BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Wanita Sesat Mendaki Hutan Bukit Bendera Ditemukan Selamat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
345b9d6b913696b5c7f34aa95bf06a6f68eb6b5d4e769

Kredit: JBPM Pulau Pinang

Bomba menyelamatkan dua wanita yang gagal mencari laluan turun semasa mendaki di kawasan hutan di Bukit Bendera, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.

“Mangsa yang berusia 27 dan 31 tahun ditemukan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui WhatsApp, membolehkan bomba menjalankan operasi berdasarkan maklumat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa turun dalam keadaan selamat.

Operasi melibatkan tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong tamat pada 1.26 tengah hari.

 
Back
Top
Log in Register