BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duduk Lama Boleh Bawa Maut

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

"Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung," katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

"Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan," katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.? Agensi
 
uiks...bahaya nie
cilon selalu tgk graf EU berjam-jam
 
Sesiapa yang main forex sila ambil perhatian..

tatkala aliran graph melawan arus, bangunlahg dari kerusi dan berjalan lah anda di luar umah dan menghisap rokok
 
hehhehe...
korang jumpa pokcak untuk belajar main forex duduk 20minit dapat 300usd..huhuhu
jgn ckp aku suh tanya
 
adus......hari2 dok depan pc ma...8-}
 
dia wat trade ikot red news kot...20 minit compom laa profit
 
Sesiapa yang main forex sila ambil perhatian..

tatkala aliran graph melawan arus, bangunlahg dari kerusi dan berjalan lah anda di luar umah dan menghisap rokok

ni lagi cepat 'gol' kalu cam ni :eek:
 
tp ikut news merah pon bleh hancur dlm 20 minit kan
 
adus......hari2 dok depan pc ma...8-}

aku pun sama ngadap jer..tp klau dpt profit aku melompat ler at least darah tu mengalir gak..

time news pun aku rase kuat gak darah aku ngalir tmbh news merah FF huhuu..aku rase sintom nk beku tu susah kot:))
 
Back
Top
Log in Register