BTC USD 83,080.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Asri bukan Wahabi?

baik punya backing dari awal thread.. sedara fan club dr asri ke? maaf sekadar bertanya.. :">:">

Sebetulnya saya fan kepada semua ulama'. Carilah dekat mana-mana thread kalau-kalau saya ada kutuk mana-mana ulama. Sebab antara ulama sesama ulama pun tak pernah ada yang 'mengutuk'. KRITIK ada. Serang peribadi dan kutuk dan fitnah tu confirm bkn ulama tapi ulardalamsemak. Sebab tu bila ada yang dituduh saya mintak bawa bukti. Macam tok guru nik aziz dicerca waktu cakap tuhan samseng, saya minta bawak bukti apa yg dicakap tu salah. Semua tuduhan kena bukti.

Dan nabi ajar kalau pun ulama tu 'tersilap' bukan lesen bagi kita untuk memfitnah dan membenci orangnya. Kesilapannya sahaja yg perlu dibenci. Kerana mungkin hanya sekali sahaja dia buat silap, tetapi berjuta kali dia sampaikan adalah kebenaran. Dibimbangi bila kita benci orang sebab nama dan tubuh badannya, habis semua yg disampaikannya kita pekakkan telinga. Ulama silap dalam ijtihad pun masih dapat pahala. Kita ni? Yang perlu disanggah ialah anak murid yg tak habis mengaji dan membawa orang pandang serong pada cara ibadah org islam. Bukan tidak pernah saya katakan, saya juga ramai kawan yang lepas dgr ceramah terus berubah tak buat itu ini. Berubah bukan sebab ilmu tapi sebab MALAS.

Tau sedara cuma BERTANYA. Bagusla. Skurang2nya taklah cepat sangat beri label. Dengan adanya label2 ni la mmg tak mustahil pun nabi sebut satu umat pun bleh terpecah sampai 73 golongan. Buat sket dapat label tu. Sokong ni dpt lebel ni. Agak-agak org mcm Dr. Asri yang sokong pas,umno,rapat dgn org2 pas, org umno, org islam, bkn islam, melayu, cina, india, SIS pun die knal, dewan ulama pas pun die knal, smua kelompok die masuk; mesti ntah bape byk label da die dapat. Walhal mmg sepatutnya ulama bleh telusuri semua denai dan jalan untuk memudahkan dakwah.
:)paid
 
sendiri dah sedar tapi cuba berdalih mencari ALASAN,,, xpela teruskan...

xpasal2 imam ghazali ng syafi'e pown ada.. bole bg linknya tak?:D

Siapa yang sedang memberi alasan kerana tak dapat bawak kan hujjah ilmu ni. Aku betul2 nak baca hujjah. Bukan tntg wahabi salah ye..dah muak baca pasal wahabi salah kat byk thread. Hujjah tentangDr Asri adalah wahabi. Hmm..setakat tuduh2 kosong n putar2 nak yakinkan orang tu silap besar la bro...:p

...Apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!. Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi.

Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i??!.

Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Sedutan dari Persoalan yang dilontarkan Dr. Asri yang perlukan jawapan Ilmiah. Selagi tidak diterangkan selagi itu la aku percaya pada apa yang dia bawa. BUKAN SETAKAT DIA tapi SEMUA ulama' dari pelbagai cabang sekalipun yang bawa kebenaran. Yang disokong kebenaran yang dibawa. Bukan tubuh badan dan wala' pada tok guru saja. Kerana 'al Haqqu min Rabbik'. Kebenaran dari tuhan. Tok guru yang bercakap sbagai medium sahaja.
 
Perbalahan tentang bab ini bukannya baru..dulu2 pun dh ada sehingga dilabel golongan "Kaum Muda" dan "Kaum Tua". Sekarang lebel baru Wahabi..Nak buat anjakan paradigma memang susah, banyak penentangan..herdikan..dan macam2 lagi...tapi ada juga yg diambil pakai contohnya persoalan zakat fitrah. Amalan biasa ialah mengeluarkannya dalam bentuk makanan. Gempar juga pada zaman itu apabila Syeikh Abu Bakar As-Shaari, seorang ulama As-sunnah membenarkan ianya dikeluarkan dalam bentuk wang atau harganya.. sila rujuk http://myais.fsktm.um.edu.my/7225/1/BAB4.pdf

Niat kita sama wahai saudaraku sekalian..untuk mencari keredzhaan Allah..Semoga amalan kita diterimaNya..Amin
 
dalam satu ceramah di Masjid Negeri Perak...
tahun tu maaf saya lupa...
Dr Asri ada menyentuh mengenai hadis mulsalsal dan kaitkan dengan serban dan jubah ulamak dari Indonesia...
yg pada ketika itu mengadakan kuliah di Masjid area P.Pinang kalau x silap...
ada dlm youtube rakaman Dr Asri menyentuh bab musalsal ni....
 
Back
Top
Log in Register