fzlik
Super Active Member

- Messages
- 8,198
- Joined
- Jun 7, 2010
- Messages
- 8,198
- Reaction score
- 856
- Points
- 111
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.
Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.
"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh) pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Shah Alam hari ini.
Pada Februari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal (dari pembubaran Parlimen).
Namun baginda meminta agar kerajaan negeri mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan serta cara yang tertib dan teratur.
Mandat DUN Selangor akan tamat pada 22 April ini.
http://www.malaysiakini.com/news/223539