BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dugaan berganda buat warga emas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohd Azahar menyampaikan sumbangan kepada Kasmirah.​

LABIS - Sebuah keluarga di Kampung Bukit Mambai, di sini, yang masih bersedih kerana baharu kehilangan seorang ahli keluarga dua minggu lalu, diuji pula dengan kejadian ribut yang menerbangkan keseluruhan bumbung bahagian dapur kediaman mereka, petang kelmarin.

Kasmirah Lagiman, 63, berkata, anak lelakinya, Muhamad Sofii Tukijan, 29, baharu sahaja meninggal dunia kerana serangan jantung dan kini mereka sekeluarga diuji pula dengan bencana ribut.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, dia bersama tiga cucunya yang berusia di antara empat bulan hingga tiga tahun sedang berada di dapur manakala dua anaknya yang lain berada di ruang tamu rumah.

"Hujan renyai ketika itu tiba-tiba jadi lebat diikuti angin kencang sehingga menyebabkan bahagian atap dapur makcik bergoncang ditiup angin yang datang dari arah belakang rumah.

"Dalam ketakutan, makcik bawa semua cucu ke ruang tamu untuk berkumpul bersama anak-anak yang lain. Dalam sekelip mata, semua atap dan kayu di bahagian dapur terangkat sebelum diterbangkan angin," katanya kepada Sinar Harian.

Kasmirah bersyukur, tindakan pantasnya membawa semua cucu ke ruang tamu menyelamatkan mereka daripada ditimpa kayu yang jatuh sewaktu bumbung bahagian dapur diterbangkan angin.

Dalam pada itu, suaminya, Tukijan Othman, 74, terpaksa mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM2,000 bagi membeli kayu dan zink serta masih belum menganggarkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung.

"Ini kejadian kali pertama berlaku sejak 40 tahun makcik tinggal di rumah ini dan hanya kediaman kami sahaja yang terjejas.

"Bagaimanapun, makcik sekeluarga reda dengan ujian ini kerana mungkin ada hikmahnya di sebaliknya yang kami tidak ketahui. Apa yang penting, tiada ahli keluarga cedera," katanya.

Sementara itu, nasib menimpa keluarga tersebut mendapat perhatian Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.

Beliau melawat dan menyampaikan sumbangan daripada Umno Bahagian Labis dan berharap ia mampu membantu meringankan beban dan kesedihan keluarga berkenaan.

"Saya nasihatkan agar mangsa ribut supaya membuat laporan polis dan mengemukakan gambar serta salinan laporan tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) Segamat dengan segera bagi membolehkan mereka menerima bantuan sewajarnya," katanya.
 
Back
Top
Log in Register