BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
Beza tahun lepas dgn skrg beza 0.25% + rm100 la kan kiranya.

Tahun lepas lebih sedikit la.
 
dari awal tahun lagi banker dah forecast dividen akan turun sama ada kerajaan lama kekal atau tidak. Itu pasal diorang dari awal tahun push macam2 nak buat promo supaya ramai ambil loan asb
 
Dividen_ASB_2018_1545364988.jpg
 
simpan lg kat ASB, tunggu market uptrend balik, simpan kat unit trust plak, easily dpt 10-20% setahun...
tahun depan market dijangka down, better kekalkan simpanan dlm ASB sbb dah terjamin dpt 6% keatas return,
unit trust lain tgh down teruk, tahun depan dijangka baru nak pulih balik, bila ada tanda2 uptrend baru beli saham unit trust...
 
macam mana kira bonus yer... base tahun 2018 @ 10 tahun kebelakang
 
Kesimpulannya tak kira siapa yang memerintah pun, range nya tetap antara 6-8% ek..
OOps..lupa pulak, takkan hari ni kawin, esok terus beranak.:)
 
bayar loan asb : 12 x rm1111 = rm13332

dividen @ 0.065 : rm13000
5th year prinsipal payment : rm 3650

alhamdulillah untung rm3318 tahun ni..
 
Khairy Jamaluddin
2 hrs ·

Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2018 yang diumumkan hari ini merupakan jumlah yang paling rendah semenjak penubuhannya pada Januari 1990.

Jumlah dividen terendah iaitu sebanyak 6.50 sen dan bonus 0.50 sen ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau diluar jangkaan memandangkan banyak indikator dapat dilihat sepanjang tahun ini lebih-lebih lagi selepas PRU-14 yang lalu.

Misalannya, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada hari Selasa lalu jatuh ke paras terendah sejak tahun 2016 kepada 1,635 mata. Untuk rekod, trend penurunan ini sudah berlarutan semenjak bulan Mei 2018 yang pada ketika itu menunjukkan FBM KLCI berada pada paras 1,850 mata.

Rentetan daripada ini juga, banyak saham-saham syarikat GLC utama negra juga mengalami trend penurunan yang sama. Memandangkan ASB melabur dalam pelbagai pasaran saham termasuk di dalam syarikat GLC, ianya secara langsung memberi kesan kepada nilai pelaburan dan pulangan negatif kepada ASB.

Perkara yang terjadi ini adalah berkait rapat dengan keyakinan pelabur, baik dari dalam atau luar negara. Ditambah dengan banyak tindakan u-turn dan keputusan flip-flop oleh kerajaan hari ini, ianya hanya memburukkan lagi keadaan.

Rakyat Malaysia masih belum jelas apakah pelan jangka masa panjang atau pakej ransangan ekonomi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi merancangkkan keadaan ekonomi negara. Tetapi yang kita dengar kini hanyalah projek kurun ke-20 seperti projek kereta nasional ketiga.
 
5SrMKwaW_bigger.jpg

Najib Razak

Bagai sudah dijangkakan, dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun 2018 telah merosot akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi negara yang semakin menurun selepas PRU14.

Dividen dan bonus ASB untuk tahun ini ialah 7 sen (6.5 sen + bonus 0.5 sen) berbanding 8.25 sen (7 sen + bonus 0.25 sen + bonus khas 1 sen) untuk tahun lepas.

Walaupun bonus khas 1 sen untuk tahun lepas dihadkan kepada 10,000 unit pertama, sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen berbanding 7 sen tahun ini.

Dividen 7 sen untuk ASB tahun ini juga merupakan kadar dividen yang paling rendah sejak penubuhan ASB pada tahun 1990.

Untuk ASN pula, dividen tahun 2018 ialah 3.25 sen berbanding 3.65 sen untuk tahun lepas.

Oleh kerana ASN merupakan unit amanah yang harga jualannya berubah mengikut prestasi pelaburannya, mereka yang melabur di dalam ASN telah mengalami kerugian 17% (termasuk dividen) untuk tahun ini berbanding pulangan positif 15% untuk tahun lepas.

Ini ialah kerana harga unit ASN telah jatuh dari 78.5 sen pada akhir tahun lepas kepada 61.9 sen semalam berbanding kenaikan harga yang tinggi pada tahun lepas.

Ada yang bertanya mengapa ASB masih mampu membayar dividen kerana harga saham yang dilabur oleh mereka sudah jatuh dengan banyak tahun ini.

Ini ialah kerana ASB tidak hanya melabur di dalam pasaran saham. Mereka juga melabur di dalam pegangan bon keajaan, bon swasta dan hartanah.

Sama dengan KWSP dan selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) , ASB yang merupakan unit amanah harga tetap, juga tidak lagi mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuitinya bermula tahun ini.

Walaupun tahun 2019 akan lebih mencabar berbanding tahun ini, kita sama-sama berdoa agar kadar dividen untuk tahun 2019 akan pulih semula.

48411056_10155781455565952_6449420924302131200_n.png
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register