Dari Ibnu as'ud r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah azan Bilal menghalangi kamu untuk makan sahur
kerana dia azan di waktu masih malam,
untuk memberitahu orang yang sedang sembahyang
dan membangunkan orang yang masih tidur."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Samuraah bin Jundab r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah seseorang di antara kamu tertipu (terhalang)
untuk makan sahur dan jangan pula oleh ini
cahaya putih (fajar kazib) sampai dia hilang."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Amru bin 'Ash r.a. :
Sesunggunya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"perbedaan antara puasa kita dengan puasa
Ahli Kitab ialah makan sahur."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya
"Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. dan kemudian itu
kami berdiri untuk mengerjakan sembahyang (Subuh).
Saya (Anas) bertanya :
"Berapa lamanya jarak antara keduanya?"
Zaid menjawab : "(Selama membaca) lima puluh ayat."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Sahal bin Said r.a. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"orang yang banyak itu tetap memperolehi kebaikan,
selama mereka menyegerakan berbuka."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Abu 'Athiah r.a. katanya :
"Saya dan Masruq datang ke rumah 'Aisyah dan kami bertanya :
"Ya Ummul Mukminin! Dua orang antara sahabat Muhammad
s.a.w. yang sedang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang,
sedang yang seorang lagi melambatkan berbuka dan sembahyang."
'Aisyah bertanya : "Siapakah di antara keduanya yang menyegerakan
berbuka dan mengerjakan sembahyang?" Kami menjawab
"Abdullah iaitu Abdullah bin Mas'ud"
Kata 'Aisyah :
"Begitulah yang diperbuat oleh Rasulullah s.a.w."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Umar r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila malam telah datang, siang telah pergi dan mata hari telah
terbenam, maka tibalah waktunya orang berpuasa berbuka."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Abdullah bin Aufa r.a. katanya :
"Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan di bulan Ramadhan
Setelah mata hari terbenam. Beliau bersabda :
"Hai anu, Marilah, siapkanlah untuk kita (berbuka)
Dia menjawab : "Ya Rasulullah !. Sesungguhnya hari masih siang !"
Beliau bersabda lagi :
"Marilah dan siapkanlah untuk kita ! "
Dia datang dan menyiapkan makanan dan dihidangkan kepada
Nabi s.a.w., lalu Nabi s.a.w. meminumnya.
Sesudah itu, Nabi bersabda sambil menunjukkan dengan tangannya :
"Apabila mata hari telah terbenam dan di sini dan malam telah datang
mari sini , maka telah tiba waktunya orang puasa berbuka."
Hadith sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Umar r.a. (menceritakan ) :
Bahawa Nabi s.a.w. melarang puasa tanpa berbuka.
Mereka berkata :
"Sesungguhnya engkau (Nabi s.a.w) puasa tanpa berbuka"
Nabi s.a.w. menjawab :
Sesungguhnya keadaan ku tiada sama dengan kamu
aku diberi makan dan diberi minum."
Hadith sahih riwayat Muslim