BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua ditahan seludup ayam 'Texas'

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
texas_1555827086.jpg

SUSPEK yang ditahan kerana menyeludup ayam sabung. FOTO ihsan PPM





CUBAAN dua lelaki menyeludup ayam sabung jenis ‘Texas’ yang dipercayai dari negara jiran gagal apabila ditahan polis, semalam.

Suspek berusia 30 dan 50 tahun ditahan jam 1 pagi dalam ‘Op Landai Khas’ dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) di Jalan Bingolon, Kudat.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi dijalankan berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam dan risikan pihaknya.

Katanya, polis mengesan dan menahan kenderaan dinaiki suspek yang dipercayai dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk menghantar ayam sabung berkenaan.

“Ketika pemeriksaan, polis menemui lapan ekor ayam di dalam Toyota Avanza dinaiki suspek.

“Suspek terbabit gagal menunjukkan dokumen pemilikan sah bagi semua haiwan berkenaan sebelum ditahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang juga warga tempatan dibawa ke Pangkalan PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya dan keseluruhan rampasan dianggarkan RM131,000.

Katanya, haiwan yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar manakala kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/447142/dua-ditahan-seludup-ayam-texas








.
 
Back
Top
Log in Register