BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dollah Salleh kemalangan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Dollah (berdiri) bersama keluarganya selepas terbabit kemalangan. Gambar kiri keadaan kenderaan dipercayai dinaiki pengendali Sri Pahang itu. FOTO Ihsan Pembaca

Dollah (berdiri) bersama keluarganya selepas terbabit kemalangan. Gambar kiri keadaan kenderaan dipercayai dinaiki pengendali Sri Pahang itu. FOTO Ihsan Pembaca



Kuala Lumpur: Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung di laluan Juasseh-Kapitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan jurulatih berusia 57 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.


Situasi sama turut melanda isteri dan anaknya apabila turut dimaklumkan mengalami kecederaan ringan kesan daripada kemalangan terbabit.

Sementara itu, gambar dan keadaan bekas pengendali Harimau Malaya itu terbabit dengan kemalangan tular di media sosial.

Menerusi gambar terbabit kelihatan Dollah dan ahli keluarga dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulan.

Malah, tindakan pantas orang ramai termasuk penduduk kampung berhampiran menghulurkan bantuan awal menyelamatkan mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, kemungkinan Dollah dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Arena Metro ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit namun tiada mangsa yang tersepit manakala mereka sudah pun dibawa ke hospital.
 
Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh dan tujuh anggota keluarganya terbabit kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, Dollah, 59, yang juga bekas jurulatih kebangsaan itu mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk manakala isterinya, Roslina Ibrahim, 58, cedera di bahagian dada.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan MPV Toyota Velfire yang dipandu menantunya Muhammad Shafiq Shukaimi, 34, hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan arah bertentangan sebelum kenderaan itu terbalik ke dalam gaung," katanya hari ini.

Lima lagi penumpang kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Mereka ialah isteri Muhammad Shafiq, Nurdian Dollah, 34, dan empat anak pasangan itu, Nur Sarah Amanda, 10, Nur Shffiya Ayra, 9, Nursabrina Adeena, 5, dan Muhammad Sulaiman Adeen berusia sembilan bulan.

Menurut Amran, ketika kejadian keluarga terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.

"Akibat kejadian itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dilaporkan sudah keluar daripada wad pagi tadi.

"Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Kemalangan membabitkan Dollah dan anggota keluarganya itu turut tular di laman sosial sejak malam tadi, dipercayai dirakamkan penduduk di lokasi kejadian.
 
BOLA SEPAK | Dollah Salleh Kemalangan

Pengurus Pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung di laluan Juasseh-kapitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 
syafakallah pablo doll...

nampak kualiti kete mahal kt sini...

ceo toyolta... " u not buy a car.. u buy the safety.."

mgg depan booking lexus home
 
Nampaknya semua pakai talipinggang keledar.

Kalau tak adalah yang dah tercampak keluar
 
Back
Top
Log in Register