep-003_zpsybe6inxz.jpg
 
rasulullah



وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ اللهَ تعالى قَالَ: مَنْ عَادَى لِيَ وَلِيًّا فَقَدْ اَذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ،
وَمَا تَقَرَّبَ عَبْدِى بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ،
وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ،
فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ،
وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطِشُ بِهَا،
وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِى أَعْطَيْتُهُ،
وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِى لَأُعِيْذَنَّهُ


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata :
“Telah bersabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:
“Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku maka aku menyatakan perang dengannya.
Tiada sesuatu yang lebih Aku sukai dari hamba-Ku
melainkan ia mengerjakan amalan yang Aku wajibkan kepadanya
untuk mendekatkan diri kepada-Ku.
Dan hamba-Ku selalu mengerjakan amalan-amalan sunnah
untuk mendekatkan diri kepada-Ku
sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya,
maka Aku merupakan pendengaran yang ia pergunakan untuk mendengarnya,
Aku merupakan penglihatan yang ia pergunakan untuk melihatnya,
Aku merupakan tangannya yang ia pergunakan untuk bertindak,
Aku merupakan kakinya yang ia pergunakan untuk berjalan.
Seandainya dia meminta sesuata kepada-Ku pastilah Aku kabulkan,
jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku beri perlindungan untuknya”.

Hadis sahih riwayat Bukhari


bachelor-button_zps48b6i938.jpg
 
berakhlaq baik dengan isteri


وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ
رواه الترمذى وقال حديث حسن صحيح

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata,
“Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling bagus akhlaknya.
Dan orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya”.
Hadis Riwayat Tirmidzi, ia berkata hadis ini hasan shahih


Garden_flower__zps0awpry77.jpg
 
durhaka kepada suami


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم
أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ .
قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ ،
وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا
قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Diperlihatkan neraka kepadaku.
Ketika itu aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.
" Seseorang bertanya, "Apakah mereka kufur kepada Allah?"
Rasulullah menjawab, "Mereka kufur kepada suami dan tidak berterima kasih
atas kebaikan yang diterimanya.
Walaupun sepanjang masa engkau telah berbuat baik kepada mereka,
begitu mereka melihat sedikit kesalahan darimu, maka mereka berkata,
'Aku tak pernah melihat kebaikan darimu'"
Hadis sahih riwaayat Bukhari


Hi-Fi-Web%20Flower-8_zps4zevvbrc.jpg
 
keluarga


وَعَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِى ذُبَابٍ رضى الله عنه قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
((لَا تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللهِ))
فَجَاءَ عُمَرُ رضى الله عنه إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم
فَقَالَ: ذَئِرْنَ النِّسَاءُ عَلَى أَزْوَاجِهِنَّ،
فَرَخَّصَ فِى ضَرْبِهِنَّ
فَأَطَافَ بِاَلِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم نِسَاءٌ كَثِيْرٌ يَشْكُوْنَ أَزْوَاجُهُنّ،
فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
((لَقَدْ أَطَافَ بِاَلِ بَيْتِ مُحَمَّدٍ نِسَاءٌ كَثِيْرٌ يَشْكُوْنَ أَزْوَاجَهُنَّ لَيْسَ أُولَئِكَ بِخِيَارِكُمْ))
رواه أبو داود بإسناد صحيح

Diriwayatkan dari Iyas bin Abdullah bin Abu Dzubab r.a. ia berkata,
“Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kamu memukul kaum wanita”.
Kemudian datanglah Umar RA menghadap Rasulullah s.a.w. seraya berkata,
“Para isteri sekarang telah berani kepada suami-suaminya”.
Lalu beliau memberi keringanan kepada para suami untuk memukul isteri-isterinya.
Selanjutnya banyak para wanita yang mendatangi Rasulullah
untuk mengadukan perlakuan suami-suaminya,
maka beliau bersabda: “Sungguh telah banyak para wanita yang datang ke rumah
Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami-suami mereka,
maka mereka itu (para suami) bukanlah orang-orang yang terbaik di antara kamu”.
Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih


Hippie-flower_-_Virginia_-_ForestWander_zpspncbsh6p.jpg
 
memberi nama yang baik


عَنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّ أَحْبَ أَسْمَا ئِكُم إِلَى اللهِ عَبْدُ الله وَعَبْدُالرَّحْمنِ

Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya nama yang lebih disukai Allah
ialah Abdullah dan Abdurrahman
Hadis sahih riwayat Muslim


red_rose_flower3_zps7qx1rt80.jpg
 
berbuat baik dengan ibu berlainan agama


عَنْ اَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِى بَكْرٍ قَالَتْ قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّى وَهِىَ مُشْرِكَةٌ
فِى عَهْدِ قُرَيْشٍ اِذْ عَا هَدَ هُمْ فَاسْتَفْتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلعم
يَا رَسُولَ اللهِ قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّى وَهِيَ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُ أُمِّى
قَالَ نَعَمْ صِلِى أُمَّكِ

Dari Asma binti Abu Bakar r.a. katannya :
"Ibu saya datang kepada saya dan dia seorang musyrik diwaktu kaum Qureisy
mengadakan perjanjian damai dengan Nabi. Lalu saya meminta keputusan kepada Rasulullah s.a.w.
dan mengatakan : "Ya Rasulullah s.a.w. ! Ibu saya datang, dia ingin hendak bertemu dengan saya.
Bolehkah saya mengadakan hubungan dengan ibu saya?
Nabi s.a.w. menjawab: "Ya Boleh! Hubungilah ibumu."
Hadis sahih riwayat Muslim


20090809_Lotus_flower_2736_zps7uvmvhn1.jpg
 
amalan yang tidak baik


عَنِ الْمَعْرُورِ قَالَ لَقِيتُ أَبَا ذَرٍّ بِالرَّبَذَةِ ،
وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ ، وَعَلَى غُلاَمِهِ حُلَّةٌ ، فَسَأَلْتُهُ عَنْ ذَلِكَ ،
فَقَالَ إِنِّى سَابَبْتُ رَجُلاً ، فَعَيَّرْتُهُ بِأُمِّهِ ،
فَقَالَ لِىَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم
- يَا أَبَا ذَرٍّ أَعَيَّرْتَهُ بِأُمِّهِ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ ،
إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ ، جَعَلَهُمُ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ ،
فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ ،
وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ ، وَلاَ تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ ،
فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ

Dari Al-Ma'rur bahwa ia berkata, "Saya bertemu dengan Abu Dzar di Rabadzah.
Beliau dan hamba sahayanya mengenakan pakaian (mantel) yang serupa.
Kemudian saya bertanya apa sebabnya mereka mengenakan pakaian yang serupa.
Abu Dzar menjawab, 'Aku pernah memaki seseorang dengan menghina ibunya.
Lalu Nabi s.a.w.: berkata kepadaku, "Wahai Abu Dzar,
apakah kau memaki dia dengan menghina ibunya?
Rupanya masih ada dalam dirimu sifat-sifat jahiliyah.
Para hambamu adalah saudara-saudaramu yang Allah titipkan di bawah tanggungjawabmu.
Oleh karena itu, barangsiapa memiliki hamba sahaya,
hendaklah hamba sahaya itu diberikan makanan yang dimakan
dan diberi pakaian yang dipakai serta janganlah mereka dibebani dengan pekerjaan
yang berada di luar kemampuan mereka.
Jika mereka terpaksa mengerjakannya maka bantulah mereka."
Hadis sahih riwayat Bukhari


56224938-blue-flower_zpsaczuaotc.jpg
 
Memuliakan tetamu


عَنْ أَبِى شُرَيْحِ الْعَدِىِّ قَالَ سَمِعَتْ اُذُنَاىَ وَاَبْصَرَتْ
عَيْنَاىَ حِيْنَ تَكَلَّمَ رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيَهِ وَسَلَّم
فَقَالَ مَنْ كانَ يُؤْنِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
جَائِزَتَهُ قَالُوا وَمَا جَائِزَتُهُ يَارَسُولَ اللهِ قَالَ يَوْمُهُ وَلَيْلَتُهُ
وَالضِّيَافَةُ ثَلاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا كانَ وَرَاءَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ
عَلَيْهِ وَقَالَ مَنْ كانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَومِ الاخِرِ
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْنُتْ

Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkataan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim


A_yellow_flower_in_late_summer_zpsmfs6i1fb.jpg
 
Back
Top
Log in Register