BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor ditetak, dipijak perompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg



Khairul Iqaan menunjukkan bilik tidurnya yang berselerak selepas digeledah perompak.


KOTA BHARU – Seorang doktor muda terpaksa menerima lima jahitan di kepala akibat ditetak selepas rumahnya di Bandar Baru Kubang Kerian di sini dimasuki dua lelaki berpakaian ala komando yang bersenjatakan pistol dan parang.

Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi semalam, mangsa Khairul Iqaan Luqman, 34, dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki ke bilik tidurnya di tingkat atas ketika dia sedang nyenyak tidur.

Semasa kejadian, isterinya yang berusia 31 tahun serta dua anak mereka masing-masing berusia empat dan lima tahun turut berada di rumah teres tersebut.

Sebelum menceroboh rumah doktor itu, suspek sama dipercayai telah memecah masuk rumah jiran mangsa. Di rumah itu, penjenayah melarikan kunci kenderaan Toyota Alphard.

Khairul Iqaan berkata, sebaik terkejut dengan kehadiran kedua-dua lelaki itu, dia sempat bertakbir ‘Allahu Akbar’ sebelum berlaku pergelutan.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
Back
Top
Log in Register