eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Aksi ekstrem sekumpulan empat warga asing yang cuba melakukan loncatan maut menggunakan payung terjun berhampiran bangunan Menara Berkembar Petronas awal pagi semalam, berakhir apabila dua daripada mereka ditahan.
Tindakan kumpulan lelaki berkenaan yang melompat dari bangunan 40 tingkat di Jalan Ampang di sini, dipercayai dilakukan untuk ‘suka-suka’ selain menguji keberanian masing-masing.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, kumpulan empat lelaki terbabit melompat dari atas bangunan berkenaan sebelum membuka payung terjun masing-masing.
Aksi ngeri kumpulan lelaki warga British terbabit, bagaimanapun disedari beberapa pengawal keselamatan bangunan KLCC selepas melihat lelaki terbabit cuba mendarat berhampiran kawasan lapang di situ.
Sumber polis berkata, susulan itu pengawal keselamatan KLCC menunggu kumpulan lelaki terbabit mendarat beberapa minit kemudian sebelum menahannya.
Difahamkan, dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun terbabit ditahan manakala dua lagi sempat melarikan diri sebaik mereka mendarat berhampiran kawasan taman KLCC.
Berikutan itu, polis segera dimaklumkan kejadian berkenaan sebelum kedua-dua lelaki yang diberkas itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Datuk Ku Chin Wah, yang dihubungi mengesahkan berhubung penahanan dua warga asing terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua lelaki terbabit dibebaskan petang semalam selepas disoal siasat.
Aksi lagak ngeri yang dilakukan keempat-empat lelaki warga asing terbabit hampir menyamai perbuatan sama warga Perancis, Alain Robert Philippe, 47, yang menggemparkan ibu negara selepas memanjat bangunan KLCC tanpa kebenaran, 1 September lalu.