BTC USD 84,899.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Doa Nabi s.a.w. memohon rezeki


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ رِزْقَ آلِ مُحَمَّدٍ قُوتًا

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. berdoa :
"Ya Allah! Adakanlah rezeki keluarga Muhammad
sekadar cukup makan"
Hadis sahih riwayat Muslim


zikir-nedir_zps3hvgpwxn.jpg
 
Last edited:
sabar dari meminta-minta


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ نَاسًا مِنْ الْأَنْصَارِ سَأَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَعْطَاهُمْ ثُمَّ سَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ حَتَّى إِذَا نَفِدَ مَا عِنْدَهُ
قَالَ مَا يَكُنْ عِنْدِي مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ أَدَّخِرَهُ عَنْكُمْ وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ
وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ وَمَنْ يَصْبِرْ يُصَبِّرْهُ اللَّهُ
وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ مِنْ عَطَاءٍ خَيْرٌ وَأَوْسَعُ مِنْ الصَّبْرِ

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. (menceritakan) katanya :
"Bahawa orang banyak dari kaum Anzar meminta kepada Rasulullah s.a.w.
dan beliau memberinya. Kemudian mereka meminta lagi kepada
beliau dan mereka diberinya sehingga apa yang disisi Rasulullah s.a.w.
telah habis meminta semuanya, beliau berkata :
"Apa yang masih ada dari harta , tentu akan aku berikan kepada kamu.
"Siapa yang sanggup menahan dirinya (dari meminta)
nescaya Allah akan memberi kekuatan menahan hati
dan siapa yang merasa cukup, nescaya akan dicukupkan Allah
dan sesiapa yang bersabar, akan ditambahkan Allah akan kesabarannya
Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang, yang lebih baik
dan lebih luas dari kesabaran"
Hadis sahih riwayat Muslim


Anak%20kecil%20doa_zpswuu9fj5m.jpg
 
harta


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ جَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى الْمِنْبَرِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ
فَقَالَ إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِينَتِهَا
فَقَالَ رَجُلٌ أَوَ يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ فَسَكَتَ عَنْهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقِيلَ لَهُ مَا شَأْنُكَ تُكَلِّمُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَلَا يُكَلِّمُكَ قَالَ وَرَأَيْنَا أَنَّهُ يُنْزَلُ عَلَيْهِ فَأَفَاقَ يَمْسَحُ عَنْهُ الرُّحَضَاءَ
وَقَالَ إِنَّ هَذَا السَّائِلَ وَكَأَنَّهُ حَمِدَهُ
فَقَالَ إِنَّهُ لَا يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ وَإِنَّ مِمَّا يُنْبِتُ الرَّبِيعُ
يَقْتُلُ أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرِ
فَإِنَّهَا أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَلَأَتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ عَيْنَ الشَّمْسِ فَثَلَطَتْ وَبَالَتْ
ثُمَّ رَتَعَتْ وَإِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرٌ حُلْوٌ وَنِعْمَ صَاحِبُ الْمُسْلِمِ هُوَ لِمَنْ أَعْطَى مِنْهُ الْمِسْكِينَ
وَالْيَتِيمَ وَابْنَ السَّبِيلَ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَإِنَّهُ مَنْ يَأْخُذُهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ
وَلَا يَشْبَعُ وَيَكُونُ عَلَيْهِ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar dan kami duduk disekeliling beliau
Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya di antara yang aku cemaskan bahayanya kepada kamu
dibelakangku (selepasku) ialah bunga dunia dan perhiasannya yang
dibukakan kepada kamu"
Seorang lelaki bertanya :
"Adakah yang baik bisa menimbulkan yang buruk, ya Rasulullah!"
Rasulullah s.a.w. terdiam (belum menjawab).
Ada orang mengatakan kepada lelaki itu :
"Bagaimana keadaanmu menanyakan kepada Rasulullah s.a.w.
dan beliau tidak menjawab? " Menurut pengelihatan kami bahawa
kepada beliau diturunkan wahyu lalu beliau sadar dan menyapu keringatnya.
Beliau bersabda :
"Sesungguhnya orang yang bertanya tadi....(seolah-olah beliau s.a.w memuji
orang itu ) dan mengatakan :
"Sesungguhnya orang yang baik itu tidak menimbulkan yang buruk.
Sesungguhnya sebahagian yang ditumbuhkan musim hujan ada yang membunuh (merusak)
selain dari memakan sayur-sayuran (rumput rumput)
kerana yang memakan rumput-rumput itu setelah penuh perutnya
menghadap ke matahari (berhenti makan) lalu keluar air liurnya
dan mengeluarkan kencing, kemudian baru kembali makan kepada rumput
Sesungguhnya hari ini menghijau biru (sedap dipandang mata)
dan manis (sedap rasanya). Harta yang menjadi kawan orang Muslim itu
amat baik untuk orang yang suka memberikannya kepada orang miskin,
anak piatu dan orang yang (terlantar) dalam perjalanan. Atau sebagaimana
yang disabdakan Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya sesiapa yang mengambil harta itu tidak menurut haknya
(cara yang halal) dia serupa dengan orang yang makan dan tidak mau kenyang
(tidak pernah cukup) Sedang harta itu menjadi saksi
(menyalahkannya ) di hari kiamat".
Hadis sahih riwayat Muslim


doa%201_zpsaii17o3w.jpg
 
zakat ternakan unta


... قِيْلَ يا رسول الله فَالإِبِلُ قَالَ وَلاَ صَاحِبُ إِبِلٍ لاَ يُؤَدِّى مِنْهَا حَقَّهَا
وَمِنْ حَقِّهَا حَلَبُهَا يَوْمَ وِرْدِهَا إِلاَّ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا بِقَاعٍ قَرْقَرٍ
أَوْفَرَ مَا كَانَتْ لاَ يَفْقِدُ مِنْهَا فَصِيلا وَاحِدًا تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا
وَتَعَضُّهُ بِأَفْوَاهِهَا كُلَّمَا مَرَّ عَلَيهِ
أُوْلاَهَا رُدَّ عَلَيهِ أُخْرَاهَا فِي يَومٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ..
. قِيلَ يَا رسول الله فَالبَقَرُ وَالغَنَمُ قال وَلاَ صَاحِبُ بَقَرٍ
وَلاَ غَنَمٍ لاَ يُؤَدِّى مِنْهَا حَقَّهَا إِلاَّ إِذَا كَانَ يَومُ القِيَامَةِ بُطِحَ لَهَا
بِقَاعٍ قَرْقَرٍ لاَ يَفْْقِدُ مِنْهَا شَيْئًا لَيْسَ فِيهَا عَقْصَاءُ
وَلاَ جَلْحَاءُ وَلاَ عَضْبَاءُ تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا وَتَطَؤُهُ بِأَظْلاَفِهَا كُلَّمَا مَرَّ عَلَيهِ
أُوْلاَهَا رُدَّ عَلَيهِ أُخْرَاهَا فِي يَومٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ.

Sahabat bertanya, "ya Rasulullah, bagaimana dengan zakat unta?"
Baginda bersabda, "tiada seorang pemilik unta yang tidak menunaikan haknya
dan diantara haknya adalah memerah susunya pada waktu keluarnya
melainkan pada hari kiamat kelak,
orang itu akan ditelentangkan di tempat yang rata
dan datang unta-unta yang paling besar dan gemuk daripada masa di dunia,
lalu menginjak-nginjak dengan tapak kakinya dan menggigit dengan giginya yang tajam.
Apabila selesai binatang yang pertama, datang pula yang lainnya.
Demikianlah hal itu berlangsung setiap hari,
yang kadar satu hari di sana (akhirat) sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia).
Sehinggalah selesai Allah menghukum hambanya,
maka diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka."
Sahabat bertanya lagi, "ya Rasulullah, bagaimana dengan (zakat) lembu dan kambing?"
Baginda bersabda, "tiada seorang pemilik lembu
dan kambing yang tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan pada hari kiamat
ditelentangkannya di suatu tempat yang rata dan dipijak-pijak oleh lembu
dan kambing itu dengan kuku yang tajam dan ditanduk-tanduk dengan tanduknya.
Tiada binatang itu yang tanduknya bengkok, tidak bertanduk dan tanduknya patah.
Apabila selesai binatang yang pertama, diikuti pula dengan lainnya setiap hari,
yang kadar satu hari di sana (akhirat) sama dengan lima puluh ribu tahun (di dunia)
sehinggalah selesai Allah menghukumnya,
kemudian diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim


Doa%20Dhuha_zpsnytrn4kh.jpg
 
keutamaan Jihad dan Menunaikan haji


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَىُّ الا عْمَلِ أَفْضَلُ قَالَ إِيْمَانٌ بِاللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ قَالَ ثُمَّ ماَذَا
قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. ditanya tentang amal yang paling utama, jawab beliau :
"Beriman kepada Allah." Kemudian apa? tanyanya pula ,
jawab beliau "Berjihad pada jalan Allah." Kemudian apa? tanyanya pula :
Beliau mengerjakan haji yang mabrur."
Hadis sahih riwayat Muslim dan Bukhari


Doa%20Doa%20Ramadhan_zpsztngizau.jpg
 
robohnya Ka'abah


عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ الْأَخْنَسِ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَأَنِّي بِهِ أَسْوَدَ أَفْحَجَ يَقْلَعُهَا حَجَرًا حَجَرًا

Dari Ubaidillah bin Akhnas, katanya : "Aku diberitahu oleh Ibnu Abi Mulaikah dari Ibnu Abbas r.a.
dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Ka'bah itu berkulit hitam
merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Ka'abah itu batu-batunya satu demi satu"
Hadis riwayat Bukhari


Doa%20Pendinding%20amp%20pengerak_zpswi65jns1.jpg
 
mencium batu Hajar Aswad


عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَابِسِ بْنِ رَبِيعَةَ عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّهُ جَاءَ إِلَى الْحَجَرِ الْأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ فَقَالَ إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ
وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ

Dari 'Amasy dari Ibrahim bin 'Abis bin Rabi'ah dari Umar r.a.
bahawasanya ia mendatangi hajar Aswad, lalu Umar r.a. menciumnya kemudian ia berkata
"Sesungguhnya aku mengetahui bahawasanya kamu ialah batu yang tidak membahayakan
dan tidak dapat memberikan kemanfaatan. Andaikata aku tidak melihat sendiri Nabi s.a.w.
menciummu nescaya aku tidak akan menciummu"
Hadis riwayat Bukhari


doa_3_mo_k_jpg_320_320_0_9223372036854775000_0_1_0_zpsddti3iwi.jpg
 
Pakaian Ihram


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ مِنْ الثِّيَابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا تَلْبَسُوا الْقُمُصَ وَلَا الْعَمَائِمَ وَلَا السَّرَاوِيلَاتِ
وَلَا الْبَرَانِسَ وَلَا الْخِفَافَ إِلَّا أَحَدٌ لَا يَجِدُ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ
وَلَا تَلْبَسُوا مِنْ الثِّيَابِ شَيْئًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا الْوَرْسُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Ibnu Umar r.a., bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
perihal pakaian Ihram. Maka Rasulullah s.a.w. pun menjawab: "
Tidak boleh pakai kemeja, serban, celana, peci dan sepatu.
Kecuali bagi seorang yang tidak mempunyai terompah, dia boleh memakai sepatu pendek
yang tidak menutupi kedua mata kaki.
Dan tidak boleh memakai pakaian yang dicelup dengan Za'faran dan Wars."
Riwayat Muslim


doa_penerang_hati_1024_zpslmi0chq8.jpg
 
Amal yang mendekati syurga


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللهِ أَىُّ الاعْمَالِ أَقْرَبُ اِلَى الْجَنَّةِ
قَالَ الصَّلاةُ عَلَى مَوَا قِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا نَبِى اللهِ
قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنَ قُلْتُ وَمَاذَ يَا نَبِى اللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ

Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim


doa2_zpsm4vg9cdj.jpg
 
Back
Top
Log in Register