BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
FB_IMG_1587355070357.jpg

FB_IMG_1587355073929.jpg

FB_IMG_1587355076558.jpg

FB_IMG_1587355079382.jpg

FB_IMG_1587355081694.jpg

FB_IMG_1587355084340.jpg


Doa Yang Boleh Diamalkan Selepas Solat​
 
IMG_20210615_073314_767.jpg

Doa Nabi Sulaiman.

رَبِّ أَوزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah aku agar tetap bersyukur dengan nikmat yang
telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku, untuk mengerjakan amalan yang Engkau sukai dan redhai; dan masukkanlah aku
dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".

(An-Naml, 27:19)

Jom amalkan doa ini selepas solat. Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur
 
IMG_20210616_103511_142.jpg

DOA DITETAPKAN HATI

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

Riwayat Imam Ahmad (26618), (12107), al-Tirmizi (3522), (2140), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)

Antara nikmat yang paling berharga bagi orang Mukmin adalah diteguhkannya hati dalam Islam.

Jom amalkan doa ini pada waktu pagi dan petang.
 
IMG_20210627_100715_053.jpg

Doa Berlindung Dari Empat Perkara.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا.

Maksudnya: "Wahai Allah! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak diterima."


Amalkan membaca doa ini. Semoga Allah SWT melindungi diri kita daripada empat perkara ini :
1. Ilmu yang tidak bermanfaat.
2. Hati yang tidak khusyuk.
3. Nafsu yang tidak puas.
4. Doa yang tidak diterima.
 
IMG_20210628_083349_431.jpg

DOA NABI MUSA AS [MEMOHON LIMPAHAN REZEKI]

رَبِّ إِنِّي لِمَآ أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خـَيْرٍ فَقِيرٌ

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan."

Jom amalkan membaca doa ini agar dipermudahkan urusan dan dilapangkan rezeki oleh Allah SWT.
 
IMG_20210629_080755_322.jpg

DOA NABI AYUB A.S (MEMOHON KESEMBUHAN DARI PENYAKIT)

وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

Inilah doa Nabi Ayub A.S ketika baginda menghadapi penyakit kulit yang agak dahsyat. Walaupun dalam keadaan lemah, Baginda tidak pernah sekalipun menyerah dan tetap beribadah serta berdoa kepada Allah agar penyakitnya dihilangkan.

Ya Allah, sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan penyakit, khususnya kepada yang sedang dijangkiti wabak Covid-19 ketika ini.
 
IMG_20210724_130705_497.jpg

Doa Memperoleh Kebaikan di Dunia & Akhirat

اللَّهُمَّ إِنِّيَ أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالفَوْزَ بِالجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu agar
mendapat rahmatMu, keazaman mendapat keampunanMu, selamat daripada dosa, keuntungan daripada semua kebaikan, kemenangan dengan syurga dan terselamat dari neraka."

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim Abu Abdullah di dalam Riyadhus Solihin, 1493)
 
IMG_20210804_091734_334.jpg

DOA MEMPERBAIKI URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: "Adalah Rasulullah SAW sering berdoa:

اللّٰهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku,

وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي
Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku,

وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي
Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.

وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ
Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan,

وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan.

Jom mulakan urusan kita hari ini dengan membaca doa ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat kelak.
 
Back
Top
Log in Register