sangbogol
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,200
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 25,200
- Reaction score
- 52
- Points
- 120
malaysia ni dah tak aman dah
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
















JOHOR BAHRU - Pihak polis menyifatkan kes pembunuhan dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini semalam sebagai selesai dengan tertangkapnya lapan suspek
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lima daripada mereka ditahan di sekitar Pelangi Indah manakala dua lagi yang merupakan suspek utama diberkas di dalam sebuah bas ekpres di Km 142.4, Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar ke Pagoh
Mereka dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur
Beliau berkata turut dirampas daripada kedua-dua suspek itu ialah beberapa barangan yang dipercayai merupakan milik mangsa
Seorang lagi suspek yang berusia sekitar 20-an ditangkap pada pukul 3 pagi tadi di Taman Puteri Wangsa, katanya
Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 16 tahun ditemukan mati di rumah mereka yang dipercayai akibat ditikam dan ditetak beberapa kali dengan menggunakan senjata tajam
Wan Ahmad Najmuddin berkata kesemua suspek berusia antara 18 hingga 20 tahun yang diberkas kurang daripada lapan jam selepas kejadian
Wan Ahmad Najmuddin berkata motif pembunuhan dipercayai disebabkan 'cinta terhalang' terhadap mangsa remaja berkenaan
Kesemua suspek direman lima hari hingga Isnin ini
http://www.sinarharian.com.my/semasa/cinta-terhalang-dipercayai-punca-dua-beranak-dibunuh-1.565114

