BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Warga Emas Didakwa Cedera Di Pusat Jagaan, Polis Buka Kertas Siasatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Warga Emas Didakwa Cedera Di Pusat Jagaan, Polis Buka Kertas Siasatan​

7892a3f05e7bf604f4835352ead62a876a3a94ff064e0

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan

Polis membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan kecederaan membabitkan dua warga emas yang ditempatkan di sebuah pusat jagaan warga emas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima dua laporan polis daripada keluarga warga emas berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

"Satu kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, manakala satu lagi masih dalam siasatan.

"Polis sedang mengumpul keterangan dan bukti bagi mengenal pasti kejadian sebenar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, ahli keluarga seorang warga emas terbabit yang enggan dikenali mendakwa, ibunya berusia 76 tahun dihantar ke pusat jagaan tersebut sejak Disember tahun lepas.

Difahamkan, sehari kemudian pihak pengurusan memaklumkan bahawa wanita yang menghidap demensia itu terjatuh dari katil.

Mangsa juga didakwa mempunyai kesan lebam selain terdapat kecederaan pada badan, malah ahli keluarganya dikatakan pernah melihat kaki dan tangan mangsa diikat pada palang katil besi sewaktu datang melawat.

Sementara itu, seorang lagi warga emas lelaki berusia 69 tahun yang ditempatkan di pusat jagaan sama sejak September 2024, didakwa mengalami nasib serupa.

Dalam perkembangan sama, pengusaha pusat jagaan tersebut bagaimanapun menafikan berlakunya penderaan terhadap penghuni di situ.

 
Back
Top
Log in Register