balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Melaka: “Sempena Hari Ibu, kami sekeluarga sempat makan ayam goreng bersama dan dia (mendiang) turut menyatakan kasih sayangnya kepada saya sambil mencium pipi ini,” kata M Sarsavathy, 43, ibu kepada seorang remaja lelaki yang ditemui mati di dalam longkang selepas terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga, di sini, semalam.
Selain mangsa, G Navindran, 18, kejadian turut mengorbankan nyawa rakannya dipercayai lelaki warga India dikenali sebagai Kamaraj Kalimutu, 23, yang turut berada di longkang berkenaan bersama motosikal Modenas Kriss dinaiki mereka. Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa berpakaian lengkap ditemui orang awam yang melalui kawasan berdekatan premis perniagaan di Taman Seri Mangga itu dan dimaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut pada jam 10 pagi.
Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Navindran dari arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah Jasin (AMJ) itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan tercampak ke longkang terbabit.
Remaja itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pokok Mangga dan kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum mayat mereka dijumpai.
Mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Duamatidalamlongkang//Article