am kurizawa
Active+ Member
- Messages
- 2,708
- Joined
- Jul 4, 2009
- Messages
- 2,708
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
JOHOR BAHRU - Dua lelaki pendatang tanpa izin warga Indonesia maut manakala 11 parah apabila bot pancung yang dinaiki berlanggar dengan bot Maritim Malaysia (APMM) di Perairan Tanjung Pengelih, Kota Tinggi kelmarin.
Semasa kejadian pukul 11.55 malam, bot pancung sepanjang 12 meter dengan 600 kuasa kuda itu membawa 59 orang termasuk tiga kanak-kanak, 12 perempuan dan bakinya lelaki. Kesemua mangsa berusia lima bulan hingga 49 tahun.
Dua mangsa yang maut masing-masing berusia 27 dan 28 tahun. Mereka terbunuh akibat cedera parah di kepala selepas dipercayai terhantuk pada badan bot Petir 11 milik APMM.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Maritim Adon Shalan berkata, sebelum kejadian bot APMM dalam kawasan Perairan Tanjung Pengelih sedang mencari sebuah kapal yang didakwa terbakar.
"Ketika mencari kapal terbakar, bot APMM dari Jeti Marina, Kota Tinggi tiba-tiba bertembung dengan sebuah bot pancung yang bergerak dalam kelajuan tinggi," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Selepas perlanggaran itu, menurut beliau, bot pancung yang membawa penumpang itu cuba memecut laju namun berhenti selepas anggota APMM melepaskan satu das tembakan amaran di udara._Kosmo
