Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Duit raya RM43.2j
SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan durian runtuh pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka Felda membabitkan kira-kira RM43.2 juta sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Najib berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda sekali gus sebagai bantuan perbelanjaan menghadapi Aidilfitri.
“Pada tahun ini, pemberian wang hari raya diteruskan dengan membabitkan semua peneroka Felda di seluruh negara berjumlah 112,635 orang menggunakan kaedah yang sama seperti tahun lalu. “Kadar bayaran ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan juga peneroka yang tidak bersama Felda,” katanya ketika berucap dalam lawatan ke negeri ini, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, seramai 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda bakal menerima duit raya sebanyak RM400 seorang dan jumlah itu membabitkan peruntukan RM41.4 juta.
Katanya, manakala lapan peratus peneroka lagi yang tidak bersama Felda turut menerima RM200 setiap seorang dan jumlah peruntukkan itu sebanyak RM1.8 juta.
“Pemberian wang sempena hari raya kepada peneroka sudah dilaksanakan sejak 2003 lagi. Berdasarkan peruntukkan tahun ini, ia menunjukan pertambahan sebanyak RM600,000 atau 1.39 peratus berbanding bayaran pada 2011 iaitu RM42.6 juta.
“Bayaran duit raya itu akan dibuat kepada semua peneroka di seluruh negara dijangka dalam minggu kedua Ramadan dan akan diberikan mengikut peringkat rancangan Felda seluruh negara,” katanya.
Najib berkata, pemberian wang hari raya itu adalah sebahagian daripada Program Rahmat Ramadan yang bertujuan meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran tidak lama lagi.
Beliau berkata, peruntukan lain disalurkan Felda bagi program kerohanian sempena Ramadan membabitkan peruntukkan kira-kira RM2.28 juta membabitkan beberapa program yang sudah dilaksanakan.
Selain itu, katanya, peruntukan lain disalurkan Felda bagi program kerohanian sempena Ramadan membabitkan peruntukan kira-kira RM2.28 juta membabitkan beberapa program yang sudah dilaksanakan.
“Ia membabitkan program saguhati Jawatankuasa Masjid Felda sebanyak RM792,500, Program Ihya Ramadan kira-kira RM951,000 dan Program Ihya Ramadan Kawasan Parlimen Felda sebanyak RM540,000,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuitrayaRM43_2j/Article/index_html