BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua rentung kren terbakar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mayat pekerja rentung dalam kejadian pagi semalam.​

BIDOR - Dua rentung manakala seorang parah dalam satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori membawa muatan paip dan sebuah kren di Tanah Mas, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika kerja-kerja pemindahan paip ke dalam lori dijalankan sebelum kren yang digunakan terlanggar wayar elektrik bervoltan tinggi.

Mangsa dikenali S Chandran, 27, dan B Uvaraj, 33, meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan terbaring di atas tanah dengan 90 peratus tubuh mereka terbakar.

Ketua Polis Daerah Tapah, Somsak Din Keliaw berkata, seorang lagi mangsa yang merupakan warga Bangladesh berusia 33 tahun mengalami kecederaan di pinggang dan kaki kini dirawat di Hospital Tapah.

"Mangsa menggunakan kren untuk memunggah paip besi kepunyaan Lembaga Air Perak (LAP) sebelum terlihat ada kepulan asap.

"Seorang daripada mangsa yang terbunuh cuba mematikan suis, namun tidak sempat apabila kren berkenaan mengenai wayar kabel elektrik bervoltan tinggi yang merentangi laluan pemunggah," katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Azlan Mahayidin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.41 pagi dan tiba pada jam 11.50 di tempat kejadian.

Menurutnya, pelanggaran kren membawa muatan paip dengan voltan tinggi menyebabkan berlakunya kebakaran seterusnya terkena pada mangsa.

"Dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dan Tapah, satu jentera Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama 10 anggota melakukan pemadaman pada kenderaan tersebut.

"Pemadaman api dilakukan selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan kuasa elektrik," katanya.
 
Back
Top
Log in Register