balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang komputer untuk menggodam dua laman web rasmi kerajaan mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Laut di sini Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 33 tahun itu disyaki menggodam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM).
Katanya, dalam kes yang melibatkan JPN, kedua-dua suspek telah menyamar sebagai anggota jabatan tersebut dan menghantar beberapa notis palsu kepada cawangan JPN di seluruh negara menggunakan e-mel rasmi.
"Suspek meminta agar cawangan-cawangan tersebut menghantar Mykad dan Mykid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan ke satu alamat di Keningau, Sabah.
"Kakitangan yang curiga dengan surat itu kemudian telah membuat laporan polis tanpa menghiraukan arahan tersebut. Siasatan mendapati alamat itu tidak ada kena mengena dengan JPN," katanya pada sidang akhbar di sini.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm