BTC USD 86,008.4 Gold USD 4,152.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Lukman Sheriff​

14 Mei ·

Bila mahkamah bercelaru

Apa yang sedang berlaku di mahkamah tertinggi negara yang mana rakyat biasa tidak tahu, ialah perkembangan pemakaian doktrin undang2 baru yang mana hakim terulung kita yang lepas seperti Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tun Suffian telah menolaknya berkali2.

Doktrin ini dikenali sebagai doktrin “basic structure”. Ia mula diterimapakai oleh mahkamah persekutuan sejak tahun 2018 setelah berdekad2 ditolak mahkamah tertinggi sejak Merdeka lagi. Antara pelopor terbesar doktrin ini adalah Datuk Sri Ram. Sejak perlantikan ketua hakim baru pada tahun 2018, satu perubahan besar telah berlaku dalam undang2 kita yang rakyat perlu tahu implikasinya. Perubahan ini sebenarnya sedang, bakal dan boleh mengubah struktur asas perlembagaan kita. Maksud saya kalau kita tidak prihatin, doktrin basic structure ini akan dan boleh digunakan untuk mengubah “basic structure” perlembagaan kita. “Aik! Macam mana boleh begitu?” anda mungkin tanya.

Dalam doktrin basic structure ini, mahkamah mengatakan parlimen boleh menggubal undang2 termasuk meminda perlembagaan tetapi mahkamah berhak membatalkannya jika bertentangan struktur asas perlembagaan. Pada dasarnya bukankah ini baik dan patut diterima? Ia tidak semudah itu. Ramai kena faham implikasi dan kesannya.

Sebelum itu, ramai perlu faham perlembagaan kita telah menetapkan semua pemegang taruh yang perlu untuk menggubal undang2. Satu adalah Parlimen kerana ini adalah wadah refleksi nilai dan suara rakyat. Tak kiralah kita tak suka politician, tetapi wakil rakyat tetap mewakili suara majoriti rakyat. Pemegang taruh kedua adalah Raja2 kita. Kalau undang2 biasa, kelulusan majoriti diperlukan. Untuk pinda perlembagaan 2/3 majoriti diperlukan. Dan bagi sesetengah perkara lagi kelulusan YDPA diperlukan. Badan kehakiman tidak terlibat dalam menggubal undang2 dan hanya menginterpretasi dan mengadili undang2 yang dibuat oleh Parlimen.

Sebelum 2018, selagi mana parlimen mengikut prosedur pindaan perlembagaan ia adalah undang2 sah. Mahkamah akan mematuhi undang2 tersebut. Inilah pendirian [Almarhum Sultan Azlan Shah dan] Tun Sufian. Inilah maksud pengasingan kuasa (separation of powers) yang kita amalkan selama ini. Tetapi sejak 2018, mahkamah mengatakan tidak semuanya boleh. Kalau menyentuh “basic structure” ini tidak dibenarkan. Katalah semua rakyat, ahli Parlimen dan Raja2 kita bersetuju meminda sesuatu peruntukan perlembagaan maka pindaan itu adalah tidak sah jika ia bertentangan dengan basic structure. Dan siapa yang tentukan apakah dia “basic structure”? Hanya mahkamah.

Masalah doktrin basic structure ialah tiada siapa tahu apakah dia yang menjadi “basic structure”. Sehingga kini tiada hakim yang dapat memberitahu skop ini dengan jelas. Ramai perlu faham bahawa perlembagaan tidak menyatakan apakah dia “asas perlembagaan”. Tiada undang2 pun yang menerangkan ini. Yang menentukan ini hanyalah hakim. Ini menjadikan doktrin basic structure ini arbitrari atau sewenang2nya ditentukan oleh hakim dengan alasan tersendiri. Perlembagaan kita menjadi tertakluk kepada pemikiran dan ideologi hakim2.

Saya ingin tarik perhatian apa yang berlaku di US. Di sana, parti politik Republican dan Democrat bertelagah “bermati2an” cuba meletakkan hakim yang membawa nilai mereka. Republican mahukan hakim yang konservatif manakala demokrat liberal. Kalau majoriti hakim liberal mereka akan benarkan misalnya hak pengguguran anak (abortion) atau perkahwinan sejenis. Pihak konservatif sebaliknya. Keputusan mahkamah Agung mereka akan mencorakkan nilai budaya mereka.

Dengan basic structure doctrine, keadaan kita adalah lebih teruk dari US. Sudahlah kita tiada proses untuk menilai pendirian hakim dalam pemilihan mereka, apa2 yang mahkamah tentukan tidak boleh dipinda atau diusik langsung. Sebelum ini kalau sesuatu keputusan katalah bercanggah dengan nilai budaya kita, Parlimen sebagai suara rakyat ada hak untuk membetulkannya dengan menggubal undang2 baru.

Tetapi dengan konsep basic structure, kita tiada lagi ruang ini. Jadi walaupun hampir 100% rakyat Malaysia, wakil rakyat dan YDPA bersetuju meminda perlembagaan, mahkamah tetap boleh membatalkannya dengan menggunakan doktrin basic structure ini. Ini amat bahaya kepada negara kita dan boleh membawa kepada huru-hara/anarki.

Sebagai contoh, dalam perlembagaan kita jelas tiada merujuk kepada “human rights”. Apa yang jelas adalah “fundamental liberties”/ kebebasan asasi. Kebebasan asasi kita ini, akibat kompromi, tertakluk kepada banyak pengecualian. Jadi berbeza dari konsep human rights liberal barat. Saya bagi contoh hak persamaan. Di bawah perlembagaan ada hak tanah melayu dan tanah pribumi (native) Sabah Sarawak yang melanggar konsep persamaan. Tetapi hak ini tetap sah disebabkan pengecualian perlembagaan. Oleh kerana hak ini bersifat kekal ia jelas bercanggah dengan ICERD. Tetapi bayangkanlah seorang professor terkenal seperti Shad Faruqi boleh tidak mengindahkannya dan sebaliknya mendakwa ICERD tidak bercanggah. Jadi kalau hakim itu liberal misalnya, mereka ini boleh sahaja menghujahkan keputusan memasukkan human rights liberal barat. Kita boleh lihat bibit2 ini di beberapa keputusan penghakiman seperti kes Indera Ghandi. Inilah juga yang berlaku di Suhakam. (Lihat tulisan saya sebelum ini).

Jangan salah faham bahawa saya mengajukan pengekalan nilai keperlembagaan selama2nya. Pada saya apa2 kompromi boleh diubah, tetapi ia patut dibuat oleh Parlimen. Bukannya badan kehakiman yang selalunya disconnected/ terpinggir dari realiti. Mahkamah tidak sepatutnya boleh menghalang perubahan yang dilakukan oleh Parlimen. Mahkamah mesti ada “check and balance”. Kalau mahkamah menyimpang dari “the will of the people”, ia sepatutnya boleh dibetulkan oleh Parlimen. Dengan menidakkan hak ini, konsep doktrin “basic structure” ini menggugat konsep separation of powers / pengasingan kuasa kita ini. Mahkamah tiba2 menjadi pemegang taruh baru dan meletakkan syarat penggubalan yang tidak wujud dalam perlembagaan. Apa yang terjadi sebenarnya adalah mahkamah telah mengambil kuasa membuat undang2 yang dahulunya adalah bidangkuasa Parlimen dan Raja2. Masalah kita politician2 kita terlalu sibuk dengan politik sehingga tidak tahu bahawa kuasa mereka dihadkan.

Sebelum ini saya sudah menyuarakan ketidaksetujuan saya dengan pengenalan doktrin ini di dalam kes Indera Ghandi. Kemudiannya saya melihat hakim2 mula menyedari permasalahan doktrin ini dengan menolak pemakaian doktrin ini dalam kes Maria Chin dan Rovin Jothy.

Tetapi apabila tiba kes Dinesh v Lembaga Pencegahan Jenayah baru2 ini, saya rasa sudah tiba kita bertegas kembali kepada asal. Dalam kes ini hakim yang menyokong doktrin basic structure telah cuba menginterpretasi keputusan majoriti hakim mahkamah persekutuan dalam kes Maria Chin sebelum ini sebagai minoriti dan keputusan minoriti sebagai majoriti. Ini sungguh unprecedented/ satu keganjilan/ tidak pernah berlaku dalam mahkamah persekutuan semata2 hendak menegakkan doktrin basic structure. Pelik sungguh.

Dan apabila alasan ini berdasarkan apa yang tacit/ tidak nyata dan setelah menegakkan doktrin ini kemudiannya menyatakan tak perlu pakai doctrin ini, saya rasa sudah cukup kita mencuba menggunakan doktrin ini. Sudah bercelaru. Kita kembali ikut keputusan asal Tun Suffian [dan Almarhum Raja Azlan Shah].

Sudah tiba kita menyuarakan dengan jelas penolakan doktrin basic structure ini.

1655598522086.png

1655598544409.png

1655598573175.png

1655598595408.png
 
Lukman Sheriff​

2j ·

Di sinilah kita telah mulakan tentangan terhadap ICERD. Saya harap dengan kerjasama tuan puan semua kita boleh mulakan gerakan bantahan basic structure doctrin.

Saya telah berjumpa pelbagai pihak tak kira mana menerangkan bahayanya doktrin ini. Saya amat berterimakasih kepada Isma yang telah mengeluarkan video ini menerangkan masalah basic structure doctrine semalam. Saya berharap ramai lagi akan lebih jelas. Seperti ICERD ramai tak tahu apa itu ICERD dan implikasi ratifikasi walaupun berpuluh2 tahun wujudnya ICERD. BSD pun begitu walaupun saya tulis sekian lama. Cuma ketika kes Dinesh saya nampak sudah mula ramai memahaminya dan mula bergerak. Ranjau masih jauh tuan Puan untuk menerangkan pada yang ramai. Jadi Saya berterimakasih kepada semua yang membantu gerakan ini. Kalau share tulisan pun saya berterimakasih.

Jom saudaraku. Kita boleh memulakan sesuatu demi kepentingan negara kita lagi. Kita #tolakdoktrinbasicstructure. Kita #bantahdoktrinbasicstructure.

Lukman Sheriff​

Semalam jam 7:00 PG ·

Sebagai makluman awam, precedent yang dirujuk oleh YAA dan diikuti mahkamah kini memang wujud. Tetapi ini precedent baru yang wujud oleh mahkamah kini sejak sekitar 2018. Sebelum ini dah ada precedent berpuluh2 tahun menolak doctrine basic structure ini yang dipegang oleh banyak hakim Agung kita dari Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian, Tun Abdul Hamid dan pelbagai lagi. Kenapa kita perlu ikut precedent yang diimport dari India yang dibawa oleh Datuk Gopal Sri Ram?

Setiap undang2 mesti akauntable kepada rakyat. Tetapi Doctrin ini yang dipegang oleh mahkamah kini membuat undang2 yang tidak boleh dicabar dan diubah. Besar implikasinya.

1655629852386.png

1655629860799.png

Lukman Sheriff​

Semalam jam 6:49 PG ·

Wah terkejut saya. Saya tidak menjangka sudah ada balasan lagi terhadap isu ini. Setakat ini saya nampak kita sahaja yang membantahnya. Buat pada masa ini tuan2 dan puan, saya sedang membina konsensus luas. Nanti bila bersedia saya akan umumkan kelak.

Dari sudut lain saya rasa bersyukur alhamdullilah ada respons menunjukkan kepekaan kehakiman. Inilah antara objektif saya. Dan Ini baru suara kecil kita tuan puan. Kalau ramai lagi bersuara barulah satu kemuafakatan pendirian yang jitu dan dihormati wujud. Saya harap ramai lagi akan bersama kelak.

Berikutan berita ini ada kemungkinan media english mungkin akan mengarusperdanakan isu ini dengan memanggil pelbagai validators terutamanya dari kiri. Saya harap kita istiqomah. Bantahan kita ini amat perlu dibuat demi keutuhan masa hadapan negara tuan2 dan puan2.

Untuk menjawap lapuran akhbar ini, with due respect to YAA ketua hakim negara, bantahan dan tentangan saya terhadap doktrin ini adalah kerana ia arbitrari sebagai undang2 dan ini merbahaya. Precedent doktrin yang dinyatakan oleh YAA ini wujud berdasarkan kes mahkamah yang baru yang mana selama berpuluh2 tahun sebelum ini, hakim2 terkemuka dan Agung kita seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian, Tun Abdul Hamid dan sebagainya telah menolak doktrin basic structure ini. Doktrin ini adalah doktrin dari India yang diimport masuk oleh mahkamah tertinggi kita sejak sekitar 2018.

Doktrin ini mengubah asas perlembagaan kita. Di bawah perlembagaan apabila Parlimen dan di mana berkenaan, Majlis raja2 meluluskan undang2 ia mesti diikuti oleh mahkamah. Ini pengasingan kuasa yang kita pegang selama ini. Tetapi doktrin ini menyatakan sebaliknya. Hakim berhak menolaknya atas alasan ia bertentangan dengan doctrine basic structure. Apakah dia basic structure dan skop ini yang dicadangkan mahkamah? Tiada siapa tahu pada masa ini dengan jelas. Kita bergantung sepenuhnya kepada hakim2. Ini amat merbahaya tuan2 dan puan2. Undang2 kita mestilah dan hendaklah jelas dan nyata terutamanya berkenaan perlembagaan. Doktrin ini tidak jelas, arbitrari dan kita semua tertakluk kepada pendirian hakim.

Bantahan saya, tuan2 dan puan2 adalah atas dasar prinsip dan ianya tidak betul. Our country is at stake. Bila masa sesuai tuan2 dan puan2, saya akan umumkannya. Wassalam

1655628536994.png

1655628548327.png

Hakim terikat dengan prinsip undang-undang sedia ada - Tengku Maimun​

Jun 18, 2022 @ 3:45pm
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Badan kehakiman hanyalah mempertahankan fungsi kehakimannya dengan mengikuti duluan atau precedent yang sudah ditetapkan dalam membuat keputusan mengenai isu perlembagaan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata, mungkin ada sesetengah pihak berpendapat bahawa badan kehakiman itu lebih berkuasa berbanding sebelumnya berikutan keputusan mengenai isu perlembagaan yang dibuat badan itu kebelakangan ini.

Tengku Maimun berkata, dalam melaksanakan tugas kehakiman, hakim di Malaysia terikat dengan prinsip undang-undang sedia ada.
"Sama ada seseorang hakim itu mengguna pakai atau tidak prinsip-prinsip tersebut, tidak bermakna dia seorang yang liberal atau konservatif. Pada pandangan saya, hanya ada keputusan koheren secara undang-undang atau tidak koheren - bukan keputusan liberal atau konservatif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Tun Md Raus Sharif serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Memetik beberapa kes precedent terbaru antaranya kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi yang diputuskan masing-masing pada 2017 dan 2018, Tengku Maimun berkata, kedua-duanya diputuskan secara sebulat suara oleh lima hakim, sebelum beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

"Selanjutnya, terdapat kes yang ketiga iaitu kes Alma Nudo Atenza pada 2019 yang juga telah diputuskan secara sebulat suara oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutuan iaitu prinsip undang-undang perlembagaan yang diputuskan dalam kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi telah diperkukuhkan.

"Prinsip-prinsip yang telah diputuskan melalui ketiga-ketiga kes di atas, yang sering kali disebut sebagai trilogy of cases adalah selari dengan pemahaman saya, yang sedikit sebanyak terbentuk hasil pelajaran yang saya peroleh di fakulti ini," katanya.

Tengku Maimun turut menekankan prinsip perundangan yang diterapkan dalam dirinya sepanjang empat tahun pembelajaran di Fakulti Undang-Undang UM dan sepanjang perjalanan kerjayanya.

"Prinsip-prinsip ini termasuk prinsip keadilan tanpa berat sebelah dan sebagai seorang hakim, kebebasan untuk membuat keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang tanpa apa-apa tekanan atau pengaruh dalaman atau luaran.
"Ini juga selari dengan sumpah Jawatan dan Taat Setia seorang hakim iaitu untuk sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Tengku Maimun turut mengimbau kenangan beliau ketika bergelar mahasiswi fakulti tersebut bermula tahun 1978, sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Menyingkap kenangan di fakulti itu, Tengku Maimun berkata beliau mempelajari banyak perkara, bukan sekadar dari sudut undang-undang tetapi juga nilai dan prinsip kehidupan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membentuk pemahaman perundangan saya hari ini," katanya. – BERNAMA

Lukman Sheriff​

22 Mei jam 6:07 PG ·

Ringkasan basic structure doctrine

1. Doktrin ini ada dua ciri: hakim tentukan apakah dia asas (basic structure) perlembagaan. Keduanya kalau hakim sudah tentukan apakah dia asas perlembagaan, Parlimen tiada kuasa menggubal atau meminda undang2.

2. Doktrin ini adalah undang2 baru yang dibuat oleh mahkamah persekutuan sekitar 2018. Sejak merdeka doktrin ini ditolak bertahun2 oleh hakim2 terulung kita termasuk Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid.

3. Kenapa ditolak sebelum ini? Kerana ia doktrin asing yang tidak termaktub di dalam perlembagaan. Perlembagaan jelas dengan pengasingan kuasa Parlimen, eksekutif dan kehakiman. Kalau hampir semua rakyat, ahli Parlimen dan Majlis Raja2 mahu dan meminda perlembagaan, pindaan itu adalah sah mengikut hakim2 terulung kita. Tetapi sejak 2018, hakim2 telah meletak syarat baru luar perlembagaan bahawa ia tidak sah sekiranya hakim menentukan ia adalah asas perlembagaan/ basic structure.

4. Apa masalah dengan itu? Hakim dan bukan Parlimen yang menentukan apakah asas/basic structure perlembagaan. Undang2 dengan itu menjadi arbitrari mengikut kecenderungan hakim. Sebab itu sehingga kini tiada siapa tahu apakah skop doctrine basic structure ini. Tiada siapa tahu apa kriteria basic structure. Menjadi arbitrari.

5. Undang2 sepatutnya jelas dan nyata. Ia sepatutnya refleksi “the will of the people”/ kehendak rakyat. Sebab itu asas dalam konsep pengasingan kuasa perlembagaan, Parlimen yang membuat undang2. Wakil rakyat dilantik untuk menyuarakan suara dan kehendak rakyat.

Walaupun kita kecewa dengan politik kita, inilah satu2nya cara demokrasi kita dan sedunia berjalan. Sekiranya Parlimen membuat undang2 yang bertentangan dengan kehendak kita, kita ada pilihan untuk untuk menukar mereka. Banyak kerajaan pernah jatuh di dunia apabila rakyat menentang undang2 yang bercanggah dengan kehendak rakyat.

6. Apa masalah kalau hakim menentukannya? Selama ini kalaulah rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang bersifat umum, konsep pengasingan kuasa kita membenarkan ianya diperbetulkan oleh Parlimen. Misalnya kalau mahkamah menentukan bahawa perkahwinan sejenis dibenarkan atas dasar human rights, Parlimen boleh menggubal undang2 mengatasinya selagimana mengikut proses penggubalan perlembagaan. Ini dibenarkan dan merupakan asas dan “check and balance” yang dibenarkan dalam perlembagaan kita.

8. Tetapi doktrin basic structure mahkamah ini menukarkannya. Ia menjadikan mahkamah lebih berkuasa. Mahkamah menentukan undang2 mengikut kecenderungan mereka. Dan setelah menentukan undang2, keputusan mereka tidak boleh dicabar atau di atasi oleh mana2 badan lain. Jadi sekiranya hakim2 menetapkan bahawa human rights acuan liberal adalah asas perlembagaan, ia bakal menjadi undang2 kekal. Ini amat bahaya. Sudahlah undang2 doktrin ini arbitrari mengikut kecenderungan hakim, ia tidak boleh diubah jika rakyat mahukannya. Keputusan mahkamah ini tiada akauntabiliti. Mahkamah menjadi “supreme” dalam perkara ini. Kuasa mutlak sebegini tidak pernah diperuntukkan dalam perlembagaan. Ini bakal menimbulkan pertembungan besar antara rakyat dan mahkamah yang boleh menjurus kepada ketidaktentuan atau huru hara.

9. Lagipun pula, perlembagaan menetapkan dengan jelas pemegang taruh dalam membuat undang2. Untuk menggubal undang2, majoriti di Parlimen diperlukan. Untuk meminda perlembagaan, 2/3 majoriti diperlukan dan untuk meminda sesetengah peruntukan perkenan Raja2 kita pula diperlukan. Inilah asas perlembagaan dan pengasingan kuasa kita. Jadi kalau hampir semua rakyat dan Parlimen serta Raja2 kita memberi perkenan, sepatutnya ia wajib menjadi undang2. Ini will of the people. Tiba2 doktrin basic structure ini mengatakan mahkamah berhak menolaknya berdasarkan kecenderungan pendirian mereka. Bukankah ini anti demokratik?

10. Pendokong tegar doctrine ini adalah Datuk Gopal Sri Ram. Di mahkamah persekutuan pula antara pendokong kuat doctrine basic structure ini berdasarkan keputusan2 mahkamah adalah YAA ketua hakim negara Tun Tunku Maimun dan YA Datuk Nallini.

11. Kita akur mahkamah dan hakim2 adalah independent dan bebas. Kita tiada kuasa campurtangan urusan mahkamah. Tetapi sebagai rakyat kita ada hak menyuarakan kebimbangan dan bantahan kita terhadap doktrin ini. Terutamanya apabila doktrin ini menjadikan undang2 kita arbitrari, tidak menentu dan bakal merubah nilai budaya kita mengikut kecenderungan hakim. Menyuarakan penolakan doktrin ini adalah kebebasan hak asasi bersuara kita. Kita mahu hakim2 dan parlimen tahu bahawa kita tidak bersetuju dan menolak doktrin basic structure mahkamah ini.

12. Dari di atas, jelas doktrin basic structure mahkamah ini anti demokratik. Ia mewujudkan undang2 arbitrari, tidak menentu dan tertakluk kepada kecenderungan hakim2. Ia menjangkaui perlembagaan dan mengambil alih kuasa membuat undang2 dari Parlimen dan mengatasi perkenan Raja2 kita. Ia sebenarnya mengubah asas perlembagaan. Maka dengan itu kita mahu kembalikan perlembagaan kita sepertimana hakim2 ulung kita dari Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid pertahankannya. Kita mahu “the will of the people prevail and respected over the will of the selected few”. Kita mahu suara dan kehendak rakyat dihormati dan menolak “Judicial supremacy”.

13. Mari bangkit saudaraku sebelum doktrin ini mencengkam ketat undang2 dan nilai budaya kita.

PS: kita jangan serang personaliti hakim. Ini tidak betul. Tetapi berhak membantah keputusan2 doktrin undang2 ini.

Lukman Sheriff​

19 Mei ·

Reaksi kepada posting “doctrine of basic structure” adalah luar jangkaan dan luar biasa. Pelbagai maklum balas saya dapat dari pelbagai pihak dan badan. Terima kasih semua. Walaupun saya sudah menulis sekitar 4 tahun berkenaan doktrin ini, saya rasa kali ini begitu ramai memahami kebimbangan penggunaan doktrin ini. Ramai yang mahu saya mengambil langkah seterusnya. Saya sedang berjumpa beberapa group di luar waktu pejabat untuk mengenalpasti “groundswell”/ gelombang ini. Jika ini ada Insyaallah dengan bantuan rakan2 semua saya akan gerakkan.

Dalam perbincangan yang diadakan, saya ingin menegaskan kembali bangkangan saya. Saya membantah “Judicial driven basic structure doctrine”/ “doctrine basic structure yang didorong oleh badan kehakiman” kerana ia adalah arbitrari. Ia bergantung kepada inclination/ kecenderungan hakim2. Ini amat merbahaya. Tiada siapa pada masa ini tahu skop dan kriteria undang2 ini “with certainty”. No one. Takkan undang2 sebesar ini nak ikut kecenderungan sesiapa yang mengadili kes mahkamah?

Tetapi kalau ianya parliament driven basic structure doctrine saya terbuka dan boleh terima. Kalau Parlimen dan rakyat ada kesatuan mahukan doktrin ini sendiri, ini memang hak asas rakyat dan Parlimen dalam konsep pengasingan kuasa. Mereka menentukan skop doktrin ini. Memang Parlimen berhak membuat undang2 selagimana mengikut peruntukan perlembagaan. Badan kehakiman yang sebenarnya tiada hak membuat undang2 menjangkaui apa yg diperuntukan dalam perlembagaan.

Kalaulah hampir semua rakyat dan ahli Parlimen bersetuju meminda perlembagaan mengikut peruntukan perlembagaan dengan perkenan Majlis raja2, badan kehakiman tiada hak menghalangnya. Mereka hendaklah mengiktiraf dan menghormatinya. Bukan sepertimana judicial driven doctrine of basic structure kini yang boleh mengenepikannya. Bukan saya sahaja berpandangan begini tetapi hakim2 ulung terdahulu termasuk Tun Suffian dan Almarhum Sultan Azlan Shah pun berpandangan demikian. Masalah ini hanya timbul sejak sekitar 2018. Kenapa kita nak sangat sokong doktrin yg dipelopori kuat oleh Datuk Sri Ram ini saya pun tak tahu. Kita mesti tegas pertahankan pengasingan kuasa kita ini.

Pada masa ini Parlimen kita alpa. Mereka sibuk berpolitik. Rakyat pun tiada kesedaran. Yang mengajukan doktrin ini hanyalah badan kehakiman dalam memperluaskan bidangkuasa mereka. Kita kena tolak cara ini. Kita tolak doktrin basic structure ini.

1655615419037.png

1655615431598.png

1655615445187.png

1655615455933.png

Lukman Sheriff​

17 Mei ·

Doctrine basic structure

Undang2 doctrine basic structure adalah tertakluk kepada pandangan dan pendirian hakim. Mula2 sejak dari dahulu doktrin asing ini ditolak oleh juris atau hakim2 terulung kita. Sejak 2018 ia mula diterima dalam kes mahkamah persekutuan Semenyih Jaya dan Indera Ghandi. Kemudiannya ditolak dalam kes Maria Chin dan Ravin Jothy. Kemudiannya dalam kes Dinesh buat pertama kalinya mahkamah menginterpretasi keputusan majoriti sebelumnya kepada minoriti dan minoriti menjadi majoriti semata2 untuk menegakkan doctrine ini.

Sungguh memalukan / this is an embarrassment. Seolah2 tidak menghormati pandangan rakan2 di mahkamah persekutuan. Sudah Celaru.

Doktrin ini arbitrari. Hakim boleh membuat undang2 mengikut pandangan/ pendirian mereka. Ini amat bahaya kepada negara. Tiada siapa tahu skop doctrin basic structure. (No one knows extent of the doctrine.) Tiada siapa tahu apakah kriteria yang menjadikan sesuatu itu “basic structure”. Ia misalnya membolehkan hakim menjustifikasikan human rights acuan liberal barat sebagai basic structure. Kenapa kita boleh mendokong undang2 yang kita tidak tahu dan arbitrari. Sepatutnya undang2 mesti jelas dan nyata. Ia tidak boleh arbitrari mengikut citarasa hakim2. Parlimen yang patut menggubal dan membuat undang2 kerana “accountable” kepada rakyat. Kalau rakyat tidak setuju kita ada hak tukar wakil Parlimen kita tetapi hakim2 tiada akauntabiliti seperti ini.

Jelas dari keputusan2 mahkamah, YAA ketua hakim negara pendokong tegar doctrine of basic structure. Itu hak ketua hakim negara walaupun saya tidak setuju dengan doktrin ini.

Yang kita mahu tahu adalah ketelusan. YAA Ketua hakim menjanjikan dalam kes perlembagaan hakim yg mengadili akan mengikut ballotting. Adakah proses ini dipakai dalam kes2 terakhir ini atau dipilih sendiri. Rakyat memerlukan ketelusan dan elok ini diperjelaskan. Kes Dinesh ini pada saya pelik/ unprecedented.

Last edited:
Jika sistem dulu terbukti bagus, teruskan je.

tn beekachoo, kita sudah ada cara yg diletak guide line oleh Hakim YA Tun Azlan, Tun Suffian, Tun Abdul Hamid dan ramai lagi.
jadi kita adopt pelaksanaan yg mereka guideline kan

Kita tak perlu ikut precedent yang diimport dari India yang dibawa oleh Datuk Gopal Sri Ram
dan sekarang Ketua hakim Negara kita Tun Maimun yg mempopularkan ni
doktrin basic structure ni dah dipopularkan oleh Tun Maimun

walhal Hakim YA Tun Azlan, Tun Suffian, Tun Abdul Hamid dan ramai lagi menentang pelaksanaan doktrin ni
doktrin ni tak sesuai diamalkan di malaysia
 
Lukman Sheriff​

17 Mei ·

Doctrine basic structure

Undang2 doctrine basic structure adalah tertakluk kepada pandangan dan pendirian hakim. Mula2 sejak dari dahulu doktrin asing ini ditolak oleh juris atau hakim2 terulung kita. Sejak 2018 ia mula diterima dalam kes mahkamah persekutuan Semenyih Jaya dan Indera Ghandi. Kemudiannya ditolak dalam kes Maria Chin dan Ravin Jothy. Kemudiannya dalam kes Dinesh buat pertama kalinya mahkamah menginterpretasi keputusan majoriti sebelumnya kepada minoriti dan minoriti menjadi majoriti semata2 untuk menegakkan doctrine ini.

Sungguh memalukan / this is an embarrassment. Seolah2 tidak menghormati pandangan rakan2 di mahkamah persekutuan. Sudah Celaru.

Doktrin ini arbitrari. Hakim boleh membuat undang2 mengikut pandangan/ pendirian mereka. Ini amat bahaya kepada negara. Tiada siapa tahu skop doctrin basic structure. (No one knows extent of the doctrine.) Tiada siapa tahu apakah kriteria yang menjadikan sesuatu itu “basic structure”. Ia misalnya membolehkan hakim menjustifikasikan human rights acuan liberal barat sebagai basic structure. Kenapa kita boleh mendokong undang2 yang kita tidak tahu dan arbitrari. Sepatutnya undang2 mesti jelas dan nyata. Ia tidak boleh arbitrari mengikut citarasa hakim2. Parlimen yang patut menggubal dan membuat undang2 kerana “accountable” kepada rakyat. Kalau rakyat tidak setuju kita ada hak tukar wakil Parlimen kita tetapi hakim2 tiada akauntabiliti seperti ini.

Jelas dari keputusan2 mahkamah, YAA ketua hakim negara pendokong tegar doctrine of basic structure. Itu hak ketua hakim negara walaupun saya tidak setuju dengan doktrin ini.

Yang kita mahu tahu adalah ketelusan. YAA Ketua hakim menjanjikan dalam kes perlembagaan hakim yg mengadili akan mengikut ballotting. Adakah proses ini dipakai dalam kes2 terakhir ini atau dipilih sendiri. Rakyat memerlukan ketelusan dan elok ini diperjelaskan. Kes Dinesh ini pada saya pelik/ unprecedented.
 
Lukman Sheriff​

14 Mei ·

Bila mahkamah bercelaru

Apa yang sedang berlaku di mahkamah tertinggi negara yang mana rakyat biasa tidak tahu, ialah perkembangan pemakaian doktrin undang2 baru yang mana hakim terulung kita yang lepas seperti Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tun Suffian telah menolaknya berkali2.

Doktrin ini dikenali sebagai doktrin “basic structure”. Ia mula diterimapakai oleh mahkamah persekutuan sejak tahun 2018 setelah berdekad2 ditolak mahkamah tertinggi sejak Merdeka lagi. Antara pelopor terbesar doktrin ini adalah Datuk Sri Ram. Sejak perlantikan ketua hakim baru pada tahun 2018, satu perubahan besar telah berlaku dalam undang2 kita yang rakyat perlu tahu implikasinya. Perubahan ini sebenarnya sedang, bakal dan boleh mengubah struktur asas perlembagaan kita. Maksud saya kalau kita tidak prihatin, doktrin basic structure ini akan dan boleh digunakan untuk mengubah “basic structure” perlembagaan kita. “Aik! Macam mana boleh begitu?” anda mungkin tanya.

Dalam doktrin basic structure ini, mahkamah mengatakan parlimen boleh menggubal undang2 termasuk meminda perlembagaan tetapi mahkamah berhak membatalkannya jika bertentangan struktur asas perlembagaan. Pada dasarnya bukankah ini baik dan patut diterima? Ia tidak semudah itu. Ramai kena faham implikasi dan kesannya.

Sebelum itu, ramai perlu faham perlembagaan kita telah menetapkan semua pemegang taruh yang perlu untuk menggubal undang2. Satu adalah Parlimen kerana ini adalah wadah refleksi nilai dan suara rakyat. Tak kiralah kita tak suka politician, tetapi wakil rakyat tetap mewakili suara majoriti rakyat. Pemegang taruh kedua adalah Raja2 kita. Kalau undang2 biasa, kelulusan majoriti diperlukan. Untuk pinda perlembagaan 2/3 majoriti diperlukan. Dan bagi sesetengah perkara lagi kelulusan YDPA diperlukan. Badan kehakiman tidak terlibat dalam menggubal undang2 dan hanya menginterpretasi dan mengadili undang2 yang dibuat oleh Parlimen.

Sebelum 2018, selagi mana parlimen mengikut prosedur pindaan perlembagaan ia adalah undang2 sah. Mahkamah akan mematuhi undang2 tersebut. Inilah pendirian [Almarhum Sultan Azlan Shah dan] Tun Sufian. Inilah maksud pengasingan kuasa (separation of powers) yang kita amalkan selama ini. Tetapi sejak 2018, mahkamah mengatakan tidak semuanya boleh. Kalau menyentuh “basic structure” ini tidak dibenarkan. Katalah semua rakyat, ahli Parlimen dan Raja2 kita bersetuju meminda sesuatu peruntukan perlembagaan maka pindaan itu adalah tidak sah jika ia bertentangan dengan basic structure. Dan siapa yang tentukan apakah dia “basic structure”? Hanya mahkamah.

Masalah doktrin basic structure ialah tiada siapa tahu apakah dia yang menjadi “basic structure”. Sehingga kini tiada hakim yang dapat memberitahu skop ini dengan jelas. Ramai perlu faham bahawa perlembagaan tidak menyatakan apakah dia “asas perlembagaan”. Tiada undang2 pun yang menerangkan ini. Yang menentukan ini hanyalah hakim. Ini menjadikan doktrin basic structure ini arbitrari atau sewenang2nya ditentukan oleh hakim dengan alasan tersendiri. Perlembagaan kita menjadi tertakluk kepada pemikiran dan ideologi hakim2.

Saya ingin tarik perhatian apa yang berlaku di US. Di sana, parti politik Republican dan Democrat bertelagah “bermati2an” cuba meletakkan hakim yang membawa nilai mereka. Republican mahukan hakim yang konservatif manakala demokrat liberal. Kalau majoriti hakim liberal mereka akan benarkan misalnya hak pengguguran anak (abortion) atau perkahwinan sejenis. Pihak konservatif sebaliknya. Keputusan mahkamah Agung mereka akan mencorakkan nilai budaya mereka.

Dengan basic structure doctrine, keadaan kita adalah lebih teruk dari US. Sudahlah kita tiada proses untuk menilai pendirian hakim dalam pemilihan mereka, apa2 yang mahkamah tentukan tidak boleh dipinda atau diusik langsung. Sebelum ini kalau sesuatu keputusan katalah bercanggah dengan nilai budaya kita, Parlimen sebagai suara rakyat ada hak untuk membetulkannya dengan menggubal undang2 baru.

Tetapi dengan konsep basic structure, kita tiada lagi ruang ini. Jadi walaupun hampir 100% rakyat Malaysia, wakil rakyat dan YDPA bersetuju meminda perlembagaan, mahkamah tetap boleh membatalkannya dengan menggunakan doktrin basic structure ini. Ini amat bahaya kepada negara kita dan boleh membawa kepada huru-hara/anarki.

Sebagai contoh, dalam perlembagaan kita jelas tiada merujuk kepada “human rights”. Apa yang jelas adalah “fundamental liberties”/ kebebasan asasi. Kebebasan asasi kita ini, akibat kompromi, tertakluk kepada banyak pengecualian. Jadi berbeza dari konsep human rights liberal barat. Saya bagi contoh hak persamaan. Di bawah perlembagaan ada hak tanah melayu dan tanah pribumi (native) Sabah Sarawak yang melanggar konsep persamaan. Tetapi hak ini tetap sah disebabkan pengecualian perlembagaan. Oleh kerana hak ini bersifat kekal ia jelas bercanggah dengan ICERD. Tetapi bayangkanlah seorang professor terkenal seperti Shad Faruqi boleh tidak mengindahkannya dan sebaliknya mendakwa ICERD tidak bercanggah. Jadi kalau hakim itu liberal misalnya, mereka ini boleh sahaja menghujahkan keputusan memasukkan human rights liberal barat. Kita boleh lihat bibit2 ini di beberapa keputusan penghakiman seperti kes Indera Ghandi. Inilah juga yang berlaku di Suhakam. (Lihat tulisan saya sebelum ini).

Jangan salah faham bahawa saya mengajukan pengekalan nilai keperlembagaan selama2nya. Pada saya apa2 kompromi boleh diubah, tetapi ia patut dibuat oleh Parlimen. Bukannya badan kehakiman yang selalunya disconnected/ terpinggir dari realiti. Mahkamah tidak sepatutnya boleh menghalang perubahan yang dilakukan oleh Parlimen. Mahkamah mesti ada “check and balance”. Kalau mahkamah menyimpang dari “the will of the people”, ia sepatutnya boleh dibetulkan oleh Parlimen. Dengan menidakkan hak ini, konsep doktrin “basic structure” ini menggugat konsep separation of powers / pengasingan kuasa kita ini. Mahkamah tiba2 menjadi pemegang taruh baru dan meletakkan syarat penggubalan yang tidak wujud dalam perlembagaan. Apa yang terjadi sebenarnya adalah mahkamah telah mengambil kuasa membuat undang2 yang dahulunya adalah bidangkuasa Parlimen dan Raja2. Masalah kita politician2 kita terlalu sibuk dengan politik sehingga tidak tahu bahawa kuasa mereka dihadkan.

Sebelum ini saya sudah menyuarakan ketidaksetujuan saya dengan pengenalan doktrin ini di dalam kes Indera Ghandi. Kemudiannya saya melihat hakim2 mula menyedari permasalahan doktrin ini dengan menolak pemakaian doktrin ini dalam kes Maria Chin dan Rovin Jothy.

Tetapi apabila tiba kes Dinesh v Lembaga Pencegahan Jenayah baru2 ini, saya rasa sudah tiba kita bertegas kembali kepada asal. Dalam kes ini hakim yang menyokong doktrin basic structure telah cuba menginterpretasi keputusan majoriti hakim mahkamah persekutuan dalam kes Maria Chin sebelum ini sebagai minoriti dan keputusan minoriti sebagai majoriti. Ini sungguh unprecedented/ satu keganjilan/ tidak pernah berlaku dalam mahkamah persekutuan semata2 hendak menegakkan doktrin basic structure. Pelik sungguh.

Dan apabila alasan ini berdasarkan apa yang tacit/ tidak nyata dan setelah menegakkan doktrin ini kemudiannya menyatakan tak perlu pakai doctrin ini, saya rasa sudah cukup kita mencuba menggunakan doktrin ini. Sudah bercelaru. Kita kembali ikut keputusan asal Tun Suffian [dan Almarhum Raja Azlan Shah].

Sudah tiba kita menyuarakan dengan jelas penolakan doktrin basic structure ini.

1655598522086.png

1655598544409.png

1655598573175.png

1655598595408.png

Apa yang saya faham daripada artikel ni
Pengenalan Doctrine Basic Structure ni akan membahayakan Perlembagaan Negara apabila Parlimen & YDPA pun boleh disanggah keputusan mereka oleh pihak mahkamah

Pengenalan Doctrine Basic Structure pula sejak 2018 yang mana ianya adalah pada zaman pemerintahan PH
Semua sedia maklum disebalik PH ni ada pihak-pihak yang tidak suka dengan perlembagaan sekarang

Jadi doktrin ni memungkinkan pihak-pihak tertentu memanipulasi AG dengan mempengaruhi keputusan hakim mahkamah
 
ye tn TXT tepat pemahaman tuan
nice (y)

subhanallah tuan memahami saya

ye hakim hakim yg preside Mahkamah Persekutuan sekarang, lebih liberal, dan adopt pendekatan yg lain sangat daripada apa yg tertanam kat malaysia
Tun Maimun lebih suka adopt pendekatan Gopal Sri Ram yg nampaknya ignore banyak benda penting di malaysia
 
ye tn TXT tepat pemahaman tuan
nice (y)

subhanallah tuan memahami saya

Alhamdulillah
Selari pemahaman kita berkenaan ni mek 😄

ye hakim hakim yg preside Mahkamah Persekutuan sekarang, lebih liberal, dan adopt pendekatan yg lain sangat daripada apa yg tertanam kat malaysia
Tun Maimun lebih suka adopt pendekatan Gopal Sri Ram yg nampaknya ignore banyak benda penting di malaysia

Hakim tertinggi pun dah terpengaruh dengan puak liberal la kiranya
Tak bagus untuk negara kita yang mana majoriti adalah umat Islam & Bumiputera
 
Back
Top
Log in Register