BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Di Plus Dan Teluk Intan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
8f5061af3dfa8033cf3ca1d09929d10d69e3a3adadf4e

92e4598e224b19a0428eb58610f1f6db69e3a39704166

Foto: IPD Ipoh

Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 281.1 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah selatan dan Kampung Sungai Ranggam, Teluk Intan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata dalam kejadian di PLUS pagi tadi, seorang penunggang motosikal, iaitu lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu lelaki berumur 54 tahun sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Bercham menghala ke Kuala Lumpur.

“Ketika kejadian, motosikal itu yang datang dari arah belakang di lorong sama dipercayai gagal mengawal kenderaan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

“Siasatan juga mendapati mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan konvoi motosikal yang dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke Sungkai.

“Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom. Pihak polis juga akan menjalankan saringan air kencing terhadap pemandu lori bagi membantu siasatan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dihempap traktor mini yang dipandunya selepas kenderaan itu terbalik ke dalam parit di belakang masjid di Kampung Sungai Ranggam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 1.51 tengah hari.

 
Back
Top
Log in Register