BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen Tabung Haji + Bonus 2012 8%

Kalau rendah dividen tahun ni mmng habis meroyanlah orang melayu dengan PH. Bye bye PH.
 
Minggu lepas najib dh petik pasal dividen lambat umum.... Tkde respon lagi ke?
 
disebabkan rugi, rasanya dividen xde..
terpaksa tinggalkan RM10k je laa nampaknya..
 
pengumuman dividen plg lambat dlm sejarah Tabung Haji...bila nak umum niii
 
org nak tau psl hibah, ni dok update psl kaunter tutup lam FB diorang :)):))
 
Hibah Tabung Haji belum diumumkan

KUALA LUMPUR 11 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengesahkan pengumuman mengenai bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada para pendeposit belum dibuatkan lagi.


Jelas beliau, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan mengumumkan perkara tersebut dalam tempoh terdekat.

“Belum diumumkan lagi dan akan diumumkan oleh Tabung Haji dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 7 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hantaran status dalam akaun Facebook miliknya mempertikaikan bila kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan hibah Tabung Haji.

Jelas beliau, ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Tabung Haji telah mengumumkan bayaran hibah tersebut pada hujung Januari atau awal Februari.

Hibah Tabung Haji merupakan hadiah yang diisytihar institusi tersebut berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu kemampuan kewangan Tabung Haji pada tahun semasa.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hibah-tabung-haji-belum-diumumkan-1.858500
 
Back
Top
Log in Register