BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor MS ISO versi 9001: 2008

Suka ISO?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

steveorlando79

Active+ Member
Messages
3,880
Joined
Jul 8, 2007
Messages
3,880
Reaction score
56
Points
30
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam thread ini kita akan fokuskan untuk membincangkan permasalahan-permasalahan berkaitan dengan perlaksanaan iso di tempat masing-masing.

Saya akan cuba membantu anda setakat yang terdaya selagi perkara tersebut bersangkut-paut dengan iso itu sendiri.

Akhir sekali saya yakinkan anda iso itu bukan sesuatu yang sia-sia tetapi sangat bermanfaat untuk organisasi.

Sekian.

Mungkin ramai tak tahu apa makna singkatan ISO. Baik, di sini saya jelaskan bahawa ISO ialah "International Organisation for Standardisation". Pelik bukan kenapa tak panggil IOS saja, bersambung...

MS ISO 9001:2008 mempunyai lapan (8) klausa keseluruhannya. Klausa utama adalah klausa 4 hingga 8. Bagaimana menentukan NCR? Ini adalah topic yang amat menarik dalam ISO. Katakan semasa anda melawat sesebuah organisasi yang telah dipersijilkan dengan ISO dan Amalan 5S, tiba-tiba anda dapati ada stor tempat menyimpan fail telah ditenggelami air selama 4 bulan kerana kebocoran paip, mana satukah pensijilan yang boleh menyelesaikan masalah ini secara berkesan?
 
Last edited:
boleh terangkan serba sedikit apa doktor iso tu :confused::confused::confused:
takder idea pla
 
walaikum salam.. ni kira nak ambil iso tu .. tau la selok belok ya..
 
boleh terangkan serba sedikit apa doktor iso tu :confused::confused::confused:
takder idea pla

pesakit jumpa doktor, lebih kurang macam tu. lebih kepada mereka yang mengamalkan iso atau bercadang nak amik iso.

maknanya apa-apa berkaitan dengan iso kita bincangkan di sini:D
 
Aku heranlah kat CG ni takde geng-geng MS ISO ker? Mod CG ni dah diIsokan ker belum?
 
ok... apa istimewanya ISO ni? kepada kompeni? kepada consumer/customer?
adakah persijilan ISO menjamin kualiti sesuatu produk?
 
ok... apa istimewanya ISO ni? kepada kompeni? kepada consumer/customer?
adakah persijilan ISO menjamin kualiti sesuatu produk?

Sepatutnya jika MS ISO dipatuhi sepenuhnya:
Keistimewaan berikut akan diperolehi:
1. Kepuasan pelanggan
2. Kualiti
3. Kakitangan dlm organisasi memahami target/misi/visi
4. Kecekapan/keberkesanan dlm organisasi itu sendiri
5. Meningkatkan moral pekerja
6. Motivasi
7. Kompeten bertambah dll.

Jaminan kualiti adalah sudah tentu. Baik, contoh mudah ialah "logo halal", mudah bukan untuk kita tentukan premis makanan mana yang sesuai untuk org Islam. Inilah berlaku jika kita menjadi pelanggan kepada mana-mana organisasi yang mana kita sebagai pelanggan mahukan jaminan kualiti dalam sistem pengurusan mereka suapaya khidmat yang kita mahukan daripada organisasi tersebut benar-benar telus. Contoh, saya mahukan bungkusan yang saya kirimkan kepada pelanggan saya melalui sebuah sykt. A (tiada ISO) atau sykt. B (ada ISO). Sebagai pengurus jualan sudah tentu saya akan memilih sykt. B yang dipersijilakan dengan ISO, sebab saya mahu barangan saya sampai kepada pelanggan saya mengikut jaminan kualiti mereka. Jika mereka gagal, pasti pensijilan mereka akan dibatalkan. Proses pemilihan oleh pelanggan akan berulang dan berterusan. Setakat itu dahulu.
 
ok logik tak kalo bisnes dobi nak apply ISO ?? pernah terpk benda ni hehehe
 
ok logik tak kalo bisnes dobi nak apply ISO ?? pernah terpk benda ni hehehe

Dalam thread ni saya cuma akan bincangkan tentang Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)MS ISO versi 9001:2008

Baik, apakah kedai dobi anda terlibat secara langsung dalam hal-hal pengurusan dan bersistem. Jika, ya. Apa kedai dobi anda bersaiz besar? Jika ya. Saya cadangkan supaya anda mencuba untuk dapatkan sijil ISO.

Jika saiz terlalu kecil yang mana di kedai anda cuma anda dan 2 orang sahabat anda sahaja sebagai pekerja, saya cadangkan anda cuma perlu mengikuti kursus-kursus ISO. Setakat itu dahulu.
 
mahal tak kursus2 ISO tu...ISO ni ada mcm2 jenis kan...yg paling senang ISO yg mana ??
 
Back
Top
Log in Register