BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua kali dalam tempoh lima jam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keratan Sinar Harian semalam.
< 1 / 2 >
SEREMBAN - Lima jam selepas merempuh sebuah Tadika Perpaduan di Jalan Limbok Atas, Temiang, sebuah lori pasir merempuh pula belakang sebuah van yang dinaiki lapan penumpang, lewat petang kelmarin.

Kejadian kira-kira 7 petang itu turut mengakibatkan van dinaiki penumpang berusia antara 13 hingga 50-an itu hilang kawalan, lalu melanggar tiang lampu. Manakala lori terbabit terbabas ke tepi longkang.

Pemandu van yang hanya dikenali sebagai Fan, 51, berkata, dia bersama keluarga serta rakannya dalam perjalanan dari rumahnya ke Rasah Jaya untuk makan malam.

“Kami naik kenderaan sama dan baru beberapa minit dalam perjalanan, sebuah lori dari arah belakang merempuh van dinaiki kami. Kejadian berlaku terlalu pantas," katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana semuanya selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan itu turut menyebabkan premis perniagaan di kawasan berkenaan terputus bekalan elektrik.

Semalam, Sinar Harian melaporkan lori seberat 10 tan itu menggelongsor sebelum merempuh tadika terbabit kira-kira 2.30 petang semalam, akibat brek tangan kenderaan itu tidak berfungsi dengan baik.

Akibat daripada kejadian tersebut, tiga buah kereta yang parkir di tepi kawasan berkenaan, rosak.

Difahamkan, kedua-dua kejadian itu mengundang rasa marah orang ramai di kawasan berkenaan berikutan sikap pemandu lori berusia 52 tahun itu yang tidak mengambil kira keselamatan awam.

Salah seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, pemandu lori itu sepatutnya dikenakan tindakan.

“Dia sudah tahu lori itu mempunyai masalah brek, tapi masih boleh memandunya dan sekarang hampir meragut nyawa orang” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dua-kali-dalam-tempoh-lima-jam-1.283947
 
Gila apa driver Lori tu..

Kalo xciden sorang2 masuk gaung Xpe gak..
 
bawak jugak selagi takde yg mati.. kayu btol..:mad:
 
Taula awak drive lori utk mencari rezeki,
Tapi janganla bahayakan nyawa org lain.
Diorg pun nk hidup jugak.
 
Back
Top
Log in Register