BTC USD 76,950.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dosa

alsar

Active+ Member
Messages
2,707
Joined
Aug 18, 2009
Messages
2,707
Reaction score
228
Points
38
Jika seseorang individu itu melakukan amal kebaikan, Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang itu melakukan kesalahan kepada Allah pastinya dia akan mendapat dosa. Dosa dapat di definisikan sebagai perbuatan yang membelakangi agama islam. Dosa itu pula di bahagikan kepada dosa-dosa kecil dan juga dosa-dosa besar. Di sini Ana ingin menulis sedikit perkongsian berkaitan dengan dosa-dosa besar. Ana ingin menyenaraikan beberapa dosa-dosa besar yang perlu diketahui . Terdapat beberapa bentuk ataupun jenis dosa-dosa besar,antaranya:-

Ada 3 dosa yang paling besar antara dosa-dosa besar:

1. Syirik kepada Allah S.W.T dengan menyekutukanNya.
2. Menderhakai kedua Ibu Bapa
3. Bersumpah dengan kenyataan yang palsu, yakni dengan membelakangi kebenaran.

Ada 7 pula dosa-dosa besar:

1. Syirik
2. Melakukan Sihir
3. Membunuh nyawa yang tidak diizinkan oleh Allah S.W.T
4. Makan harta anak yatim
5. Melakukan riba
6. Melarikan diri daripada medan perang
7. Menuduh perempuan yang solehah berzina


Ibnu Abbas pula berkata terdapa keseluruhanya 70 dosa-dosa besar termasuklah mencuri, minum arak, berzina dan sebagainya. Ibnu Zahabi pula mengatakan bahawa dosa-dosa besar itu adalah perbuatan yang melibatkan hukum hudud. Jika sesuatu perbuatan itu mendapat celaan ataupun murka daripada Allah S.W.T, itu juga dikatakan dosa besar.

Jadi marilah kita sama-sama renungkan aktiviti harian kita samada tergolong dalam perbuatan yang menjurus ke arah dosa-dosa besar ataupun tidak. Jika ada hendaklah kita segera bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani kepada hamba-hambanya.

Dipetik daripada:

Kuliah Maghrib: Ustaz Ridzwan Ismail
 
melakukan dosa besar sekali tanpa bertaubat

telahpun dihukum FASIQ..

antara dosa besar yang dianggap ringan pada hari ini ialah

meninggalkan SOLAT..walaupun hanya satu waktu

tanpa keuzuran..

orang fasiq tak blh menjadi WALI dalam nak kahwinkan anak..

bila wali fasiq,nanti anak menantu kawin dalam keadaan tak sah nikah..

boleh rujuk ustaz2 yang berdekatan..

dan jgn lupa tanya dalil dr kitab mana ustaz ambik jawapan

kerana ramai ustaz2 hari ini main rasa2..
 
Back
Top
Log in Register