BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak tembak lori, kebas duit lebih RM190,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,645
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,645
Reaction score
323
Points
141
geli-tembak-lori.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan tingkap di tempat duduk pemandu pecah akibat terkena peluru. - TikTok

JAKARTA – Polis memburu sekumpulan perompak yang melepaskan tembakan ke arah sebuah lori di Tulang Bawang Barat, wilayah Lampung dan melarikan wang tunai berjumlah 800 juta rupiah (RM191,000), lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di Kampung Daya Asri, Isnin lalu.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @24jam.lampung menunjukkan tingkap di tempat duduk pemandu pecah, manakala cermin hadapan retak akibat kesan tembakan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Lampung, Yuni Iswandari Yuyun berkata, kumpulan pencuri itu mengambil wang kertas mencecah 800 juta rupiah.

“Kes ini masih dalam siasatan. Polis sedang mengumpul bukti dan berusaha mengenal pasti pelaku yang melepaskan tembakan,” kata Yuni.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kenapa pemandu lori itu mencurigakan?” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register