Oleh FADZIL ZAINOL
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2013 sebanyak 7.70 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.
Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, iaitu peningkatan daripada RM7.99 bilion pada tahun 2012.
Agihan itu akan dimasukkan ke dalam akaun pemegang unit dan mereka boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di kesemua rangkaian ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014. - UTUSAN ONLINE