BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Doktor cinta' lesap RM20,000

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kasanova menjaja kisah sedihnya yang kononnya hidup sebatang kara bagi memperdaya gadis-gadis yang dikenali melalui laman sembang untuk memberi wang kepadanya.
Lebih memeranjatkan, kebanyakan mangsa yang kerugian berpuluh ribu ringgit termakan helah dan pujukan ‘doktor cinta’ terbabit yang berjanji mahu berkahwin dengan mereka dalam tempoh terdekat.


Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina, 38, berkata, dia mula mengenali lelaki terbabit yang dikenali sebagai Nazaruddin, September tahun lalu selepas diperkenalkan rakannya melalui satu laman sembang.


“Tanpa berselindung dia memberitahu amat cintakan saya dan merancang untuk memperisterikan saya Jun lalu,” katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu bekerja sebagai tutor di sebuah kolej pendidikan perubatan swasta dan mendakwa hidup sebatang kara berikutan ibunya sudah meninggal dunia.


“Sejak itulah bermula lakonan liciknya yang mendakwa dia tidak dibayar gaji oleh majikan selain mengalami kemalangan jalan raya. Akibat simpati, saya memasukkan wang ke dalam akuan bank miliknya dengan niat mahu membantu,” katanya.


Menurutnya, dia tidak hanya membayar wang ansuran motosikal dan sewa rumah teman lelakinya itu malah turut memberikan wang sara hidup sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.


Namun selepas memberikan wang lebih RM20,000, dia mula menyedari ditipu selepas lelaki terbabit tiba-tiba hilang tanpa dapat dihubungi.
 
Senangnya diperdaya. Tu belum jumpa dah sanggup bagi Wang ringgit kerana cinta. Kalau betul jumpa trus bagi barang kemas kat celah peha tu gamaknya. Hiks!!
 
peh...camner yek dia buat...tertanya gak aku
 
adeh,,budus nye,,ni kompom sangap xder teman ni...tu sng jew doktor cinta ayat,,adeh2,,
 
biasa wanita yg mudah jadi mangsa ni.kategori bujang trang tang tang 30an........
 
pergh..wang sara hidup pun dia dpt 2k sebulan..goyang telur je mamat tu...nak try test la..haha
 
try test la nemo,,kumpul2 20k leh wat bini kat morocco nnti...haha
 
bila dah susah sgt kahwin di Malaysia, gadis kita agak desperate

masa sya di UiTM dulu pernah lecturer saya discuss ttg perkara ni

dia beritahu, ramai gadis kita risau bila di tahun akhir universitit, masih takde boyfriend

sbb lepas U tu, peratusan besar nak kahwin susah
:(
 
Back
Top
Log in Register