BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DOF Bangunkan Peta Rumput Laut Kebangsaan Perkukuh Pengurusan Habitat Pesisir

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
d04463b0814521b7485db1e1bf64c70164ec6e771c1d6


Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) membangunkan Peta Rumput Laut Kebangsaan bagi memperkukuh pengurusan habitat rumput laut secara sistematik dan berasaskan sains.

Dalam kenyataan hari ini, DOF memaklumkan Peta Rumput Laut Kebangsaan yang pertama dibangunkan secara komprehensif di peringkat nasional sebagai asas data spatial bagi menyokong Pelan Tindakan Rumput Laut Kebangsaan (NPOA Seagrass).

“Peta tersebut menjadi rujukan teknikal dalam perancangan pembangunan pesisir termasuk penilaian kesesuaian tapak, pengurangan konflik guna ruang serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi melindungi habitat sensitif,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain menerusi kenyataan sama berkata pendekatan berasaskan sains ini memperkukuh keupayaan DOF dalam merancang langkah perlindungan habitat secara lebih tepat dan berimpak.

“Rumput laut merupakan komponen penting ekosistem pesisir yang menyokong kelangsungan sumber perikanan dan biodiversiti marin.

“Penghasilan Peta Rumput Laut Kebangsaan ini menjadi asas penting dalam memperhalusi tindakan pengurusan dan memastikan habitat ini terus berfungsi secara lestari,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan pengurusan dan mekanisme perlindungan akan diperhalusi selaras dengan mandat jabatan di bawah Akta Perikanan 1985.

 
Back
Top
Log in Register