BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit tak dapat, kena tembak pula

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
tmbk.jpg_1473696414.jpg

Rawang: Seorang penjenayah parah terkena beberapa das tembakan selepas menyamun seorang peniaga kedai barangan elektrik di Batu 16, Rawang, semalam

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian 4 petang itu, suspek bersenjatakan pedang samurai masuk ke kedai dan meminta wang daripada peniaga lelaki berusia 53 tahun

Menurutnya, bimbang dicederakan mangsa menyerahkan wang tunai RM30

"Bagaimanapun, suspek merampas tablet serta wang tunai RM300 yang berada dalam beg tablet berkenaan

"Ketika kejadian, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kebetulan berada di lokasi kejadian bersama keluarganya," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi

Beliau berkata, anggota polis berpangkat sarjan itu memberi amaran dan meminta suspek menyerah diri

"Bagaimanapun, suspek bertindak ganas dan cuba melibas pedang ke arah muka anggota polis berkenaan

"Bagi mempertahankan diri, anggota polis berkenaan terpaksa melepaskan empat das tembakan dan mengenai tubuh suspek," katanya

Menurutnya, suspek yang rebah cuba bangun untuk melarikan diri dengan membonceng motosikal ditunggang seorang rakannya

"Usaha suspek gagal apabila kedua-dua lelaki terbabit berjaya diberkas dengan bantuan mangsa

"Seorang lagi suspek turut ditahan ketika berada di luar kedai berkenaan," katanya

Ali berkata, suspek yang cedera dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut

"Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an dipercayai pernah terbabit dalam beberapa kes samun sebelum ini," katanya

http://www.hmetro.com.my/node/166056
 
Ni baru betul embak bukan tujuan membunuh.. Good job.. 5 bintang utk abam polis
 
Bijak betul penjenayah tu nak lawan pistol dengan pedang samurai :eek:
 
wrong time wrong place..
 
terbaik la polis tu..ini yg kita nak..
 
nape x mati je..zzz..nyusahkan spital plak nk rawat dorg
 
pergh, ni memang betul2 dekat da dgn uma aku, da knape g rompak kedai tu, adoii, xberbaloi.. g la rompak stesen minyak ke, ni barang elektrik 2nd hand + repair nak g rompak.

da kene tembak xmati terus, menyusahkan orang yg keje kat hospital selayang tu pulak yg nak rawad ko.. xde visi + misi nye perompak
 
Back
Top
Log in Register