Di depan kita, dia memuji kita tetapi di belakang kita pula dia akan kutuk kita. Banyak sebab ianya berlaku begitu. Antaranya dia tidak berani bercakap secara berdepan.
Sekiranya dia tidak berpuas hati sepatutnya dia beritahulah pada kita secara bijaksana. Seterusnya dapatlah kita memberi penjelasan. Andaikata kita bersalah, akuilah kesalahan itu dan minta maaf. Barulah tiada lagi perhubungan yang berpura-pura.
Istiqamah ertinya melakukan pekerjaan yang baik secara berterusan walaupun sedikit. Sememangnya agak sukar untuk melakukan amalan yang baik secara berterusan. Walau bagaimana pun, sekiranya kita melakukan secara sedikit, ianya dapat mengekalkan amalan kita sepanjang masa. Sebaliknya kalau kita melakukan secara berlebihan, ianya akan memberi kesan yang negetif. Kita akan merasa bebanan dan jemu.
Amalan yang baik akan memberi kesan yang positif pada hati kita. Akhirnya akhlak-akhlak yang baik akan terpancar dari hati kita yang baik itu. Oleh itu sama-sama lah kita beristiqamah.
Sebagai seorang insan, kita memerlukan layanan yang baik dari orang sekeliling kita. Sekiranya kita merasa tidak puas hati, kita akan merasa tersinggung. Ada setengah orang hati mereka mudah terkilan dan ini menjadikan mereka mulai merajuk.
Perasaan merajuk biasanya memberi kesan negetif pada diri sendiri. Oleh kerana itu cuba hindarkan perasaan merajuk itu dari diri kita.
Batu api adalah proses melaga-lagakan orang. Hasilnya kedua-dua belah pihak akan bermusuh-musuhan. Yang menjadi batu api akan merasa seronok dan mungkin akan mendapat kepentingan peribadi.
Sepatutnya kita sebagai orang tengah mestilah mendamaikan mereka. Jangan kita mengambil kesempatan untuk keuntungan sementara waktu.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita masing-masing.Ada setengah orang tidak tahu atau pun tidak mempunyai keyakinan untuk mencapainya.Ini sudah tentu impain mereka tidak tercapai.
Sekiranya ada seseorang dapat memberi motivasi pada mereka, kemungkian impian mereka akan tercapai. Motivasi adalah kata-kata semangat,dorongan dan cara-cara bagaimana impian mereka akan tercapai.
Sepanjang kehidupan ini, kita bertemu bermacam ragam manusia. Satu ketika kita pernah berjumpa dengan seseorang yang pandai berkata-kata. Tanpa kita sedari kita telah terpukau dan terpengaruh dengan kelincahan dan kehebatan kata-katanya. Kepandaiannya manipulasi sesuatu isu boleh membawa kesan positif dan negetif. Barangkali dia menggunakan fakta-fakta yang tertentu di samping gaya bahasa yang tersendiri dan berbagai lagi.
Ada kalanya kita tidak tahu dengan tepat sesuatu perkara. Ini disebabkan oleh kekurangan info-info ataupun perkara itu hanyalah rekaan sahaja. Sesuatu perkara atau kejadian tertentu boleh berubah di masa hadapan. Mungkin akan terjadi begitu dan begini. Kita hanya mampu meramalnya.
Katakan sebidang tanah dibeli sekian harga dan kita tidak tahu nilai tanah tersebut pada masa depan. Sekiranya kawasan tanah tersebut akan dijadikan pembangunan bandar, ini akan menyebabkan nilai tanah tersebut akan meningkat berkali ganda.Sebelum kita menerima sesuatu perkara hendaknya kita selidiki terlebih dahulu samada ianya benar ataupun sekadar spekulasi sahaja.
Komunikasi adalah proses memberi dan menerima serta bertukar idea,maklumat,perasaan dan lain-lain. Ianya melalui percakapan,penulisan,bahasa badan dan sebagainya.Komunikasi yang berkesan adalah bila mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dan difahami dengan jelas. Sebaliknya komunikasi yang tidak berkesan menyebabkan berlaku salah faham dan membawa pergaduhan seterusnya resiko yang lebih besar lagi. Ini berpunca dari percakapan yang berbelit-belit,bahasa digunakan begitu puitis,bahasa badan yang keliru dan lain-lain. Contohnya beri senyuman tetapi di dalam hati membenci.
Semasa komunikasi gunakan pendekatan diplomasi,toleransi serta hindari dari sebarang provokasi. Oleh itu tiada siapa yang terluka. Bukankah begitu?
Manusia sememangnya hidup bermasyarakat. Saling perlu-memerlukan antara satu-sama lain. Ada masa kita perlukan mereka dan ada masa lain mereka perlukan kita. Ada ketikanya kita merasa sulit dan sukar untuk mendapatkan pertolongan. Begitu juga kita merasa serba salah kerana tidak mampu membantu mereka.
Dalam kedua-dua situasi ini, diplomasi adalah jalan yang terbaik. Di mana kita menggunakan budibicara dan kata-kata yang berhikmah. Sebalik kelembutan itu ada ketegasannya. Sebaliknya jangan ejek,marah,paksa atau kata-kata kesat.
Manusia mempunyai berbeza-beza pendapat,cita rasa,sikap dan lain-lain. Oleh itu kita hendaklah saling memahami,hormati,hargai dan bertolak ansur. Ini semua membolehkan kita hidup lebih harmoni dan aman. Sekiranya ada perbezaan , jangan kita mudah membenci dan menganggu mereka. Janganlah kita lakukan terhadap orang lain yang kita tidak ingin orang lakukan terhadap kita.
Setiap sesuatu ada standardnya tetapi ada juga toleransinya. Contohnya standard orang makan 4 kali sehari dan toleransinya 2 kali. Ini bermakna kita boleh terima kalau orang makan antara 2 hingga 6 kali sehari. Sekiranya terlebih dan kurang dari itu, ianya terkeluar dari toleransi. Biasanya pada waktu malam orang tidur, justeru itu tunjukkan kita bertoleransi dengan perlahankan bunyi radio supaya tidak ganggu orang lain. Toleransi dapat hapuskan tirai yang menyekat kita dan merobohkan dinding membatasi kita. Adakah anda bersetuju?