BTC USD 85,403.1 Gold USD 4,136.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Nabi s.a.w. meneteskan air mata


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ
قَالَ كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ إِحْدَى بَنَاتِهِ تَدْعُوهُ وَتُخْبِرُهُ أَنَّ صَبِيًّا لَهَا
أَوْ ابْنًا لَهَا فِي الْمَوْتِ فَقَالَ لِلرَّسُولِ ارْجِعْ إِلَيْهَا فَأَخْبِرْهَا
أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ
عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى فَمُرْهَا فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ فَعَادَ الرَّسُولُ
فَقَالَ إِنَّهَا قَدْ أَقْسَمَتْ لَتَأْتِيَنَّهَا
قَالَ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَقَامَ مَعَهُ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ
وَانْطَلَقْتُ مَعَهُمْ فَرُفِعَ إِلَيْهِ الصَّبِيُّ
وَنَفْسُهُ تَقَعْقَعُ كَأَنَّهَا فِي شَنَّةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
فَقَالَ لَهُ سَعْدٌ مَا هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ هَذِهِ رَحْمَةٌ جَعَلَهَا اللَّهُ فِي قُلُوبِ عِبَادِهِ
وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Dari Usamah bi Zaid r.a. katanya :
"Pernah kami berada dekat Nabi s.a.w. lalu seorang puteri beliau
menyampaikan pesan, meminta kedatangan Nabi s.a.w.dan memberitakan
bahawa seorang kanak-kanak (putera) atau puteranya hampi meninggal
Kepada utusan (yang menyampaikan berita itu) Nabi s.a.w mengatakan
"Kembalilah kepadanya dan ceitakanlah, bahwa apa yang diambil Allah
adalah kepunyaanNya. Segala sesuatu disisi Allah menurut waktu
yang ditentukan. Sebab itu suruhlah dia supaya bersabar dan rela
Kemudian utusan itu datang kembali dan mengatakan :
"bahawa dia sangat mengharapkan supaya engkau datang!"
Lalu Nabi .s.a.w. berdiri (berangkat) dan ikut bersama beliau
Saad bin Ubaidah dan Muaz bin Jabal. Saya berjalan bersama mereka.
Kanak-kanak itu diserahkan ke pangkuan Nabi s.a.w.
sedang nafasnya turun naik dan tercugap-cungap.
Maka meneteslah air mata beliau (s.a.w.) kerana itu Saad berkata :
"Apakah ini , ya Rasulullah ?" Beliau (s.a.w.) menjawab :
"Inilah perasaan kasih sayang yang diadakan Allah dalam hati
hambanya, yang disayangi Allah di antara hamba-hambanya hanyalah
orang yang mempunyai perasaan kasih sayang."
Hadis sahih riwayat Muslim


Yogi_super_res_zps33gpj4bs.jpg
 
Sabar ketika pukulan pertama


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَتَى عَلَى امْرَأَةٍ تَبْكِي عَلَى صَبِيٍّ لَهَا
فَقَالَ لَهَا اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي
فَقَالَتْ وَمَا تُبَالِي بِمُصِيبَتِي
فَلَمَّا ذَهَبَ قِيلَ لَهَا
إِنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَخَذَهَا مِثْلُ الْمَوْتِ
فَأَتَتْ بَابَهُ فَلَمْ تَجِدْ عَلَى بَابِهِ بَوَّابِينَ
فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَعْرِفْكَ
فَقَالَ إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ أَوَّلِ صَدْمَةٍ
أَوْ قَالَ عِنْدَ أَوَّلِ الصَّدْمَةِ

Dari Anas bin Malik r.a. (menceritakan )
"Bahawa Rasulullah s.a.w. telah datang kepada seorang perempuan yang
sedang menangis kerana (kematian) anaknya dan mengatakan kepadanya :
"Bertaqwalah kepada Allah dan besabarlah!"
Perempuan itu menjawab : "Engakau tidak merasai cobaan yang menimpa saya."
Setelah Nabi s.a.w. berangkat, dikatakan orang kepada perempuan itu,
bahawa orang tadi ialah Rasulullah s.a.w.
Kerana (mendengar) itu , perempuan tadi setengah mati (kerana ketakutan)
lalu perempuan itu datang ke muka pintu rumah Nabi s.aw.
dan tidak diperolehinya mempunyai pengawal.
Dia mengatakan: "Ya Rasulullah ! saya tidak kenal engkau"
Lalu beliau (s.a.w.) mengucapkan :
"Kesabaran (yang sesungguhnya) ialah ketika pukulan yang pertama".
Hadis sahih riwayat Muslim


ant_zpsfiz9zss0.jpg
 
meratapi mayat bererti menyiksanya


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ حَفْصَةَ بَكَتْ عَلَى عُمَرَ
فَقَالَ مَهْلًا يَا بُنَيَّةُ أَلَمْ تَعْلَمِي
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ

Dari Abdullah r.a. menceritakan :
"Bahawa Hafshah menangisi Umar, Lalu Umar berkata :
"Tunggulah hai anakkku!
Apakah engkau belum tahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya mayat itu disiksa kerana diratapi keluarganya."
Hadis sahih riwayat Muslim


Ant_on_leaf_zpslylm6y6w.jpg
 
jangan terus duduk ketika hantar jenazah


عن أبى سعيد قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إِذَا اتَّبَعْتُمْ جَنَازَهُ فَلا تَجْلِسُوا حَتَّى تُوضَعَ

Dari Abu Said r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila kamu turut menghantar jenazah, janganlah kamu duduk
sebelumnya dikebumikan."
Hadis sahih riwayat Muslim


Black%20Ant%20drinking_zpsico8wxnq.jpg
 
tiga masa terlarang


عن عقبة بن عامر الجهنى يقول ثَلاثَ سَاعَاتِ كَانَ
رسول الله صلى الله عليه وسلم يَنْهَا نَا اَنْ نُصَلِّى فِيهِنَّ
أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حَينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِعَةً
حَتَّى تَرتَفِعُ وَحِينَ يَقُوُم قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيْلَ
الشَّمْسُ وَحِيْنَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُبِ حَتَّى تَفْرُبَ

Dari Uqbah bin Amir Juhany r.a. katanya
"Tiga waktu Rasulullah s.a.w. telah melarang kami mengerjakan
solat di dalamnya atau menguburkan mayat ialah
ketika matahari terbit, ketika matahari dipertengahan langit
dan ketika matahari hampir terbenam
Hadis sahih riwayat Muslim


black_anT_zpsulnbxqwe.jpg
 
dibenarkan menziarah kubur


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
َ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لِأُمِّي
فَلَمْ يَأْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأَذِنَ لِي

Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Aku meminta izin kepada Tuhanku untuk memohon ampunan untuk ibuku
Aku tidak diberi izin. Dan aku meminta izin kepadaNya untuk
menziarahi kuburnya, lalu Tuhan mengizinkan"
Hadis sahih riwayat Muslim


ccc_zpstijhulmc.jpg
 
ziarah kubur mengingati mati


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ
فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي
وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا
فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Nabi s.a.w. menziarahi kubur ibunya, lalu beliau menangis
menyebabkan orang-orang yang keliling beliau turut menangis
Beliau s.a.w. berkata :
"Aku meminta izin kepada Tuhanku untuk mminta ampunan untuk dia
tetapi Tuhan tidak mengizinkan. Dan aku meminta izin untuk
menziarahi kuburnya, aku diizinkan Tuhanku.
Sebab itu ziarahilah kubur, kerana ziarah itu mengingatkan kepada kematian
Hadis sahih riwayat Muslim


fire_ant_zpszpmucwvq.jpg
 
buatkan lubang lahat


عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّ سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ
قَالَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي هَلَكَ فِيهِ الْحَدُوا لِي لَحْدًا
وَانْصِبُوا عَلَيَّ اللَّبِنَ نَصْبًا كَمَا صُنِعَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari 'Amir bin Sa'id bin Abi Waqas r.a. (menceritakan) katanya :
"Bahawa Saad bin Abi Waqas mengatakan di waktu sakit yang dia
meninggal dunia dalam sakit itu, katanya : "Buatkanlah untuk saya lubang lahat
dan tegakkan di atas kubur saya batu bata, sebagaimana diperbuat dengan
(kubur) Rasulullah s.a.w."
Hadis sahih riwayat Muslim


honeypotant_zps7pnfsf3e.jpg
 
larangan di tanah kubur


عَنْ جَابِرٍ قَالَ
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ

Dari Jabir r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. melarang mengapur kubur, duduk di atasnya
dan membuat bangunan di atasnya"
Hadis sahih riwayat Muslim


Leaf_cutter_ants_arp_zpsqtkinocc.jpg
 
Pusaka Rasulullah s.a.w.


عَنْ عَائِشَة قَالَتْ ماتركَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
دِيْنَارً وَلا دِرْهَمًا وَلاشَاةً وَلا بَعِيْرًا وَلا أَوْصَى بِشَئٍ

Dari Aisyah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. tiada meninggalkan (sebagai pusaka) dinar
(wang emas) dan dirham (wang perak) tiada pula kambing
dan onta dan tiada pula mewasiatkan sesuatu apa pun.
Hadis sahih riwayat Muslim


leaf-cutter-ant_604_600x450_zpsxgxfo6rr.jpg
 
Back
Top
Log in Register