BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Samun Berkumpulan: Dua Lagi Individu Ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
a2df63366d74d1bc47bccceacb20297a69b0f186b6207

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini berhubung dua sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan bunga ganja lebih 200 kilogram (kg) bernilai RM14.6 juta di beberapa kawasan di negeri itu pada awal bulan ini.

Polis menahan dua lagi individu berhubung kes samun berkumpulan membabitkan enam lelaki termasuk dua pegawai kanan dan seorang anggota polis di daerah Gombak pada 27 Feb lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kedua-dua suspek itu kini dalam tempoh reman bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek yang terlibat telah berjaya ditangkap polis, dengan dua suspek terakhir ditahan 10 Mac lepas dan sedang menerima tempoh tahanan reman untuk siasatan.

“Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Bukit Aman untuk dikaji dan meminta pendapat kerana melibatkan suspek yang bertugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media di Bangunan Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan perancang utama kes samun berkumpulan ialah orang awam dan kesemua suspek saling mengenali antara satu sama lain.

Sebelum ini, menurut laporan dua pegawai kanan dan seorang anggota polis antara enam lelaki yang ditahan dalam siri tangkapan bermula 2 Mac bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di daerah Gombak pada 27 Feb.

Dalam pada itu, Shazeli berkata polis sudah memperoleh beberapa petunjuk positif dalam siasatan insiden berhubung insiden khianat membakar kenderaan serta ugutan jenayah di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, yang berlaku semalam dan hari ini.

Beliau berkata pihaknya memberikan jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil kepada semua pihak tanpa sebarang unsur penganiayaan.

Shazeli turut menasihatkan masyarakat supaya menghentikan sebarang spekulasi dan provokasi terutama yang menyentuh berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R).

 
Back
Top
Log in Register