BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Program MPKK Perkukuh Hubungan PBT, Agensi Dan Komuniti

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,190
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,190
Reaction score
346
Points
141
e3682b2b4007abf26fe9d114143ac69069eca6f5436d3

77f813aa1472eb901df70e53d58f80df69eca70f0db2e


Penganjuran program Kulim Urban Community Fiesta 2026 dan Kulim Kedah Silver Ride 2026 yang diadakan di Dewan Putra Kulim, di sini hari ini, menjadi platform bersepadu dalam mengukuhkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi serta komuniti.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Datuk Elmi Yusoff berkata penganjuran kedua-dua program secara serentak itu adalah bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun MPKK.

“Kulim Urban Community Fiesta 2026 memainkan peranan yang sangat penting sebagai platform penyatuan masyarakat.

“Melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan, sama ada berbentuk hiburan, keusahawanan, sukan atau kebudayaan, fiesta ini turut membuka ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman serta memperkukuh hubungan sosial,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali.

Elmi berkata Kulim Kedah Silver Ride 2026 pula merupakan acara sukan berbasikal yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga mempromosikan Kulim sebagai bandar yang mesra rekreasi dan aktiviti luar.

“Program seperti ini amat penting kerana ia menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, selain meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.

“Ia juga menjadi platform penyertaan semua lapisan umur serta menghidupkan ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua program yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 2 petang itu turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 
Back
Top
Log in Register