BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bubar DUN Hak Multak Sultan Johor - Mohamad

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,410
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,410
Reaction score
279
Points
146

Bubar DUN Hak Multak Sultan Johor - Mohamad​

ca26ba9887e8eb6783700741967ee5be6a0ffa7b6084d

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media di Sendayan, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata parti itu yakin bahawa Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi akan memberikan nasihat kepada Sultan Ibrahim yang merupakan Sultan Johor berhubung masa yang sesuai untuk PRN diadakan.

“Boleh jadi masa terdekat, boleh jadi lambat (PRN), itu terpulang kepada budi bicara menteri besar. Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan rasmi di peringkat ibu pejabat parti mahupun kepimpinan pusat.

“Saya yakin apabila menteri besar dapat lampu hijau atau restu, beliau akan datang berunding dengan peringkat pusat supaya dapat bersama-sama merancang untuk diadakan pilihan raya di kawasan ataupun negeri itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan, di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lepas, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.

Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH-12), Perikatan Nasional (3) dan MUDA (1).

Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO itu turut mengingatkan semua pihak supaya mengendalikan sebarang kemelut politik secara matang dan berhemah bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Kita tidak mahu rakyat rasa tidak tenteram. Apa sahaja keputusan atau tindakan mesti dilakukan dengan baik kerana tujuan kita menjadi kerajaan adalah untuk membantu rakyat, bukannya menyusahkan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Rantau berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan dua lagi sekolah baharu di Bandar Sri Sendayan bagi mengatasi masalah kesesakan pelajar di kawasan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register