BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
dah pergi PUNB. dia ckp asb takde pewaris. aku dah lama pikir benda ni.

setiap bulan aku bg isteri rm3k simpan dlm asb #:-S

skrg duit asb dia lg banyak dari simpanan aku. hehe... sbb aku boros, sbb tu suruh dia simpankan.

maybe nak suruh dia buat wasiat kot. ~X(

buat la wasiat awal2..
 
buat la wasiat awal2..

tunggu isteri keluar hospital. dah seminggu kat hospital. risau aku gak masa dgr jangkitan kuman kat otak. dah la duit syarikat kami ada dlm asb dia.

Alhamdulillah dia pun dah sembuh.
 
Last edited:
tunggu isteri keluar hospital. dah seminggu kat hospital. risau aku gak masa dgr jangkitan kuman kat otak. dah la duit syarikat kami ada dlm asb dia.

Alhamdulillah dia pun dah sembuh.

setuju dgn Nemo..kena ada hitam putih via Wassiyah/Hibah yg berkenaan..kalu x, akan dibahagikan secara Faraid..:)
 
setuju dgn Nemo..kena ada hitam putih via Wassiyah/Hibah yg berkenaan..kalu x, akan dibahagikan secara Faraid..:)

tanya lg tuan, kalo wasiat tu kena just tulis surat biasa je ke atau kena pergi jumpa badan2 tertentu? mcm amanah raya ke? atau surat biasa dgn sign dia je dah laku?
 
setuju dgn Nemo..kena ada hitam putih via Wassiyah/Hibah yg berkenaan..kalu x, akan dibahagikan secara Faraid..:)

Nampaknya..kena ke mahkamah tinggi lah..untuk membuat hibah kpd waris tersayang..:-?
 
tanya lg tuan, kalo wasiat tu kena just tulis surat biasa je ke atau kena pergi jumpa badan2 tertentu? mcm amanah raya ke? atau surat biasa dgn sign dia je dah laku?

Tuan, eloklah rujuk website ARB utk mendpt pemahaman yg lebih jelas.. :)
 
Kaedah Pengiraan Zakat di LZS

Lembaga Zakat Selangor
HUKUM & KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PELABURAN SAHAM YANG HARAM/SYUBHAH
(ASB & ASN DLL)


Berdasarkan Keputusa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011, yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa “Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak”.

1. Pihak LZS terikat dengan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkaitan isu hukum pelaburan saham ASB, ASN dan seumpamanya. Walaupun wujud keputusan fatwa daripada institusi lain yang memutuskan bahawa hukum pelaburan saham ASB & ASN adalah harus.

2. Pembayar berhak untuk berpegang dengan mana-mana hukum dan pandangan yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi fatwa berkaitan isu pelaburan ASB, ASN dan seumpamanya. Akan tetapi, apabila mereka ingin membayar zakat di LZS, mereka perlu mengikut polisi dan fatwa yang digunapakai oleh LZS.

Dalam isu taksiran zakat ASB & ASN, terdapat beberapa senario yang mesti diambilkira seperti berikut :

SENARIO 1 : Jika Jumlah Pokok Diketahui.

Jumlah pokok di hujung Haul x 2.5%

SENARIO 2 : Jika Jumlah Pokok Tidak Diketahui & Jumlah Dividen/Bonus Diketahui.

Jumlah Saham Dihujung Haul - (Dividen/Bonus Tahun Semasa+ Bonus Tahun Sebelum(iaitu Dividen +Bonus Terkumpul)) x 2.5%

SENARIO 3 : Jika Jumlah Pokok Tidak Diketahui & Jumlah dividen/Bonus Tidak Diketahui.

Jumlah Saham Dihujung Haul - Dividen/Bonus Tahun Semasa x 2.5%

SENARIO 4 : Jika Pokok Pelaburan Adalah Caruman Pendapatan Yang Dilaburkan Ke Dalam Pelaburan Saham (ASB, ASN DLL).

Jumlah Pokok Di Hujung Haul-Jumlah Caruman Pendapatan Tahun Semasa x 2.5%

Sumber: FB LZS · hari Jumaat, masa 10.44 pagi ·
 
setuju dgn Nemo..kena ada hitam putih via Wassiyah/Hibah yg berkenaan..kalu x, akan dibahagikan secara Faraid..:)

Beza antara wasiat dan hibah ialah
1)wasiat-harta diberi setelah pemberi wasiat meninggal dunia manakala hibah-harta diberi semasa pemberi hibah masih hidup.
2)Wasiat tidak boleh diberi kepada pewaris yang layak menerima harta si mati melalui faraid manakala hibah boleh diberi kepada siapa sahaja..
Persolan saya..
1) adakah ASB boleh diwasiat kepada isteri atau anak2..?
2)Apabila melakukan hibah..pemberian ASB tersebut dibuat semasa pemberi masih hidup dan adakah penukaran nama antara pemberi dan penerima segera dilakukan..atau sekadar di atas kertas sahaja?

P/s : Berminat untuk mengkaji.. sebab ada membuat LASB melalui nama isteri dan berniat juga untuk mewasiat/hibah duit ASB sendiri untuk isteri dan anak2..Takut masaalah di kemudian hari..
 
Last edited:
betul gak ni. kena sama2 kaji. kalau jadi apa2 kes pasni bleh jadi rujukkan sesama sendiri. pnb ni satu. buat ler letak penama. adeyy.. menyusahkan plak nak pi naik makhamah buat wasiat apa semua. agrobank rilek je masa nak buka akaun tu siap kena isi siapa penama jika meninggal duni.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register