BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut tercampak dari permainan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Dua orang terbunuh selepas tercampak daripada permainan hiburan di Taman Tema Longshan, wilayah Zhejiang China, kelmarin. AGENSI​

BEIJING 2 Mei – Dua orang pengunjung terbunuh, manakala dua lagi kritikal selepas tercampak daripada satu permainan hiburan di Taman Tema Longshan, wilayah Zhejiang yang dikenali sebagai Scream, semalam.

Mail Online melaporkan, kejadian tersebut berlaku selepas kakitangan taman tema berkenaan didakwa tidak memberi masa yang secukupnya kepada pengguna untuk memasang tali pinggang keselamatan.

Saksi memberitahu Peoples Daily Online, mangsa tercampak sejauh 20 meter, sejurus permainan tersebut mula bergerak.

Kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah hari.

“Dipercayai, kakitangan taman tema memulakan operasi permainan yang mula dibuka kepada pengguna, semalam sebelum sempat mangsa memasang tali pinggang keselamatan dengan betul,” jelas saksi.

Kejadian ngeri itu berjaya dirakam oleh seorang pengunjung taman tema berkenaan.

Kakitangan Taman Tema Longshan kemudian bergegas ke tempat kejadian bagi merawat mereka yang cedera, selain menenangkan pengunjung yang menyaksikan kejadian tersebut.
 
Biasanya pekerja akan pastikan semua orang dah ready. Tak pasal-pasal terbang.
 
Kawe mmg x boleh naek benda2 mcm nie... dah tau bahaya pegi naek jugak... last naek Roller coaster yg biasa tue kat sunway lagoon 1998... mcm nak tercabot jantong... yg nie lagilah... pengsan pakk... rasenyer kalau nak bunuh diri or tension sgt kot baru best nak benda nie...
 
Back
Top
Log in Register