BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua lelaki maut nahas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Kereta Proton Wira yang terlibat kemalangan di Jalan Pasir Pelangi berhampiran simpang empat lampu isyarat Bakar Batu.​

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dan seorang lagi mangsa cedera parah selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang laluan bertingkat di pembahagi tengah jalan di Jalan Pasir Pelangi berhampiran simpang empat lampu isyarat Bakar Batu, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi, pemandu Lim Hong Hui, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Then Fook Sian, 34, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, seorang lagi mangsa Ng Yee Chuan, 22 mengalami kecederaan parah dan masih kritikal serta sedang dirawat di HSA.

"Siasatan lanjutan masih diteruskan dan saksi-saksi bebas diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register