BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dosa Fitnah

Keju Massam

Fun Poster
Messages
740
Joined
Jan 27, 2012
Messages
740
Reaction score
2
Points
15
Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil. Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah.

Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah. Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.

sumber:http://kelatedaily.blogspot.com/2011/12/dosa-fitnah.html
 
Last edited:
apsal xde perenggan bro... kelabu mata aku baca...
 
HUKUM
Rupanya Kita Salah Faham – Dosa Menfitnah Lebih Besar Daripada Membunuh

OLEH NATIRAH AZIRA • 26 JAN 2019 • 5 MIN BACA

“Eh, dosa fitnah lagi besar daripada bunuh, tau!”
Kerap kali kita mendengar kata-kata seumpama itu sama ada dalam bentuk gurauan sesama rakan atau ketika ingin mematikan hujah lawan. Ia diambil daripada sepotong ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: … dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan… (Surah Al-Baqarah 2: 191)
Namun, adakah benar seperti yang dikatakan – dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh atau sebenarnya ada maksud lain di sebalik ayat tersebut?

Maksud Fitnah
Fitnah berasal daripada perkataan bahasa Arab. Seperti yang dikatakan oleh Al-Azhari rahimahullah “Inti makna fitnah di dalam bahasa Arab terkumpul pada makna cubaan dan ujian”.
الابتلاء، والامتحان
Ibnu Faris rahimahullah dalam Kitab Maqayis Al-lughah (4/4) berkata,
“الفاء والتاء والنون أصل صحيح يدل على الابتلاء والاختبار”
“Huruf Fa`, Ta`, dan Nun adalah huruf dasar yang sahih menunjukkan kepada cubaan dan ujian” (Maqayisul Lughah: 4/472).
Ibnul Atsiir rahimahullah berkata:
الامتحان والاختبار … وقد كثر استعمالها فيما أخرجه الاختبار من المكروه، ثم كثر حتى استعمل بمعنى الإثم والكفر والقتال والإحراق والإزالة والصرف عن الشيء
“(Secara bahasa maknanya) “Ujian… dan (kata fitnah) banyak penggunaannya dalam perkara yang tidak disukai, kemudian setelah itu banyak digunakan untuk makna-makna: dosa, kekafiran, perang, pembakaran, penghilangan dan memalingkan sesuatu” (An-Nihayah – 3/410)
Bahasa Arab ialah bahasa yang kaya dengan makna. Satu perkataan sahaja mampu membawa banyak pengertian dalam konteks yang berbeza-beza. Sama juga penggunaannya di dalam Al-Quran, setiap perkataan ‘fitnah’ yang digunakan pada ayat yang berbeza membawa makna yang berbeza pula.
Dalam hal ini, fitnah boleh membawa maksud kesesatan, pembunuhan dan penawanan, perselisihan pendapat dan juga gila.

Contohnya seperti dalam ayat di bawah:
1. Fitnah Bermaksud Gila
بِأَيْيِكُمُ الْمَفْتُونُ
“Siapa di antara kalian yang gila” (Surah Al-Qalam: 6)
Maksud (الْمَفْتُونُ) dalam ayat ini adalah gila.
2. Fitnah Bermaksud Perselisihan Faham
Manakala dalam Surah At-Taubah, ayat 47, fitnah bermaksud perselisihan faham.
لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ
“Jika mereka berangkat bersama-sama kalian, niscaya mereka tidak menambah kalian selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisan kalian, untuk mengadakan perselisihan di antara kalian” (At-Taubah: 47)
Maksud dari (يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ) adalah mereka menjerumuskan kalian ke dalam perselisihan diantara kalian.

Makna Sebenar Di Sebalik ‘Fitnah Lebih Besar Daripada Membunuh’
Konteks Penurunan Ayat
Ayat Al-Quran perlu difahami secara menyeluruh. Sejarah penyurunan serta konteks penggunaan perkataan perlu dilihat supaya maksud sebenar dapat difahami.
Hal ini ada diterangkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagaimana berikut:

Bagi ayat 191 Surah Al-Baqarah, ayat penuhnya ialah:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Manakala bagi ayat 217 surah yang sama pula, ayat penuhnya ialah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّـهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).
Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Komentar Ulama’ Tafsir
Imam at-Thabari
Makna fitnah dalam ayat والفتنة أشد من القتل ialah syirik, maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min sehingga dia kembali menjadi musyrik, adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini. (Rujuk Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 3/565)

Imam al-Qurthubi
Menurut Imam Al-Qurtubi pula, ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimiy RA yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhramiy pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain, dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah.
Maka, fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran, dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram.
(Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 2/351 dan 3/46)

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di
Kata Syeikh as-Sa’di, berperang sewaktu bulan-bulan haram di Tanah Haram (Mekah) merupakan satu mafsadah, namun demikian fitnah yang dilakukan oleh kaum Musyrikin iaitu menghalang manusia daripada agama Allah dan melakukan syirik merupakan mafsadah yang lebih besar. Maka berperang dalam keadaan tersebut adalah diharuskan.
Daripada ayat ini jugalah salah satu kaedah fiqh yang masyhur diambil: Mengambil / melakukan mudarat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar.
(Rujuk Taysir al-Karim ar-Rahman, 1/89 dan 1/97)

Kesimpulan
Hasil daripada penerangan para ahli tafsir berkenaan ayat tentang ‘fitnah’ di atas telah menjernihkan sangkaan kita tentang perkara ini. Ia bukanlah bermaksud ‘fitnah’ yang seperti kita fahami – yang biasa kita gunakan untuk memberi maksud ‘tuduhan’ yang salah kepada seseorang.
Istilah ‘fitnah’ dalam ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir Musyrikin terhadap kaum Mukmim dan juga kesyirikan mereka kepada Allah. Maka maksud sebenar ayat والفتنة أشد من القتل ialah ‘penentangan dan kesyirikan kaum Musyrikin itu lebih besar daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).


Semoga kita lebih teliti dalam memahami serta mengguna pakai ayat-ayat suci Al-Quran. Wallahua’lam.

Diolah semula daripada tulisan asal:


Pandangan mufti kita:
1593951359861.jpeg
 
Back
Top
Log in Register