BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASN

Salam,

Seterusnya,soalan budak darjah dua;

Adakah cara pengiraan dividen ASN2,ASN3 dan ASG juga sama seperti ASN?Jika ya,memandangkan tarikh kewangan fund-fund ini berbeza-beza,adakah itu bermakna kita boleh "rempits' dari satu fund ke satu fund sepanjang tahun?

Terima kasih.
 
Salam Tuan Mansur.

Alhamdulillah akhirnya ada juga Otai yang sudi memberi pencerahan.Terimakasih Tuan.

Satu soalan budak darjah satu Tuan,mohon pencerahan,

Apabila urusniaga dibuka semula 03/01/11,unit dividen yang dikreditkan secara automatik itu dikira pada harga yang mana satu?Harga sebelum penangguhan urusniaga(harga lebih tinngi) atau pada hari urusniaga dibuka semula(biasanya harga jatuh)?

Terimakasih.
saya bukanla otai..biasa biasa je..bro GG memey otai..haha..

kita ambik scenario pada hujung tahun 2010 ye..last day nav RM0.8958..dividen declared 6sen seunit..jadi pada 3jan 2011,kalau ikut kiraan mudah 0.8958-0.06(dividen 6%)=0.8358..tapi pnb bagi nav 0.8350..
kalau tgk buku yg diprint, kiraan unit dividen yang saya dapat

=(unit terakhir*0.06)/0.8350

jadi,macam tu lah kiraan pada tahun hadapan...

harap membantu
 
Salam,

Seterusnya,soalan budak darjah dua;

Adakah cara pengiraan dividen ASN2,ASN3 dan ASG juga sama seperti ASN?Jika ya,memandangkan tarikh kewangan fund-fund ini berbeza-beza,adakah itu bermakna kita boleh "rempits' dari satu fund ke satu fund sepanjang tahun?

Terima kasih.
ye,kiraan dividennya sama berdasarkan baki unit terakhir..

hehe,saya tak pandai nak advice on rempits2 nie..tapi ASN ni saya masuk cash..ASN2 dan ASN3 saya invest pakai kwsp akaun 1 setiap 3 bulan sekali..sebab ape???charge murah 3% sahaja..kalau cash 5% kan...
belum bukak lagi ASG..tunggu ASN2 dan ASN3 penuh dulu la..bilakah?
 
Jadi sekiranya RM100k,5% caj =RM5k?

Uii.. tinggi tu.

Caj jualan 5% dinyatakan disini http://www.asnb.com.my/asn.htm

Cara pengiraan Caj Jualan ialah 5% dari NAB seunit.
bermaksud 5% keatas Nilai Aset Bersih seunit pada hari ini = 5% x 0.8465 = 0.0423
Maka harga belian sebenar hari ini ialah 0.8888 (cantik sungguh nombor ini) :)

Caj Jualan Balik Tiada

Maka sekiranya belian RM100k memperolehi senanyak 100,000 x 0.8888 = 112,511 unit
 
actually, tread ni bguna sbg supporting info for tread ASN
 
ASN 3

6.00 sen per unit

http://www.asnb.com.my/news/asn3_pendapatan2011.htm

ASN 3 UMUM PENDAPATAN 6.00 SEN SEUNIT
22 November 2011

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2011.

Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM7.52 juta yang akan dimanfaatkan seramai 11,500 pemegang unit yang melanggan 125.41 juta unit ASN 3.
 
actually, tread ni bguna sbg supporting info for tread ASN

Nak tanyala bagi saya yang xfaham. Ape pendapat rerakan mengenai Uni Gold & General Fund - dari UniAsia Life Insuran. katanya mantap, terjamin sebab di bawah naungan DRB Hicom mendpt kelulusan SC. Saya tak faham sangat nak mintak pencerahan dari rakan gelygeleman, tolong..
 
kalau div ASN nanti dpt 6% dan spread ASN skg 3%. pd aku dgn keadaan ekonomi skg rasanya sesuai je utk tambah unit ASN skg.
 
Back
Top
Log in Register