BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,191.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor MS ISO versi 9001: 2008

Suka ISO?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
ISO adalah standard yg paling cikai bg aku..tp cam kilang manufacturing terpaksa gak amik sebab ianya dah mcm syarat wajib nak bersaing dipasaran malaysia..nape aku kata ISO ni standard paling cikai..auditnya bg aku kurang detail banding ngan standard yg lain contohnya TUV

Saya setuju dengan saudara. Bab Manuf. Factory ni memang ISO agak kurang mendapat tempat, sebab ada pilihan standard lain yang kelihatan agak kedepan sedikit macam yang awak sebutkan tu. Ini amat penting kerana sesuatu syarikat tidak akan mengorbankan aspek jaminan kualiti produknya. Dalam kes saudara ini mereka mesti memilih suatu standard yang boleh diterima oleh end users di sesuatu negara/tempat, contoh mudah kalau nak jual produk "condom" maka, TUV adalah antara yang terbaik begitu juga Tobacco dsbnya.

Namun demikian, apabila Factory yang sedemikian diminta oleh pelanggan mereka mengemukakan bukti kualiti pengurusan mereka. Di situ mereka tidak dapat lari daripada ISO 9001. End users mungkin tidak menitik-beratkan benda ni, tapi pembekal tempatan perlu tahu setakat mana factory tersebut boleh menguruskan keperluan bekalan mereka menepati masa dan mencukupi agar pelanggan mereka tidak lari. Setakat itu dulu.
 
Last edited:
Mukaddimah

ISO: ialah International Organisation for Standardisation

Jadi, ini bermakna ISO adalah suatu standard yang diurus oleh suatu organisasi atau badan bertaraf antarabangsa.

Kalau ada yang bertanya di mana badan ni beroperasi?

Jawapannya: Di Geneva.

orang kafir lagi
:D:D:D:D
 
Maaf terlepas pandang pula soalan ni.:D

Baik, dalam thread ni saya tidak akan sentuh berbagai macam standard yang telah dikeluarkan oleh ISO. Kalau nak sebut saya pun tak mampu sebab terlalu banyak melebihi tujuh belas ribu (>17,000)standard telah dikeluarkan sehingga kini.

Untuk SPK (Sistem Pengurusan Kualiti)kita tumpukan pada 3 standard utama iaitu:

I) ISO 9000:2005
II) ISO 9001:2008, dan
III) ISO 9004:2000, setakat itu dulu.


Baik, kita sambung balik selepas beberapa selingan dan iklan, bak kata pepatah "aji-no-moto" ler wakakakakaaaa,

ISO 9000:2005 edisi ketika ini adalah edisi ke-3.
ini adalah SPK yang akan bercerita tentang perbendaharaan kata lebih kurang maksudnya kalau ada terminologi atau frasa yang kita nak faham lebih lanjut dan tepat. hah! kena buka kitab ni.:D
 
ISO adalah standard yg paling cikai bg aku..tp cam kilang manufacturing terpaksa gak amik sebab ianya dah mcm syarat wajib nak bersaing dipasaran malaysia..nape aku kata ISO ni standard paling cikai..auditnya bg aku kurang detail banding ngan standard yg lain contohnya TUV

TUV tu pe dia???
 
TUV tu pe dia???

TUV ialah suatu institusi yang melakukan ujian ke atas suatu produk. Ianya merujuk kepada tahap ujian safety sesuatu produk. Lebih kurang macam tu, kemudian ujian adalah berkala dan pensijilan. Automotif juga mengambil sijil ni. Walau pun ianya bukan badan standard seperti ISO tetapi praktikalnya hasil ujian yang diterima untuk pensijilan adalah suatu standard.
 
Standard sterusnya ialah ISO 9004:2000. Terbaru ialah edisi Ke-2.

SPK ini akan mengutarakan garispanduan-garispanduan ke arah meningkatkan prestasi. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut pasal SPK bacalah garispanduan yang ada dalam kitab ni.
 
Mesti ada tertanya-tanya berapa harga kitab-kitab ISO ni?

Baik,

Kalau nak beli terus daripada Headquarters di Geneva harga senaskhah ISO 9001:2008 dalam RM968.00
 
Saya syorkan kita beli dari SIRIM punya saja, pasal murah. Kosnya dalam RM40 sahaja dapatlah MS ISO 9001:2008, 9000 RM40 dan 9004 RM70
 
Back
Top
Log in Register