BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut, Seorang Cedera Kereta Terbabas Langgar Pokok Di Rompin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Dua Maut, Seorang Cedera Kereta Terbabas Langgar Pokok Di Rompin​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin malam ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, pemandu kereta R. Vijay, 27, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin manakala penumpang belakang P. Vijayan, 17, maut di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi penumpang M. Tanush Kumar, 16, yang duduk di bahagian hadapan kenderaan itu mengalami kecederaan pada badan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiga lelaki itu dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Kuantan. Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu ketika memandu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang maut dijadualkan pada 9 pagi esok di Hospital Rompin.

 
Back
Top
Log in Register