BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua ditahan cuba bakar bendera Indonesia

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Dua lelaki tempatan ditahan ketika cuba membakar bendera Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Republik Indonesia, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata kira-kira 15 individu hadir di pejabat kedutaan itu sebelum dua lelaki, yang memberhentikan kenderaannya kira-kira 50 meter dari pejabat berkenaan, turun dan cuba membakar bendera yang dibawa sendiri.

Sabtu berkata kedua-dua lelaki itu yang berumur 20 dan 40 tahun kemudian dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

Beliau berkata orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak dan tindakan anasir-anasir luar yang mahu memporak-perandakan keamanan negara.

"Kes disiasat di bawah seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. Motif kedua-dua lelaki terbabit akan disiasat," katanya kepada Bernama.

Insiden itu dipercayai berlaku berikutan tindakbalas daipada tindakan sekumpulan penunjuk perasaan dari Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang membakar dan meludah Jalur Gemilang, di Jakarta minggu lalu.

Sabtu menasihati orang ramai supaya jangan bertindak di luar batasan dengan melanggar undang-undang demi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

"Kita di sini (Malaysia) punya undang-undang, biarlah polis dan pihak berkuasa yang siasat dan ambil tindakan. Orang ramai tak perlu campur urusan itu dengan melakukan demonstrasi sana-sana kerana ia hanya akan jejas imej negara dan ganggu tugas kita (polis)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jaya Jusco Wangsa Maju di Kuala Lumpur hari ini.

bd52b2fee8dce1b01820193338bad998.jpg
 
bagi je bakar semua sekali..dgn bangunan2 tuh..apedehal..
 
jgn ikut rentak depa ... makan diri nanti
 
jgn ikut rentak depa ... makan diri nanti

yup jgn ikut rentak depa tapi dalam masa yg sama kita perlu gak mempersiapkan diri......contoh mewajibkan sume lepasan sekolah menyertai PLKN dan dorang sume wajib menjalani latihan menembak agar tidak kekok kalo ada pape nanti.......huhu
 
bakar kat rumah ler. gi sana watpe.
amek 3gp pehtu siar kat utube.
 
jgn ikut rentak depa ... makan diri nanti

betul tu.yang membezakan kita dengan dia orang...kita ni bertamadun,guna akal fikiran.zaman sekarang ni...yang kuat dan besar tak semestinya menang kalau tak pakai otak.
 
btul tu..pakai topeng bakar pijak pstu masuk utube..pastu upah minah indon gelek2 kt blkg haha
 
tak sangka ada gak rakyat Malaysia takde otak macam depa :(
 
Back
Top
Log in Register