BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

air kencing bayi


عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى
بِالصِبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِى بِصَبِّىٍ
فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَ عَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَم يَغْسِلهُ


Dari Aishah r.a. katanya : "Kerapkali didatangi bayi-bayi kepada
Rasulullah s.a.w. lalu beliau mendoakan dan mengusap-usap tubuh
mereka. Sekali peristiwa didatangkan kepadanya seorang bayi
lelaki lalu kencing di atas pangkuan beliau, untuk itu beliau minta
air lalu ditempat yang basah oleh kencing itu, diberi air oleh beliau
dan tidak dicuci
Hadis sahih riwayat Muslim


Camellia-trees-font-beautiful-font-flowers-to-decorate-the-font-garden-948x612_zpsfesklabi.jpg
 
kulit bangkai kambing


عَنْ اَبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصَدِّقُ عَلَى مَولاةٍ
لَمِيْمُونَهُ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّبِهَا رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ
اِهَابَه فَدَ بَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُم بِهِ فَقَالُوا
اِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ اِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا


Dari Ibnu Abbas, katanya : "Sahaya dari Maimunnad diberi
hadiah seekor kambing yang kemudiannya kambing itu mati.
Maka lewatlah Rasulullah s.a.w. lalu berkata : "Lebih baik
kulitnya diambil dan disamak , sesudah itu dapatlah kamu
pergunakan." Mereka berkata : "Kambing itu sudah menjadi
bangkai". Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Yang haram hanya
memakannya."
Hadis sahih riwayat Muslim


Water_drop_impact_on_a_water-surface_-_1_zpsl9fmqslc.jpg
 
mendahulukan kanan


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِى شَأْنِهِ كُلِّهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ


Dari Aisyah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan yang sebelah kanan dalam segala hal
umpamanya memakai sandal, bersisir dan bersuci
Hadis sahih riwayat Muslim


water-wallpapers-12_zpspddd28lj.jpg
 
jauhi kencing di tempat awam


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ قَالُوا وَمَا اللَّعَّانَانِ يَارَسُولُ اللهِ
قَالَ اللَّذِى يَتَقَلَّى فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ فِى ظِلِّهِمْ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jauhilah dua perkara yang menyebabkan caci maki orang
iaitu buang air pada jalan umum atau tempat orang bernaung".
Hadis sahih riwayat Muslim


water%20waves%20wallpaper%205_zpsyzgv1eov.jpg
 
menggunting misai dan pelihara janggut


عَنِ ابْنِ عُنَرَ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا للِّحَى


Dari Ibnu 'Umar, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w.
"Guntinglah misai dan pelihara janggut!"
Hadis sahih riwayat Muslim


water_texture840_zpsuf10fim2.jpg
 
orang mukmin tidak najis


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ لَقِيَنِى رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا جُنُبٌ فَأَخَذَ
بِيَدِى فَمَشَيْتُ مَعَهُ حَتَّى قَعَدَ فَا نْسَلَلْتُ
فَأَتَيْتُ الرَّحْلَ فَاغْتَسَلْتُ ثُمَّ جِئْتُ
وَهُوَ قَاعِدٌ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَاهُرَيْرَةَ
فَقُلْتُ لَهُ فَقَالَ سُبْحَانَ اللهِ يَا أَبَاهُرَيْرَةَ
إِنَّ الْمُؤمِنَ لاَ يَنْجُسُ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bertemu denganku dan di waktu itu
sedang berjanabah, lalu beliau s.a.w. mengambil tanganku
kemudian aku berjalan-jalan bersama-samanya sehingga beliau duduk
Aku lalu berundur daripadanya dengan diam-diam, terus aku datang
di tempat kediamanku, selanjutnya akupun mandilah. Sehabis itu
aku mendatangi beliau s.a.w. dan masih duduk ditempatnya semula
Belia s.a.w. lalu bertanya : "Kemanakah kamu tadi, hai Abu Hir?"
Aku lalu mengatakan apa yang sebenarnya kulakukan. Beliau s.a.w
lalu bersabda : "Maha Suci Allah, hai Abu Hir, sesungguh orang
mukmin itu tidaklah najis."
Hadis sahih riwayat Bukhari


smoke_zps8guhtupz.jpg
 
kencing berdiri


عَنْ أَبِى وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
أَتَى النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا
بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ


Dari Abu Wail dari Huzaifah r.a. katanya :
"Nabi s.a.w. mendatangi tempat pembuangan
sampah bagi sesuatu kaum, lalu membuang air
sambil berdiri, kemudian meminta air. Aku datang
kepadanya dengan membawa air, terus beliau s.a.w.
berwudhu'."
Hadis sahih riwayat Bukhari


IMG_9011a_zpsi63i4goa.jpg
 
menyiram air kencing


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ جَاءَ أَعْرَابِىٌّ فَبَالَ
فِى طِائِفَةِ الْمَسْجِدِ فَزَجَرَهُ النَّاسُ فَنَهَاهُمُ
النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ . فَلَمَّا قَضَى
بَولَهُ أَمَرَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
بِذُنُوبٍ مِنْ مَاءٍ فَأُهْرِيْقَ عَلَيْهِ


Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
"Ada seorang Arab datang lalu ia kencing di suatu tempat
dalam lingkungan masjid, kemudian orang banyak sama
membentak-bentaknya, tetapi Nabi s.a.w. melarang
berbuat demikian itu. Setelah Arab itu selesai dari kencingnya
Nabi s.a.w. memerintahkan mengambil setimba air,
kemudian disiramkan air itu di atas kencingnya
Hadis sahih riwayat Bukhari


dew_grass_zps1oiavb6m.jpg
 
tidak beristinja'


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ
فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ
وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ
قَالَ فَدَعَا بِعَسِيبٍ رَطْبٍ فَشَقَّهُ بِاثْنَيْنِ
ثُمَّ غَرَسَ عَلَى هَذَا وَاحِدًا وَعَلَى هَذَا وَاحِدًا
ثُمَّ قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا


Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya :
"Sewaktu Nabi s.a.w. lalu tas dua kuburan baru,
beliau s.a.w. berkata :
"Bahawa dua orang ini sedang disiksa oleh kerana
kesalahan yang biasa dianggap ringan; salah satau keduanya
tukang fitnah dan yang lain tidak beristinja' dari kencingnya"
Kata Ibnu Abbas lagi : "Kemudian Nabi s.a.w meminta pelepah kurma
dan dibelahnya dua kemudian dipancangkannya kepada kubur
dan dibelahnya dua kemudian dipancangkannya
di atas kubur masing-masing sambil berkata :
"Mudah-mudahan keduanya dapat keringanan selama
pelepah ini belum kering
Hadis sahih riwayat Muslim


grass-background_zps3jrv32gd.jpg
 
dilarang memegang kemaluan dengan tangan kanan


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لاَ يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ
وَلاَ يَتَمَسَّحْ مِنْ الْخَلاَءِ بِيَمِينِهِ وَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ


Dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Janganlah seseorang memegang kemaluannya dengan tangan kanan
diwaktu buang air kecil beristinja' dengan tangan kanan dan
bernafas digelas waktu minum."
Hadis sahih riwayat Muslim


grass_by_transfigurated_zpslvppfgxg.jpg
 
Back
Top
Log in Register